CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4226|Reply: 33

'Nothing To Hide' 2.0 Tukar Menjadi Program Memburuk-burukkan Muhyiddin!

[Copy link]
Post time 4-7-2016 11:40 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO





Program 'Nothing To Hide' 2.0 anjuran Jaringan Melayu Malaysia (JMM), dikatakan pada asalnya menjemput bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai tetamu jemputan.


Namun tanpa disangka apabila penyokong beliau hadir ke majlis tersebut, apa yang dihujahkan dalam majlis tersebut semuanya merupakan kenyataan yang memburuk-burukkan Tan Sri Muhyiddin, sekaligus tindakan pihak penganjur membuatkan penyokong Muhyiddin marah.


Akan tetapi, pihak penganjur pula memberi alasan bahawa mereka tidak puas hati kerana Muhyiddin mungkir janji.








Menurut Presiden JMM Azwanddin Hamzah, penganjuran program tersebut sebenarnya adalah bertujuan memberi satu platform buat Muhyiddin untuk menperjelaskan segala dakwaan.


Disebabkan tarikh aktiviti ditetapkan sendiri oleh Muhyiddin, sekiranya tidak hadir, makna beliau mungkir janji. maka menurut pihak penganjur, mereka memilih mendedahkan skandal yang membabitkan beliau.


" Dia mengeluarkan kenyataan kata tidak hadir pada saat terakhir"


Walau bagaimana pun, pembantu khas Tan Muhyiddin sebelum ini memberi penjelasan, tidak pernah dijemput hadir ke program 'Nothing To Hide' 2.0.- CARI



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2016 11:51 AM | Show all posts
penganjur ni agaknya dh sudah puas berlatih merangkak kt neraka agaknya.

tak puas2 kumpul saham akhirat buat fitnah. dlm bulan ramadhan lak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2016 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
bkn program ni dulu X jd dan kensel terus ka?
ini ribut x dak apa pun xdak tetiba depa kasi up blk awat? aku sendiri pun x tau....
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2016 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Jaringan Melayu sangat....kampung sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2016 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Jaringan Melayu sangat....kampung sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2016 01:53 PM | Show all posts
Tak tahu siapa dia ni, tetapi dia cuba memberi gambaran seolah-
olah dia amat penting dan ada besar pengaruh. Dia war-war kunun
Mahyidin antar orang tengah nak jumpa dia.
Gila glamer punya NGO.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2016 02:03 PM | Show all posts
Ini kes mau jilat najib la nie.. Low class
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2016 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh percaya ka berita  mcm ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2016 02:16 PM | Show all posts
SHAH ALAM – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berbohong mengenai persetujuannya untuk hadir ke program anjuran NGO tersebut, ‘Nothing to Hide 2.0’ di Kuala Lumpur, semalam.

Muhyiddin turut menafikan beliau pernah berjumpa dengan Azwanddin dan menerima sebarang jemputan daripada JMM seperti yang didakwa NGO tersebut.

“Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan JMM menganjurkan program ‘Nothing to Hide 2.0’ semalam di Kelab Darul Ehsan. Azwanddin, jelas berbohong apabila mengatakan saya telah menyatakan persetujuan untuk hadir ke program tersebut dalam pertemuan empat mata antara saya dengan beliau.

“Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak pernah berjumpa dengan beliau, tidak pernah menyatakan persetujuan untuk menghadiri program itu dan tidak pernah menerima apa-apa jemputan daripada JMM. Kenyataan Azwanddin adalah satu pembohongan besar yang bertujuan untuk mengelirukan orang ramai dan menjatuhkan reputasi saya,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Semalam, Muhyiddin tidak muncul pada program tersebut sehingga majlis tamat dan Azwanddin bertindak menyerang bekas pemimpin Umno itu dalam ucapannya manakala sebahagian penonton bangun meninggalkan majlis selepas pasti pemimpin yang dinanti tidak akan hadir.

Dalam kenyataan sama, Muhyiddin menegaskan beliau telah mengarahkan pegawainya membuat penafian mengenai penyertaan beliau dalam program tersebut di laman Facebook rasminya selepas mendapati JMM terus mengedarkan hebahan mengenai program itu dan menjemput orang ramai untuk hadir.

“Saya juga telah meminta pegawai saya menghubungi JMM secara terus untuk menafikan penglibatan saya, namun beberapa panggilan yang dibuat kepada Azwanddin tidak dijawab oleh beliau.

“Saya mengetahui melalui laporan media bahawa JMM tetap menganjurkan program tersebut walaupun penafian telah dibuat oleh pihak saya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau sempat melahirkan rasa sedih dan kecewa susulan ada pemimpin NGO Melayu yang sanggup berbohong dan menabur fitnah di penghujung Ramadan.

“Malah program itu telah dijadikan pentas untuk mengecam saya dan membohongi hadirin kononnya saya telah mungkir janji untuk menghadirinya. Saya diberitahu ramai hadirin bertindak meninggalkan majlis selepas mendapati pihak penganjur berbohong mengenai kehadiran saya.

“Tindak tanduk JMM jelas menunjukkan mereka sebenarnya berkomplot untuk menjatuhkan reputasi saya dengan membayangkan saya sebagai seorang pengecut dan tidak boleh dipercayai kerana gagal menghadiri program tersebut,” katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2016 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
No bola punya orang..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2016 02:35 PM | Show all posts
eh eh motip sangat jmm ni?
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2016 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada cerita pasal skandal dgn bini hakim?
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2016 03:01 PM | Show all posts
aku ingatkan JMM kumpulan pengganas Jemmah Mujahidin Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2016 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian yidin sembab pulak jd bahan...lenkali jilat la bontot jibon sampai licin xde kena expose sampai ke betina simpanan
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2016 09:14 PM | Show all posts
batmana replied at 4-7-2016 06:51 AM
penganjur ni agaknya dh sudah puas berlatih merangkak kt neraka agaknya.

tak puas2 kumpul saham a ...

nampak jelas sangat depa jemput TSMY untuk benamkan dia dalam kawah. Bodoh la TSMY kalau dia datang pun tau dah orang nak bashing dia ramai2.
Anyways, dalam umno mmg gini mana2 pun...telur kecut belaka. Toksah kata bijan la...hat lain2 pun sama...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2016 09:58 PM | Show all posts
kambeng_masam replied at 4-7-2016 01:14 PM
nampak jelas sangat depa jemput TSMY untuk benamkan dia dalam kawah. Bodoh la TSMY kalau dia datan ...

Berani ramai2..

Cer sorang2..

Tgk isu ustaz umno vs maza tu dulu dah ler..

Last minute tarik diri kan ustaz umno tu?

I lupa nama dia, clearly wasnt my cup of tea
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2016 10:01 PM | Show all posts
CrowneGlory replied at 4-7-2016 09:53 AM
Kesian yidin sembab pulak jd bahan...lenkali jilat la bontot jibon sampai licin xde kena expose samp ...

I x paham ler umno ni mmg suka cerita perihal scandal, liwat dan sewaktu dgn nya la kan?

Umno dan sex berpisah tiada...?
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2016 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
pinksarah replied at 4-7-2016 10:01 PM
I x paham ler umno ni mmg suka cerita perihal scandal, liwat dan sewaktu dgn nya la kan?

Umno d ...

You tak ada nafsu sex ka apa ka
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2016 11:09 PM | Show all posts

oh my, JMM ni apa? very the PPRT sangat

kelmarin akak tak tersengaja tengok buletin utama, pengerusi JMM pprt ni yg pakai spek tu punya dasyat buruk2kan TSM, dan mulalah dia keluar isu kononya TSM ada itu ini lah, time TSM dalam gomen, takde lak ko kritik dia, now TSM dah keluar terus ko bambu kow kow

very the low class punya org.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2016 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejak bila ada nothing to hide 1.0?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:03 AM GMT+8 , Processed in 0.177272 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list