CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1866|Reply: 3

Nak tanya perihal kewarganegaraan

[Copy link]
Post time 15-6-2016 04:05 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Salam semua..

Saya ada pertanyaan mengenai status kewarganegaraan. Harap sape2 kejer JPN boleh tolong jawab. Tp sorryla ye citer ni panjang sket.. intro nya perlu ye..

Citernya camni, ada sorang yg aku kenal anak pada sorang pati.. dia ni dah umur bih kurang 30 la ye.. biar aku namakan dia as J.

Dia ditinggalkan mak kandung sorang pati indon masa umur dia 9 thn kat satu family ni.. mmg selalu mak dia tumpangkan kt famili tu tp tup2 satu hari tu terus mak dia tak muncul2.. tak tau la dah kena cekup bslik indon ke.. dia ni beranak kedah nun tp tak pernah didaftarkan..

Famili angkat pun tak daftarkan gak.. kira dia tak pernah sekolah sbb takde dokumen pengenalan diri. Tp bapak angkat dia tu penah bagi dia kad pengenalan budak yang tercicir kat jalan.. mungkin umur sket lebih kurang so dia pun guna la ic tu..

Bila dia dah besar.. dia bercinta dgn sorang lelaki ni.. pendekkan citer dia mengandung pastu bila lelaki ni ajak kawin dia berdalih cakap biar la beranak dulu pastu kawin.  Bila dia bersalin dia guna ic jumpa tu la daftarkan nama anak..

Pastu bila lelaki tu ajak kawin dah beli segala barang2 kawin, permohonan tak lepas sbb Jawi nak ic baru. Lelaki tu ajak dia buat ic baru.

Masa tu baru lelaki tu tau ic tu bukan ic minah tu n dia rasa tertipu.. tp kerana kesian n anak yu anak dia juga, dia travel gi kedah jumpa famili angkat minah ni.. pendek sket cerita, bapak angkat dia tak nak layan.. masalah apa tak tau tp aku speku dia larikan diri pas dapat ic jumpa tu n maybe ada perang mulut kot.. so bapak angkat maybe marah..

Lelaki tu dpt tau status pompan tu lepas dibagitau oleh mak angkat tadi. Last2 diorg balik kl. Walaupun anak famili angkat td nak yolong daftarkan minah ni tak nak pulak.. antara dokumen yg perlu untuk daftarkan dia cop ketua kg. Dah sampai tp dia taknsk tueun pulak.

Pastu mamat ni byk kali la suruh dia buat ic gi jpn supaya dpt nikah tp gagal... permohonan tak lulus. Minah ni taknak jumpa penghulu sdgkan semua tu perlu.

Pastu pas 8 thn minah ni merayu2 nak anak pompan pulak. Mamat ni tak nak tp minah ni beria nak anak pompan n sanggup tanggung risiko. Pada dia anak sulung lelaki tu lepas je daftar mesti yang ni pun ok. Kira diorg ni tinggal bersama tanpa nikah 11 thn. Dlm masa ni 2,3 kali gak naik jpn. Lelaki ni suruh pompan ni declare diri dia as org yg xde warganegara tp dia taknak.

Bila nak daftar anak, Last2 tak lepas sbb jpn nak ic baru. Tp jpn tu daftarkan jugak cuma kena ambik sijil lahir di putrajaya.

So.. mamat ni dah bosan tunggu.. mmg dia tipu fanili dia semua ckp dorg da nikah kt kg pompan. So dia blah..

Last year minah ni ckp kt lelaki tu dia nak bayar rm2000 kt jpn sbb katanya ada org leh tolong dia buat ic termasuk dokumen budak2 tu.. baru2 ni dgr citer dah nak siap tp dia tak dapat ic.. still takde dokumen cuma budak2 tu jer ada sijil lahir..

Soalan saya.. pas intro yg panjang.. macam mana dia boleh daftar budak2 tu guna lelaki ni as penjamin tp lelaki ni tak jejak kaki pun ke jpn.. boleh ke jpn keluar sijil lahir kalau ibunya takde dokumen pengenalan diri. Sijil lahir tu pulak warganegara tau..



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2016 10:04 AM | Show all posts
yang si pompuan tu taknak guna jalan panjang tu apsal?

kalo tpaksa jumpa penghulu pun jumpa lah..then kena buat akuan bersumpah dah duduk lama kat msia nie..

nie jenis ketegaq nie...

kalo tak nak pikir hal dia biarlah...tapi pikirlah ada anak... kalo taknak ssh2 mcm nie,  jgn pandai2 beranak..kesian kat anak tu..dah la lahir luar nikah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2016 10:06 AM | Show all posts
boleh ke jpn keluar sijil lahir kalau ibunya takde dokumen pengenalan diri. Sijil lahir tu pulak warganegara tau.
blh...tapi kat column maklumat ibu akan dicatatkan sebagai tiada maklumat

nanti apa2 hal kat anak tu, kemungkinan besar mak tak dapat hak sebagai mak dia.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2016 12:21 PM | Show all posts
orang kalau tak nak tolong diri sendiri, ko cerita panjang-panjang pun tak guna..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.183712 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list