Setiausaha PKR Cabang Miri dan bekas calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu, Bill Kayong, telah mati ditembak di Miri pagi tadi.
Perkara itu dimaklumkan Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil menerusi aplikasi WhatsApp sebentar tadi.
sumber foto: astro awani
sumber foto: astro awani
Menurut laporan Bernama, kira-kira jam 9.20 pagi. ketika itu beliau sedang memandu kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota beserta logo PKR, tiba-tiba ditembak dari sebelah tingkap pemandu sementara menunggu lampu isyarat bertukar hijau.
Beliau dilaporkan ditembak pada leher dan ditemui rebah pada tempat duduknya.
Kayong, 43 tahun, juga merupakan setiausaha PKR Cabang Miri dan setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Miri, Dr Michael Teoh.
Semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak yang lalu, beliau telah bertanding di kerusi DUN Bekenu di mana beliau tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) Rosey Yunus dalam pertandingan empat penjuru.- CARI
yg best tuh---thread ni ada gambar untuk main page pula tu--- sebab di tulis oleh cari-Lts kah----delete delete delete---ganti dengan thread yg dah ada dan mohon link pada main page----