View: 1506|Reply: 0
|
Saya Keliru, Nak Guna Losyen Badan atau Krim Tabir Suria?
[Copy link]
|
|
oleh Adib ZA
Mungkin ramai keliru manakah yang lebih baik, losyen badan atau krim tabir suria, betul?
Memandangkan cuaca dan juga iklim di negara kita yang berada di garis Khatulistiwa serta sentiasa panas, sudah tentu krim tabir suria sangat penting.
Namun, menurut pakar kulit dari Indonesia, Dr. Melyawati Hermawan memakai kedua-dua losyen badan dan juga krim tabir suria adalah lebih baik.
Gunakan losyen dua kali sehari untuk kesan lembapan yang maksimum pada kulit. Losyen badan yang baik haruslah didominasi kandungan minyak berbanding air. Ini kerana semakin tinggi kandungan minyak, ia lebih mudah diserap pada kulit.
Seterusnya, krim tabir suria digunakan setengah jam sebelum anda keluar rumah. Untuk kesan maksimum ulang pemakaian setiap 4 jam.
Namun, sekiranya anda mendapatkan produk yang sudah mengandungi dua elemen tersebut, tidak perlu memakai keduanya lagi. Itu lebih baik dan efisien. Masa pun jimat! - CARI
Sumber:Metrotv
Sumber foto: Carian google |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|