View: 2261|Reply: 10
|
Edisi Terhad Coca-Cola UEFA Euro 2016 Tiada Alkohol- Coca-Cola Malaysia
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
sumber foto: https://img.buzzfeed.com
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Coca-Cola Malaysia hari ini menegaskan bahawa dakwaan Coca-Cola botol aluminium Edisi Terhad UEFA Euro 2016 yang dijual di kedai-kedai terpilih di negara ini mengandungi alkohol adalah tidak benar.
Jelas Coca-Cola Malaysia lagi, walaupun Coca-Coca botol aluminium edisi terhad tidak dikeluarkan di Malaysia dan diimport dari Eropah, bahan-bahan dan proses pengeluaran yang digunakan dalam pengeluaran minuman Coca-Cola dikawal ketat.
Termasuk negara-negara yang Islam adalah agama utama, kerajaan dan pihak berkuasa kesihatan di lebih 200 negara yang secara konsisten mengiktiraf minuman itu sebagai produk tanpa alkohol.
Menurut kenyataan mereka lagi, syarikat memahami pasaran tempatan dan mengiktiraf dan menghormati kepentingan meyakinkan pengguna Islam bahawa produknya mematuhi standard pemprosesan halal yang ketat supaya pengguna boleh meminumnya tanpa ragu-ragu.
sumber foto: http://clubfrancaiscoca.free.fr/
Sebagai syarikat minuman tanpa alkohol terbesar di dunia, Coca-Cola telah dan akan terus mematuhi standard pemprosesan halal yang ketat, memastikan keebersihan dan pematuhan kualiti untuk semua produknya, tegas Coca-Cola Malaysia dalam kenyataan tersebut.
Coca-Cola, yang telah menjadi penaja rasmi untuk acara bola sepak sejak 1988, telah melancarkan botol aluminium edisi khas Coca-Cola UEFA Euro 2016 di Eropah.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
semalam ada yang share kata minuman ni ada alkohol..
btw..cantik plk botolnya |
|
|
|
|
|
|
|
Ramadan AL MUBARAK kali ini ummah suchi berpusu pusu memfitnah pelbagai jeniz rezki .
ummah + fitnah = berpisah teda |
|
|
|
|
|
|
|
Ummah puasa2 ni fefeling mulia ...
habis orang dinerakakan ...
minuman di arakkan ....
makanan dibabikan ....
yang paling xmenahan karangan penuh innocent ......
suka sangat dapat attention ....
walaupun pitenah dan menggunakan nama Allah ...
puihhh la
|
|
|
|
|
|
|
|
org Malaysia mmg gitu. nak jd keyboard warrior.. nak dpt likes ngan share yg byk.. hbes smua main belasah. betul ker tak belakang kira. |
|
|
|
|
|
|
|
ada nampak ni kat aeon big alamanda
rm 6 ++ tak silap
ingatkan nak rembat satu
tapi tak terbeli lak
nak buka penutup tu kena guna pembuka dia ke? |
|
|
|
|
|
|
|
mnm je la coke biase tu
ke sbb nk kn botol tu la ek |
|
|
|
|
|
|
|
senang je skang org nk viralkan halal and haram sesuatu produk tu... |
|
|
|
|
|
|
|
merangkak la sapa yang sebarkan tu |
|
|
|
|
|
|
|
Pengumpul jenama coke pasti tak akan lepaskan peluang dapatkan edisi terhad ni. Meklum le akan datang selalunya harganya akan jadi mahal |
|
|
|
|
|
|
| |
|