oleh Adib ZA
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza telah memperkenalkan koleksi pakaian terbarunya sempena lebaran yang bakal tiba.
Koleksi yang dipanggil Creacion Sesuci Lebaran 2016 itu tampil dengan rekaan yang segar, ringkas dan sopan seiring dengan sambutan hari kemenangan umat Islam.
Bagi anda yang menggemari busana ready-to-wear dengan sentuhan eksklusif, bolehlah mendapatkan koleksi ini melalui seller rasmi jenama ini di Instagram.
Dengan harga bermula RM180, setiap busana di dalam koleksi ini juga dinamakan bersempena judul lagu Siti seperti Badarsila, Azimat Cinta, Mawarku dan sebagainya.
Mari lihat antara koleksi yang digayakan ketika majlis pelancarannya baru-baru ini di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur. - CARI Infonet
Sumber: Astro Awani
|