|
|
Oleh : TS LOO

sumber foto: http://www.livemint.com/
Menurut Ketua Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, dia akan menemui Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan wakil dari Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) esok iaitu 29hb Jun untuk membincangkan isu penjenamaan KLIA2.
Tambah beliau, dia faham bahawa Air Asia tidak mempunyai hak untuk menamakan semula terminal itu tetapi mereka masih mahu melaksanakannya sebagai strategi pemasaran untuk memaklumkan kepada dunia bahawa terminal itu tambang rendah.
Menurut laporan Malay Mail, kenyataan tersebut disuarakan Tan Sri Tony Fernandes ketika hadir ke satu majlis bahawa Air Asia tetap ingin menggunakan jenama LCCT2 sebagai strategi pemasaran kumpulan berkenaan.
" Saya faham kami tidak mempunyai hak untuk mengubah nama, tapi saya tetap berharap dapat menukarnya."
"Ini adalah strategi kami memberitahu dunia bahawa kami adalah sebuah syarikat penerbangan tambang rendah, ini adalah satu strategi pemasaran"
Tegas beliau, langkah sedemikian mampu membantu kerancakan ekonomi dalam negara kita.
" Skiranya anda beritahu saya dengan berbuat sedemikian adalah tidak membawa kebaikan untuk Malaysia, maka saya akan berhenti."
"Saya menggesa pihak MAHB bekerjasama dengan kami dalam menarik lebih ramai pelancong untuk menggunakan klia2 sebagai terminal sambungan, menyatakan ini akan membawa kepada lebih banyak pekerjaan dan resit pelancongan."
Biarpun, MAHB pernah memaklumkan, KLIA2 bukan sebuah lapangan terbang tambang rendah. tetapi pada 21hb lalu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd, Aireen Omar dalam satu sidang media mengumumkan Air Asia akan mengubah penggunaan nama KLIA2 kepada LCCT2 dalam semua laman web rasmi dan aktiviti promosi yang diadakan oleh Air Asia.- CARI
|
|