View: 2229|Reply: 15
|
Pengeluaran Ayam Terjejas Disebabkan Cuaca Panas, Bukan Penyakit
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
sumber foto: https://blogmardi.files.wordpress.com/
Disebabkan cuaca panas yang berpanjangan sebelum ini, seekor ayam hanya mampu mencecah berat 1.2kg dalam masa 32 hari dan penternak terpaksa menambah 10 hari lagi bagi mendapatkan berat ayam yang sesuai untuk dipasarkan, sekali gus menjejaskan pengeluaran ayam di seluruh negara.
Demikian reaksi Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) Datuk Seri Saipolbahari Suib ketika mengulas sama ada pengeluaran ayam terjejas disebabkan dakwaan penularan wabak IB baru-baru ini selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Benut dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri pagi tadi.
Tambah beliau, tempoh matang bagi seekor ayam seberat 1.8 kilogram (kg) sebelum ini adalah antara 32 dan 34 hari.
"engeluaran ayam melibatkan peladang kita berjalan seperti biasa. Tiada laporan mengenai 'Newcastle Disease' atau wabak bronkitis berjangkit (IB) atau sakit kerongkong."
"Cuma, pengeluaran sedikit terjejas kerana tempoh matang ayam terpaksa dipanjangkan dan kita terpaksa menanggung penambahan kos sebanyak 30 peratus."
Mengulas mengenai penyakit kuku dan mulut pada ternakan, beliau berkata setakat ini tiada ternakan di bawah NAFAS dan PPNJ dikesan dijangkiti penyakit tersebut.
Bagaimanapun, beliau menasihatkan agar pengusaha ternakan mengetatkan kawalan kesihatan terhadap ternakan mereka termasuk keluar masuk pengunjung bagi memastikan penyakit atau wabak itu tidak menular sekiranya berlaku.- CARI
sumber info: mstar |
|
|
|
|
|
|
|
Ada satu kedai ayam ni aku rajin beli..abg tu sakan nk ngorat aku..aku layan jah dpt rege murah dan ayam terbaik dia pilih khas utk aku well.. |
|
|
|
|
|
|
|
Terimalah hakikat yg cuaca skrg panas dan penternakan ayam secara intensif kurang sesuai di malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Patutlah ayam mahal mencanak |
|
|
|
|
|
|
|
rospinki replied at 12-7-2016 04:38 PM
Ada satu kedai ayam ni aku rajin beli..abg tu sakan nk ngorat aku..aku layan jah dpt rege murah dan ...
bagusla.ambil kesempatan slgi ada. |
|
|
|
|
|
|
|
xde sape nak kata cash la sis? Haha |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ladang ayam ade air cond ke |
|
|
|
|
|
|
|
kerlasss kau!
|
|
|
|
|
|
|
|
Esmiria replied at 12-7-2016 09:10 PM
bagusla.ambil kesempatan slgi ada.
Luck is when you meet the oppurtunity. |
|
|
|
|
|
|
|
chinta89 replied at 13-7-2016 12:14 PM
kerlasss kau!
Kerlass...kita dok tercangok kt kedai dia igtkan dia tk layan..rupanya saja je bgi tunggu lama pstu siap ckp tunggu ayam lgi bagus nk bagi |
|
|
|
|
|
|
|
rospinki replied at 13-7-2016 01:00 PM
Kerlass...kita dok tercangok kt kedai dia igtkan dia tk layan..rupanya saja je bgi tunggu lama pst ...
mcm x syok dngo.tungu lma.bkpe dok bli kat pasaraya jer? |
|
|
|
|
|
|
|
Esmiria replied at 13-7-2016 01:12 PM
mcm x syok dngo.tungu lma.bkpe dok bli kat pasaraya jer?
Beli kt dia sah2 ayam semelih kt situ sahih..dan lgi ayam2 dia jual cantik. Kdg beli jgak kt supermarket mydin je. |
|
|
|
|
|
|
|
Bela ayam sendiri? Kalau duduk rumah flat/condo/ apartment camano nak bela ayam.? Apasal statement tak bijak langsung nih!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
patut laa pembekal supply size ayam kecik... masalah jgk kalau mcm ni.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|