Oleh Izzah Abbasy
Rekaan dari pereka fesyen terkenal, Bernard Chandran pasti tidak akan mengecewakan. Bagaikan puteri, itulah yang boleh digambarkan dengan kata-kata dengan pertunjukan fesyen koleksi raya Bernard Chandran yang dinamakan Petang Raya, baru-baru ini.
Dipengaruhi oleh rekaan istimewa buat pelanggan daripada golongan aristokrat dan kerabat diraja, Bernard menyalurkan inspirasi daripada gaya glamor yang anggun dan eksklusif bagaikan aura puteri raja bagi rekaan koleksi raya bersempena tahun ke-10 beliau dalam industri fesyen raya.
Bernard memberi penghormatan khas buat Permaisuri Brunei dengan gaya diraja seperti pemilihan tudung dengan cetakan corak bunga pada kain sutera hingga ke busananya yang mewah dengan dihiasi kilauan manik kristal.
Potongan yang memberikan impresi siluet ditambah dengan perincian manik dan labuci yang rumit serta gah memberi imej sofistikated kepada si pemakai. Apa lagi leretan kain yang jatuh dengan cantik membuatkan ia tampak anggun dan 'classy'.
Jatuh hati tak pada baju kurung ala sari tu? Cantik kan? - CARI Infonet
Kredit Foto : Lipstick Malaysia
|