CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5714|Reply: 22

Edisi Makanan Terlarang : Kerepek Ketum Celup Tepung

[Copy link]
Post time 13-7-2016 02:30 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ




Kalau dah kreatif tu buat apa pun pasti menjadi laris. Terbaru, kerepek daun ketum celup tepung mula menjadi viral di Facebook.


Bagi mempelbagaikan lagi resepi ketum yang selama ini hanya diminum, para pengusaha ketum (haram) mencipta resepi baru iaitu menggoreng ketum celup tepung.


Tidak dinyatakan pula secara spesifik bagaimana untuk membuat tepung itu, mungkin menggunakan resepi tepung untuk menggoreng pisang.


Untuk pengetahuan, daun Ketum sebelum ini dijadikan ubat kerana mengandungi banyak khasiat seperti melancarkan perjalanan darah, menambah tenaga atau mengembalikan kesegaran selepas penat berkerja, mengawal kadar gula dalam darah, mengembalikan tenaga batin, merawat ketagihan dadah, Mitragyna speciosa korth, penawar diabetis, penawar sakit urat, pokok biak, pokok ketum.


Pokok Ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Akibat daun ini telah disalahguna dan dicampurkan dengan bahan terlarang seperti ubat nyamuk untuk mengkhayalkan kepala, ia pasti akan memudaratkan kesihatan. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.





Antara kesan buruk penyalahgunaan melampau daun ketum ialah :
- susut berat badan
- insomnia
- anoreksia
- bibir menjadi kering
- sembelit atau kesukaran membuang air besar
- kesan lebam dan terbakar di muka terutamanya di bahagian pipi dan sebagainya



Jadi jangan sesekali cuba mengambil, meminum, memakan atau memiliki daun Ketum kalau tidak mahu meringkuk di lokap. - CARI


















Sumber - pageplastikhitam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2016 03:41 PM | Show all posts
            
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2016 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
lps ni taruk cheese plk
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2016 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Pandai org ni goreng. Mcm sedap je.nmpak rangup dan cantik.ak klu try goreng sotong celup tepung lunyai jd, tepung x melekat.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2016 11:16 PM | Show all posts
Buat ulam setakat sehelai dua apa salahnye.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2016 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Eii..pende daun ketam ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2016 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam kerepek bayam la ni....
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2016 07:49 AM | Show all posts
group whatsapp zaman sekolah aku masa bulan puasa ni sibuk masing2 up gambar air ketum berbotol2 konon2 simpanan la..memasing up gambar nak tunjuk sapa paling byk stok air ketum..menyampah pulak aku tengok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2016 09:06 AM | Show all posts
macam sedap je.kat mana nak beli ni?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2016 09:11 AM | Show all posts
air ketum neh..bau sikit2 mcm air tebu... rasa xder ler pahit pong... ini air yg ori org buat  minum utk pesakit diabetis ...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2016 09:15 AM | Show all posts
mcm sedap jah...baru akak makan kerabu kangkung celup tepung kat restoran jemari... sedap betul
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2016 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Kretip org mesia tapi tak bertempat
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2016 10:11 AM | Show all posts
uish bahaya klu budak2 termakan..

ketum ni asalnya org kg wat ubat.. skrg dh jadi cmni.. haih..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2016 01:17 PM | Show all posts
mmm..........  ingatkan ketam tp ketum..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2016 06:49 PM | Show all posts
Dah macam tempeyek bayam kalau tak tengok betul2 takut ada yang termakan
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2016 10:29 PM | Show all posts
ketum ok

minyak dengan tepung tak ok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2016 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Hehe mcm mn la rasa?
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2016 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
comey la plak daun tu  dihidang gitu, dah  rupa ikan goreng
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2016 12:28 PM | Show all posts
doublethread replied at 14-7-2016 12:48 AM
Macam kerepek bayam la ni....

silap haribulan, pengusaha kerepek bayam disiasat...takut2 bukan bayam tapi daun ketum

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2016 12:45 PM | Show all posts
tak pahit ke daun ni goreng mcm tu je...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 05:18 PM GMT+8 , Processed in 0.120304 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list