MonoloQue sering mendendangkan lagu-lagu berentak tradisional yang penuh dengan puitis yang membawa mesej tersirat.
Penyanyinya, Loque atau nama sebenarnya Khairil Ridzwan Annuar pula sering tampil penuh "semangat keMelayuan" dengan memakai tengkolok di kepala.
Pada 2014, MonoloQue mengeluarkan sebuah lagu bersempena puasa berjudul Moreh. Bagi yang tidak tahu apa makna Moreh, Moreh adalah jamuan makan yang biasanya diadakan selepas solat terawih berjemaah pada bulan Ramadhan. - CARI Infonet.
Setiap mamak setiap dapur
Pukul 4 pasti makan sahur
Lepas subuh ada yang kembali tidur
Ada yang bergegas ke Kuala Lumpur
Dari pagi hingga ke petang
Terngiang-ngiang makanan yang bakal terhidang
Matahari terbenam hilang
Perut kenyang berat tulang
Pasti moreh
Walau badan letih tetap pergi terawih
Tenaga pasti pulih
Lepas terawih sama-sama makan moreh
Tingkatkan produktiviti
Jangan leka tengok tv
Cakap banyak pun tak guna
Apa kata kita sama-sama cuba
Dari pagi hingga ke petang
Terngiang-ngiang makanan yang bakal terhidang
Matahari terbenam hilang
Perut kenyang berat tulang
Pasti moreh
Walau badan letih tetap pergi terawih
Tenaga pasti pulih
Lepas terawih sama-sama makan moreh
Walaupun kita berpuasa
Tak bermakna kita hilang kuasa
Cuma bertukar suasana
Tiba raya kita juara
Harap maafkan
Kalau ada terkurang atau terlebih
Selamat berpuasa
Hari raya yang mulia pasti tiba jua
tiap2 malam bapak aku bawak more yg tak habis balik rumah
kol 10 lebih camtu baru habis terawih
mata dah nak lelap, terus segar nampak makanan
teh tarik, mee goreng, nasi lemak, mihun goreng, roti jala...
memang tak kurus lah pose kali ni
kol 10 lebih dok melantak makan berat lagi...