View: 3591|Reply: 7
|
Jamu Tetamu Dengan Rendang Itik
[Copy link]
|
|
oleh Adib ZA
Alangkah enaknya hari raya bila menu rendang dihidangkan. Menjadi padanan sempurna untuk nasi impit, ketupat dan juga lemang!
Namun, jom apa kata kita tampilkan kelainan dengan memasak sendiri rendang itik.
Ya, itik memiliki daging yang pejal dan juga manis. Berbeza sedikit dengan rendang ayam yang mudah hancur, rendang itik tak kurang hebatnya. Memang lazat dan sampai tetamu teringat-ingat pula nanti!
Cuba resipi yang dipetik dari blog Chocoani ini:
Sumber foto: Tiffinbiru
Bahan-bahan
1 ekor itik
1 biji bawang besar (dimayang)
6 biji bawang kecil (dimayang)
4 biji bawang putih (dimayang)
2 inci halia (dimayang)
1 inci lengkuas (dimayang)
1 1/2 sudu makan jintan manis*
1 1/2 sudu makan ketumbar*
1/2 sudu makan jintan putih*
1/2 sudu kecil lada hitam*
15-20 cili kering*
5 batang serai- 3 kisar 2 titik hujung
1 inci kunyit hidup
2 helai daun kunyit
1/2 kg santan pekat
sedikit air
sedikit minyak
garam
Cara-cara Penyediaan:
Bersihkan itik dan toskan.
Sangai (goreng tanpa minyak) rempah-rempah bertanda *. Kisar dengan sedikit air.
Tumis rempah-rempah dulu dan bila dah berbau wangi baru masukkan segala bahan yg tlh dimayang.
Biarkan berbau wangi dan kacau selalu dan masukkan pula itik.
Masukkan air dan perlahankan api dan tunggu daging itik empuk.
Kacau dan masukkan santan pekat.
Biarkanlah merenih dengan api sederhana dan masukkan 2 batang serai yang telah dititik hujungnya dan daun kunyit yang telah disiat dan disimpul.
Kacau selalu dan bila dah pekat masukkan garam.
Bila dah agak pekat, kecilkan api dan kacau sehingga kering. Sedia dihidangkan! - CARI
Sumber resipi: Chocoani
|
|
|
|
|
|
|
|
Teringat raya mase kecik2 dulu. Selalu mak buat rendang itik. Suka kejar itik. Sbb lari terkedik kedik. Bila dah penat, itik sendiri akan duduk terpelosok. |
|
|
|
|
|
|
|
Baru lepas tengok ekstrim kuliner masak rendang biawak ... |
|
|
|
|
|
|
|
Family iols tak raya pon selalu merendang itik |
|
|
|
|
|
|
|
wahhh ni sama like my family..
rendang itik dh jadi lauk wajib..
bukan tunggu raya je..
wadi org n9 ka??
|
|
|
|
|
|
|
|
Maaf nak tanya.daging itik ni rasa mcm mana ye.tak pernah makan |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg best rendang itik...kalo nogori mmg ada ni kan |
|
|
|
|
|
|
| |
|