Perasan tak, jika anda lihat gambar menu diet di laman media sosial seperti Instagram pasti tampak sedap dan menggiurkan. Tetapi jika anda buat sendiri, tidak pula menjadi seperti dalam gambar tersebut kan?
Ala, janganlah putus asa. Penulis kongsikan menu sederhana ini yang dihiaskan secara kemas dan kreatif bagi menimbulkan selera makan tanpa merasa diri sedang berdiet.
Bahkan, potongan buah-buahan yang biasanya membosankan jadi lebih menggoda selera dengan sentuhan kreatif. Menu diet yang pelbagai dari seluruh dunia ini pasti membuahkan hasil yang tampak menarik dan sedap untuk dimakan. Jom, cuba! Yang tak berdiet pun boleh buat. - CARI Infonet