oleh Adib ZA
Penyanyi Stacy tampil menjelaskan situasi bila ada di kalangan peminat yang mendakwa dia dan suaminya, Akim bersikap sombong ketika berada di luar.
Menerusi laman Instagram miliknya, Stacy memuatnaik satu komen dari seorang peminat yang secara terang dan jelas mengkritik sikapnya yang begitu sombong dan membuat 'muka ketat' ketika bertemu peminat.
"Sombong, kitorang tegur pastu buat kitorang tak wujud, diorang jalan je buat muka ketat..tak hadap pun, bukannya grammy holder pun.." itu antara luahan peminat Stacy.
Namun, Stacy telah menjelaskan dengan panjang lebar. Antara lainnya, dia bersyukur kerana memiliki ramai peminat dan mengatakan sangat menghargainya.
"Alhamdulillah, ramai juga yang kami jumpa tadi. Macam mana adik ni boleh cakap kita gitu? Maybe kita tak berapa dengar. Walaupun kami menyanyi tapi pendengaran kita sama sahaja tau, tiada yang hebat suara, sampai semut pun boleh dengar.
"So kesimpulan nya saya tak kisah awak nak buruk kan kami tapi saya kesian dan nak nasihatkan awak yang ayat-ayat yang awak pakai tu tak cool atau swag la..memalukan diri, lagi-lagi dengan penampilan awak.." ujar Stacy. - CARI
Foto Ihsan: Gosip Malaysia
|