|
Oleh : TS LOO
sumber foto: http://www.ismaweb.net/
Semalam, Kementerian pengangkutan telah mengumumkan laporan awal nahas helikopter AS350 di Batang Lupar, Sarawak pada 5 Mei lalu.
Laporan awal menunjukan punca utama kejadian nahas adalah disebabkan keadaan cuaca yang amat teruk ketika itu.
Tetapi, Kementerian pengangkutan menegaskan, sekiranya mendapati terdapat bukti yang lain, pembetulan akan dibuat dari masa ke semasa.
Berdasarkan laporan siasatan mendapati, juruterbang terbabit merupakan seorang yang berpengalaman dan mempunyai lesen sah untuk penerbangan.
Di samping itu, menurut laporan kesihatan juga, ketika itu juruterbang tersebut mempunyai waktu rehat yang cukup sebelum insiden serta mengenal pasti keadaan persekitaran berhubung kawasan nahas.
Menurut laporan, tiada panggilan kecemasan dibuat oleh juruterbang dan juga tiada isyarat kecemasan diterima dari helikopter.
Pada 5hb Mei lalu, helipkoter terbabit yang membawa 6 orang penumpang terhempas dalam perjalanan dari Betong menghala ke Kuching ketika berlangsungnya kempen Pilihanraya Negeri Sarawak yang lalu.- CARI Infonet
sumber info: www.themalaymailonline.com |
|