oleh Adib Za
Mengimbau kenangan bulan puasa zaman 90-an dulu, jenuh juga pada masa kanak-kanak nak habiskan masa seharian menunggu waktu berbuka.
Tapi sementara menunggu waktu berbuka, selain drama dan siri TV, anda juga selalunya dihidangkan dengan program berbentuk masakan.
Biasalah menu untuk berbuka dan juga kuih raya. Memang 'legend' betul waktu itu. Menganga mulut menontonnya. Chef yang top masa itu tak lain tak bukan, Chef Wan, Chef Zaidah, Chef Florence Tan dan sebagainya.
Celoteh mereka memang menghiburkan. Nak-nak lagi resipi yang disediakan itu boleh membuatkan rasa kecur air liur.
Kini, program memasak sempena Ramadan dan makin berkurang. Yang ada dan paling popular pada masa kini ialah Ketuk-Ketuk Ramadan.
Apakah rancangan masakan waktu bulan puasa yang anda masih ingat? - CARI Infonet
Sumber foto: KLbigkitchen
Sumber foto: Harian Metro
|