CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1030|Reply: 1

Anggota Polis Buat Pengundian Awal Pilihan Raya Kecil Hari Ini

[Copy link]
Post time 14-6-2016 10:53 AM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

SABAK BERNAM

Berlangsung di dua tempat mengundi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam hari ini, pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar yang melibatkan 286 anggota polis dan pasangan masing-masing dijalankan.

Dua tempat mengundi berkenaan ialah di Bilik Cawangan Latihan/Sukan bagi pengundi awal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Panjang dan Bilik Cawangan Latihan/Sukan IPPD 1 bagi pengundi awal DUN Sekinchan.

Pusat pengundian awal dibuka dari 8 pagi hingga 5 petang bagi DUN Sungai Panjang manakala bagi DUN Sekinchan, ia dibuka dari 8 pagi hingga 2 petang.



KUALA KANGSAR

Dua pusat pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar, mula dibuka 8 pagi Selasa.

Dua pusat pengundian awal itu ialah di Dewan Tun Salleh Ismael, Kompleks Perumahan Polis, Ibu Pejabat Daerah Kuala Kangsar dan di Bilik Mesyuarat Balai Polis Manong.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK Parlimen Kuala Kangsar, Mior Muhammad Jamil Mior Zakaria, berkata 312 pemilih berdaftar terdiri daripada anggota polis layak melakukan pengundian awal itu.

Pengundian PRK itu berlangsung 18 Jun ini. - CARI Infonet

Kredit : Astro Awani & mStar

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2016 08:03 PM | Show all posts
ada tabur dedak ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 09:36 AM GMT+8 , Processed in 0.050596 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list