Oleh Izzah Abbasy
Siapa kata baju tradisional zaman dahulu akan ditelan zaman? Kebarung merupakan gabungan antara baju kurung tradisional dengan baju kebaya. Busana yang berasal dari Negeri Selangor ini sangat popular serta diminati wanita zaman awal 90-an.
Kebarung dilihat lebih sopan dengan potongannya yang labuh berbanding kebaya dan sesuai dipakai oleh wanita Muslim (terutamanya hijabi). Sesiapa yang memakainya kelihatan elegan dan menarik.
Labuh dan agak longgar adalah ciri yang sempurna buat hijabis yang mahu mengekalkan kesederhanaan dan tampil ayu semasa Syawal nanti.
Jom, tengok koleksi kebarung yang bakal menjadi baju raya treding Lebaran 2016.
Kredit Foto : Facebook dan Instagram
|