CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1280|Reply: 1

Bank Negara Malaysia Menurunkan Kadar Dasar Semalaman Kepada 3%

[Copy link]
Post time 13-7-2016 05:30 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO





sumber foto: https://lh3.googleusercontent.com/



Pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) hari ini, Bank Negara Malaysia memutuskan untuk mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) daripada 3.5 peratus kepada 3.00 peratus.


Dalam erti kata yang lain, kadar penyelarasan adalah sebanyak 25 mata asas.


Ia juga merupakan kali pertama kadar bunga negara kita diselaraskan sejak bulan Julai, 2014.


Menurut Bank Negara dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, susulan penyelarasan kadar bunga yang dilaksanakan hari ini, kadar tertinggi dan terendah bagi koridor OPR juga dikurangkan, masing-masing kepada 3.25 peratus dan 2.75 peratus.


Secara keseluruhan, meskipun ekonomi negara dijangka terus berkembang pada tahun 2016 dan 2017, persekitaran global yang tidak menentu mungkin akan memberi kesan terhadap prospek pertumbuhan Malaysia.   


Inflasi adalah lebih rendah berikutan luputnya kesan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Goods and Services Tax, GST) pada bulan April 2015 dan dijangka kekal stabil dalam keadaan harga tenaga dan komoditi yang lembap serta inflasi global yang pada amnya rendah.


Sehubungan dengan itu, inflasi diunjurkan lebih rendah pada 2 – 3 peratus pada tahun 2016, berbanding dengan unjuran awal pada 2.5 – 3.5 peratus dan terus stabil pada tahun 2017.


Keadaan kewangan domestik secara keseluruhan kekal stabil sejak mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari sebelum ini dan pasaran kewangan terus berfungsi dengan teratur.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2016 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus la...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.397557 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list