Oleh Izzah Abbasy
Umum mengetahui ketupat merupakan sejenis hidangan daripada nasi atau pulut yang dibungkus dan direbus dalam periuk. Terdapat dua jenis ketupat iaitu ketupat daun dan ketupat palas.
Namun, tak ramai yang tahu apakah itu ketupat palas dan daun. Jika ditanya kepada anak-anak muda, mereka sudah tentu tahu makan sahaja. Betul tak?
Ketupat palas atau ketupat pulut ialah ketupat yang menggunakan daun pokok palas sebagai pembungkusnya. Isinya pula ada yang kosong ada juga diletakkan kacang. Berbeza dengan ketupat daun atau ketupat nasi ialah dari segi bentuk, saiz, penggunaan daun untuk membalut dan beras.
Ketupat daun atau ketupat nasi, dianyam berbentuk empat segi ataupun berbentuk bawang yang menggunakan daun kelapa. Bentuk ketupat palas pula berbentuk tiga segi. Penggunaan beras sebagai isi atau inti ketupat juga berbeza. Beras yang digunakan untuk ketupat palas ini ialah beras pulut, manakala isi ketupat daun menggunakan beras nasi, iaitu beras yang digunakan sebagai makanan harian.
Adakah keluarga anda masih melakukan cara menganyam ketupat palas dan daun secara tradisional? Atau membeli ketupat yang sudah siap seperti jenama Nona, basuh dan rebus dah siap.Penulis yakin, masih ramai ibu dan nenek kita yang mengamalkan menganyam ketupat daun dan palas namun tidak dipraktikkan kepada generasi anak muda hari ini. - CARI Infonet
Ketupat palas
Ketupat daun
Cara menganyam ketupat palas dan daun
|