|
oleh Adib Za
Gula-gula getah, mengunyahnya memang boleh membuatkan kita terleka. Tanpa disedari, anda tertelan gula-gula getah itu. Pernah terjadi?
Situasi ini membuatkan ramai yang jadi bimbang, tak keruan dan tak senang duduk. Takut jika terjadi apa-apa yang tidak baik pada diri dan kesihatan.
Jangan bimbang, sebenarnya ia tidak memberi reaksi atau efek negatif pun kepada pencernaan anda. Seorang pakar perubatan dari NYU Longone Medical Centre, Dr Lisa Ganjhu berkata, usus manusia cukup kuat untuk mencerna gula-gula getah.
Bezanya, ia tidak dicerna sempurna dan terus dibuang dalam bentuk najis. Tapi ramai yang hairan, mengapa sebelum ini gula-gula getah dilarang untuk dimakan jika ia tak membahayakan?
Sebenarnya, mungkin kerana ia terlalu besar dan jika terus ditelan, boleh membuatkan anda tercekik. Tambahan pula, ia tak mempunyai apa-apa gizi atau nutrisi. - CARI
Sumber foto: Carian google
|
|