CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4684|Reply: 26

Bangsa Melayu Menghadiahkan RM5,000 Untuk Mengesan Pembunuh Anjing

[Copy link]
Post time 21-6-2016 12:42 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO





sumber foto: Facebook Sharul





Seekor ibu anjing yang masih menjalani penyusuan kepada anak-anaknya ditembak mati oleh seorang individu ketika sedang mencari makanan di luar.


Perbuatan kejam itu mengundang kecaman eorang netizen bernama Sharul Nizam, dengan memuat naik gambar bersama tulisan di facebooknya.


Dalam tulisan status di facebooknya, Sharul menyifatkan kejadian pembunuhan anjing yang berlaku di Taman Junid Perdana, Muar, Johor sebagai satu perbuatan yang sungguh kejam.


Di lokasi kejadian, hanya meninggalkan mayat ibu anjing yang berlumuran darah dan sarung peluru termasuk juga 5 ekor anak anjing yang kini sudah kehilangan maknya.


Dengan memuat naik gambar di facebook, Sharul berharapan pembunuh kejam itu dapat dikesan dan diberkas.

"Saya sanggup menghadiahkan wang tunai RM5,000 untuk mencari individu yang memilki senjata itu."

"Sila hubungi saya, 012741xxxx. Jika kita berjaya membawa 'iblis; tersbut ke mahkamah, saya pasti akan bayar jumlah wang itu."





sumber foto: Facebook Sharul





Ujar Sharul, berhubung kejadian tersebut laporan polis telah pun dibuat dan juga kepada semua yang sayangkan haiwan adalah wajar turut serta membuat laporan polis di balai polis berdekatan, berikutan mereka yang melakukan pembunhan kejam itu disyaki amat ketara menyalahgunakan senjata yang dimilikinya.


Memetik laporan akhbar Cina Sin Chew tahun lalu, Ketua Unit Kawalan Pest, Jabatan Kesihatan & Alam Sekitar, DBKL, Mariapan Chinniah mengatakan terdapat 2 cara untuk menangkap anjing liar.


Antaranya dengan menggunakan tali tangkapan anjing liar atau dengan menggunakan sangkar, manakala satu lagi adalah cara anesthesia.


Semua cara tersebut di atas itu adalah untuk memastikan kecederaan yang mungkin terjadi ke atas haiwan itu pada tahap yang paling minimum, jadi dengan cara menembak adalah dilarang.






sumber foto: Facebook Sharul



Setakat ini, seramai lebih 1500 orang telah berkongsi status tersebut dan komen yang diutarakan rata-rata berunsur kecaman. Terdapat netizen yang sedih dengan anak-anak anjing yang dilahirkan tanpa ibu.  


Sebahagian netizen pula sanggup menambah RM2,000 dalam jumlah wang hadiah yang berjaya mengesan individu yang membunuh anjing itu.


Ada pula netizen beritahu, berdasarkan gambar peluru yang ditunjukan jelas ianya dimiliki senapang yang digunakan untuk pemburuan haiwan.


Oleh kerana setiap peluru biasanya mempunyai nombor bersiri, jadi dengan menyemak turutan nombor bersiri itu, pasti dapat mengesan individu yang menembak anjing itu.- CARI


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2016 12:59 PM | Show all posts
da dapat kesan belum? sukati je nk tembak binatang tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2016 01:01 PM | Show all posts
apa la dibunuhnya anjing x bdosa tu...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2016 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke tawaran tu?fuyoo..byk duet
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2016 02:09 PM | Show all posts
Esmiria replied at 21-6-2016 01:09 PM
Betul ke tawaran tu?fuyoo..byk duet

sy kenal mamat ni
and yes dia ada duit..cakap x kosong
dia  buat freelance tuh build website  ,workshop  
dia mmg aktivis haiwan , perangi rasuah  dll
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2016 02:12 PM | Show all posts
dah ada update tak? dah kene tangkap belom??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2016 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang menembak tu emang binatang ya. :
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2016 04:39 PM | Show all posts
Apa le salahnya sangat sampai dihukum sebegitu.  Moga si pelaku diketahui juga akhirnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2016 04:41 PM | Show all posts
Esmiria replied at 21-6-2016 01:09 PM
Betul ke tawaran tu?fuyoo..byk duet

harus la tinggi tawarannye..
i  mean..x tgk kelongsong bullet tu?...ni bukan jenis handgun 9mm..
ni mesti senapang besar ni...some one please help me ..bg pencerahan skit..jenis firearm yg digunakan?

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2016 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn sampai dia yg tertembak plk dh la
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2016 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Comelnye anak anjing tu...tertiba tingatkan Qitmie yg setia ...nanges
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2016 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Esok nk mandikan Qitmie la...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2016 02:38 AM From the mobile phone | Show all posts
manjalara_01 replied at 21-6-2016 04:41 PM
harus la tinggi tawarannye..
i  mean..x tgk kelongsong bullet tu?...ni bukan jenis handgun 9mm..
...

Hdgdgdhishsbsns
:zz
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2016 06:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya.. Bengkak kan kantung susu.. Tengah banyak susu untuk puppy..apa buat anjing tu macam ni.. Zalim betul manusia tu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2016 09:24 AM | Show all posts
5k tu... untung spe dpt tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2016 09:51 AM | Show all posts

7k kot.. ada yang nak tambah tu.. perrghhhhhhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2016 09:52 AM | Show all posts
AisyDani13 replied at 22-6-2016 09:51 AM
7k kot.. ada yang nak tambah tu.. perrghhhhhhhh

nk cri kt system sat
mana taw dpt trace
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2016 10:00 AM | Show all posts
-electrifying- replied at 22-6-2016 09:52 AM
nk cri kt system sat
mana taw dpt trace

lekaih cari sama2.. dapat 7k bahagi 2 ok
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2016 12:37 PM | Show all posts
rasa best pula baca komen para forum-er yg semaken matang---
harap komen2 pertunjukan kepandaian dapat dielakkan----
orang tu punya wang---dia rasa itu patut ---maka jangan kacau dan tunjok pandai---
support and respect
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2016 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Siannya..tak berhati perut betul..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 07:17 PM GMT+8 , Processed in 0.128412 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list