Seorang nenek berasal dari Adelaide di Australi Sealatan memilih cara yang sangat istimewa untuk menyambut harijadi yang ke 100 tahun dengan melakukan terjunan payung terjun dari ketinggian 12,000 kaki, sekali gus menjadi penerjun payung terjun yang berusia paling tua di kalangan masyarakat tempatan.
sumber foto: /www.dailymail.co.uk
Nenek yang bernama Irene O'Shea itu berharap menerusi aktiviti tersebut dapat bantu mengutip dana untuk penyelidikan Penyakit Neuron Motor. Anak perempuannya meninggal dunia pada tahun 2008 akibat penyakit tersebut, jadi nenek Irene O'Shea berharap dapat memberi sedikit sumbangan dalam usaha rawatan penyakit berkenaan.
Setakat ini, jumlah kutipan dana tersebut telah mencecah 80% akibat disambut baik masyarakat tempatan.- CARI