CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2439|Reply: 5

Bosan Dengan Kesan Kuning Bawah Lengan Baju?

[Copy link]
Post time 28-6-2016 02:17 PM | Show all posts |Read mode
oleh Adib Za

Bosan dengan kesan kuning bawah lengan akibat deodorant, iritasi kulit dan bau masam di bawah lengan? Anda mungkin boleh lupakan segera deodorant sebagai penghilang bau badan. Habis, nak guna apa?




Jika anda pernah mendengar tentang tawas, ia sering digunakan untuk menghilangkan bau badan. Namun, tak pernah lagi mencubanya, betul?




Bentuknya persis deodorant namun didatangkan dalam bentuk batu kristal. Mungkin ramai yang masih tak pasti apakah kegunaan batu tersebut?




Adakah ia sebagus deodorant dan berkesankah ia bila dioleskan pada bawah lengan?




Jangan risau, jika dahulu ia harus ditumbuk terlebih dahulu kepada bentuk serbuk, sebelum disapukan pada ketiak. Kini, lebih mudah kerana ia banyak dijual dalam bentuk persis deodorant stick.










Apa yang bagus tentang tawas? Bagi anda yang masih tidak tahu, ia mempunyai sifat anti-bakteria yang menyingkirkan bau badan busuk. Selepas mengoleskannya pada kulit, anda pasti terkejut dengan hasilnya kerana bawah lengan anda tiada bau langsung! Begitu selesa.




Ia juga sangat menyegarkan kulit, merawat kulit gatal dan juga mencerahkan bahagian kulit gelap. Jika anda sering mengalami iritasi kerana deodorant, tawas pula sebaliknya.




Memulihkan iritasi dan kegatalan, ia juga membersihkan kotoran pada bawah lengan. Tawas turut bebas bahan kimia berbahaya dan sangat bersifat alami.




Masih tak tahu cara menggunakannya? Cuma rendamkan beberapa saat tawas anda dalam semangkuk air, sebelum mengoleskannya pada bawah lengan. Lakukan setiap hari, bau badan anda akan hilang secara kekal sehingga anda lupa pernah mengalami masalah tersebut. Cubalah! - CARI



Foto: Carian google
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2016 11:09 AM | Show all posts
kat mane nk beli tawas ni?
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2016 11:39 AM | Show all posts
Ya. Sudah banyak jenama krystal stick dicuba. Tak mujarab hilangkan bau ketiak! Paling lama boleh tahan 4 jam je...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2016 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku guna dr mist spray je. Mmg elok sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2016 07:46 PM | Show all posts
pernah try dr mist tp mcm x berkesan je
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2016 12:30 AM | Show all posts
I guna CL..

Guna tawas bukan jaminan 100% bau badan hilang, deodorant pula bukan cegah bau tapi cuma membantu menutup bau badan.

Bau badan ni terjadi sbb bbrp faktor antaranya masalah penghadaman atau faktor pemakanan.
I lebih prefer bukan deodorant macam CL / tawas walaupun x 100% hilang asalkan baju tak kuning dan selamat dari bahan kimia berbahaya

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.063488 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list