Oleh Izzah Abbasy
Tiada yang tidak sempurna jika berada di Jepun. Jepun memang terkenal dengan pelbagai keindahan dan tarikan unik tersendiri.
Setiap pemandangannya mempunyai aura-aura yang positif. Jepun juga sering diingati dengan bunga Sakura. Boleh dikatakan bila sebut sahaja bunga Sakura pasti ramai orang kaitkan dengan Jepun walaupun masih banyak lagi terdapat di negara lain.
Namun, tidak oleh dinafikan, Jepun memang negara yang sangat cantik! Seorang jurugambar telah membuktikannya. Beliau telah merakam beberapa keping gambar diambil ketika musim hujan. Memang sungguh cantik, ia nampak seperti sebuah lukisan.
Sudah pasti udara di Jepun sejuk, segar dan nyaman seperti gambar-gambar ini. - CARI Infonet
Kredit Foto : Hinedobu Suzuki
|