View: 14539|Reply: 89
|
Himpunan Kish Mimpi Seram Yang Tak Boleh Dilupakan
[Copy link]
|
|
Edited by hest at 13-6-2016 12:08 PM
assalamualaikum...
aku tak tahu sama ada ia dibenarkan atau tidak untuk bukak thread seperti ni.. dah try cari senarai thread dengan key 'mimpi.. ada.. tapi lebih kepada individu dan terselit2 3,4 kisah dari forumer lain..
so then terasa nak buka hamparan untuk semua kongsi kisah mimpi seram yang tak boleh dilupakan.. kalau tak seram yang agak misteri atau yang agak beralamat.. yang menjadi kenyataan dan sebagainya.. tapi lebih fokus kepada yang seram2 ..
motif aku buat thread ni..
1. Sebab MPS semakin sendu..
2. Ramai penulis kisah sedang bertapa (berubat)
3. Nak tunggu kisah2 misteri realiti agak perit bagi mereka yang dahagakan kisah seram
4. Mengharap ada orang sentiasa bukak thread dan update rasa macam kejam plak. sebab yang mengalami itu tersiksa sebenarnya
SYARAT-SYARAT KALAU NAK TULIS KISAH MIMPI TERSEBUT
1. Taip habis 1 kisah dalam 1 post
2. Tak menggunakan bahasa SMS
3. Tolong tag id aku.. supaya aku boleh update kat page depan ni link cerita korang... (kalau aku gajin )
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ok, aku mulakan kisah mimpi aku ya tuan tanah
ular hitam
Kisah bermula aku pergi makan kat satu restoran kat Kajang. masa tu lepas aku habis kursus kalau tak silap. Masa tengah makan tu, ada beberapa mamat yang sedang bersembang dan aku perasan salah seorang tu sedang jeling-jeling kat aku. Dahla aku menghadap ke arah dia. Pastu dia main-main telefon, macam dia angkat-angkat hala ke muka aku. Macam orang nak snap gambar gitu. Aku menyorok belakang kawan yang duduk kat depan aku kat meja.
Ok, dua hari lepas tu, aku mimpi. Dalam mimpi tu aku dikejar ular hitam. Bukan sekor tapi lebih dari 10 ekor,ular tu agak besar dan antara 10 ekor tu, salah sekor tu memang aktif kejar aku. Memang aku lari tak cukup kaki..macam orang kena kejar hantu
tapi ular tu makin dekat dan cuba nak patuk aku
entah macam mana, aku jadi berani. Ular tu aku cekup guna tangan je kat kepala dia tu. Dah cekup tu, aku genggam sampai ular tu mampus. Nampak masa aku cekik ular tu, mata merah menyala dan keluar asap
Aku terjaga dari tidur. Berpelu dan yang pasti tangan aku bergetar..ada kesan merah macam lepas genggam kuat sesuatu
Beberapa hari kemudian, aku mimpi lagi. Kali ini bukan ular hitam tu tapi seorang lelaki yang aku tak nampak mukanya. Suaranya dalam mimpi tu macam mencarut dan marah aku tanpa sebab. Dia cuba nak dekat. Aku menjerit lepas tu aku terjaga.
Berpeluh lagi masa terjaga tu. Aku tengok tangan aku...merah..
apakah??? sampai la ni masih misteri bagi aku..sampai aku fikir mamat yang snap gambar aku secara curi tu yang terlibat dalam mimpi aku..
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
thanks ipo kongsi mimpi ni...
tulah.. dulu orang kata pasal jodoh ular ni.. dah tua baru tahu pasal jin.. adoiyai..
|
|
|
|
|
|
|
|
aku punada kisah mimpi ular ni..
masa ni aku tido kat rumah abang aku kat hall.. malam.. bukak lampu.. tiba-tiba dalam mimpi tu.. dengan suasana dan keadaan yang sama aku di alam realiti.. ada sekor ular.. sawa ke tedung ke aku tak sure.. dia macam nak dekat dengan aku.. nak manja giteeewww .. tapi aku tak nak.. pastu aku cakap kat dia.. aku tak kisah la kau baik ke kau jahat ke aku tak nak kawan dengan kau... dia terus jadi marah.. berdesir kuat ..terus aku cekak kepala dia kat area muncung mulut tu.. aku tekan kuat2 sebab nak campak dia.. masa ni berlawan ni ntah macam mana ibu jari aku yang tekan mulut bawah dia tu terlepas dan dia berjaya gigit kat ibu jari tu.. dalam masa sama aku campak dia, terus terkeluar dari rumah tembus ghaib gitu.. dan aku terjaga..
berdebar? ofkos la kan.. dan tangan aku terasa saaaangat lenguh.. macam betul terjadi.. aku terus angkat toto, masuk bilik abang aku dan kakak ipar aku tido kat situ.. lantak korang laki bini .. suka tak suka aku tido gak situ.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tengok mcm mana keadaan ular tu samada kita dipatuk, dikelilingi, dikejar, ular warna warni dll semuanya berlainan tafsiran bole jadi yg baik atau kurang baik
nak kongsi sikit mimpi aku
dia bukanla seram tapi agak terkesan jugak
view aku dlm mimpi masa tu aku sedang melihat adik ipar (perempuan) tengah berdiri kat atas bumbung bangunan yang tinggi sedang intai kat bawah
kat bawah bangunan ada kolam yang cetek dan ada org mandi rendam2 badan dlm tu
kat tepi kolam ada tebing yg org bole duduk2 santai kat situ
pastu aku berpaling ke arah yg lain dan bila toleh balik atas bangunan tu adik ipar dah takde
cari punya cari rupanya dah jatuh dalam kolam kat bawah tu
yang pelik orang2 sekeliling kolam tu cuma tengok je dia mati dalam tu tak buat apa2 dan beredar
baru aku sedar orang sekeliling tu ialah semua yang ada pertalian saudara dgn adik ipar tu
yang pelik dia mati dengan badan mengiring ke arah aku dgn mata terbuka luas tengah tengok tepat ke arah aku dan bertudung merah
lepas tu aku terjaga dari mimpi
mimpi tu kawan yang mahir dah tafsirkan satu persatu
tu semua kiasan apa yang akan berlaku nanti
bukan mati betul
katanya adik ipar tu pandang aku sbb mengharap aku boleh guide dia ke arah yang betul
ntahla aku sendiri pon xbape betul
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku lebih tertumpu ke perenggan terakhir tu...
Kacau line betul la ko nie.... seb baik depa tak kunci pintu...
|
|
|
|
|
|
|
|
heheh...elok pula tumpang masuk tidur ya..
|
|
|
|
|
|
|
|
menarik mimpi tu....
mungkin ada hikmahnya tu kan
|
|
|
|
|
|
|
|
ada jugak mimpi pasal ular ni...time kecik dulu la umur 9tahun. Aku ingat sebab ayah aku baru beli kereta masa tu. hohoho
Aku mimpi aku pergi jalan-jalan dengan family naik kereta baru. Time tu malam. Tiba-tiba suasana jadi macam oren-oren lepastu ada api. Aku dah cuak dah time tu. Ayah aku suruh rilex je. Tiba-tiba muncul ular besar yang amat. Tinggi bangunan.
Ular tu libas kereta dengan ekor dia. Terbalik la keretanya. Aku lari tapi ular tu dok belit aku sampai rasa tak boleh nak bernafas. Then aku terjaga. Aku cerita kat mak ayah aku. Diaorang kata mainan tidur.
Bila aku 12tahun, something happen. Aku jadi lain. Menurut family aku la. Sebab memori aku time umur 12 tahun kabur sikit. huhuhu Aku tak nak pergi sekolah. Mengamuk, berkurung, duduk dalam gelap, tak nak bergaul dengan orang langsung.
Macam-macam cara cuba buat. Jumpa ustaz, Jumpa bomoh (sedara jemput). Ramai tanya 'ada mimpi ular tak?'. Diaorang kata kena sihir. Ada satu makcik ni kata sebab bilik aku orang indon dok buat tempat puja time nak buat rumah dulu. Diaorang puja sikat yang jenis berus tu. Makcik tu siap tunjuk macam mana cara aku sikat rambut. Terkejut I. Sebijik. Sampai sekarang aku tak guna sikat jenis tu. seram..
Aku tak ingat sama ada makcik tu atau ustaz suruh 'bersihkan' bilik tu. Baru aku OK.
Tamat.
Sampai sekarang aku ingat mimpi tu. Sebab apa yang berlaku time aku 12 tahun betul-betul ubah hidup aku. Daripada periang, gangster, jadi pemalu, takut kat orang. |
|
|
|
|
|
|
|
aku selalu mimpi bukan-bukan. Ada yang jadi kenyataan. Ada yang buat aku keliru tu realiti ke mimpi. Semalam baru baca thread mimpi yang merged tu sampai page 91. Tak larat nak baca. |
|
|
|
|
|
|
|
hahaahha.. akk ipar aku tu baya aku je sebenarnya.. masa ni rasa tahun pertama kawen gak.. ke tahun ke dua.. nasib la memahami diorang.. abang aku memang masa ni memang jg aku la.. aku tak duk dgn dorang.. tapi abg aku risau dgn aku. tu dorang tak kisah aku lari masuk .. masa ni baru mula tahu aku kena benda2 pelik lepas nak kat 2 tahun menanggung..
|
|
|
|
|
|
|
|
oun yeke.. hurm.. ntah aku kalau boleh biar tak tahu alamat kot.. kalau tahu nanti tertanya2 tertunggu2.. macam orang tilik nasib tu..huhuhuhu
aku rasa tak la mengharap kau guide.. jap adik bradik bini hang tak de laki2 ke
|
|
|
|
|
|
|
|
aku sebenarnya dalam minggu lepas la ada mimpi 1 benda pelik bagi aku..
aku kat asrama..nak pegi basuh baju..nak basahkan baju kat sink..aku bukak paip air.. air yg keluar tu keroh..aku tutup balik.. bukak lagi.. keruh lagi.. tutup.. kali ke tiga aku bukak.. darah memancut-mancut keluar.. huhuhuhu..
aku keluar bilik air tu.. tanya-tanya orang yang ada kat situ kenapa keluar darah..diorang cuma jawab,,itu makna ada yang rindu.. aku dah garuk pala.. sejak bila plak darah ni ada hubung kait dengan rindu.. aku jalan lagi...
aku nampak sorang kawan aku cakap sorang2..aku tanya dia "cakap dgn sape?" dia jawab "ni ha" sambil tunjuk sebelah..aku serius tak nampak.. pastu dia masuk kelas... kelas kan ada tingkap nako.. tingkap yang boleh nampak figure orang tu.. masa tu baru aku nampak sorang pompuan pakai tudung biru cair.. dia berdiri balik tingkap yang terbukak sikit. nampak muka dia separuh-separuh.. aku cakap dalam hati " bukan manusia ni..baik aku tanya pasal hal tadi..mesti dia tahu" aku tanya la asal tadi keluar darah.. dia bagi jawapan.. " ada yang rindu kau.. rinduuuu sangat" sambil tersenyum sinis...
huhuhuhu. ntah la.. bad thing happen to me juga la skang ni.. tak tahu lah ada kaitan ke tak |
|
|
|
|
|
|
|
ada, masalahnya semua bukan jenis nak tegur sgt...semuanya sendiri buat sendiri tanggung xde yg nak bg nasihatmasing2 pun mmg jenis keras kepala bila soal siasat dari wife katanya semua adik beradik terkesan dari baran ayah diorg sejak kecik dan selalu tengok mak ayah bergaduh setiap masa
|
|
|
|
|
|
|
|
yeke.. la.. kesiannya.. ko anggap la macam adik kau.. nak guide tu jgn la berlembut sgt.. kasi tegas.. kang terjatuh cinta naya je beb
|
|
|
|
|
|
|
|
Ini mimpi seram yg aku mmg tak bole lupa
Aku tengah mengandung masa tu anak first..dlm lingkungan 6 bulan jgk kot.masa tu masih dduk kt umah sewa asben aku mcm shop apartment. Dalam mimpi tu suasananya memang pelik which is kt corridor sekolah rendah aku..tingkt paling atas.aku macam tengah lari dari sesuatu.masa tu mmg rasa takut sangat smpi aku bole rasa jantung tgh dup dap dup dap..yang peliknya instead of pintu kelas ,pintu2 kt situ sume dh jadi pintu2 rumah yg berkunci (bole bayangkn koridor flat ppr..ha mcm tula).aku try sume pintu2 kt situ sume kunci,sebelah pintu2 tu ade tingkap nako pun sume berkunci.hujung koridor ade tangga n aku mmg asik pandang tangga tu sambil nk cuba buka pintu..tetiba aku nampak ade makhluk separuh badan (kpala hingga pinggang dan ade tangan) tgh susah payah panjat tangga dalam keadaan mengesot dan datang ke arah aku.time tu aku memang dah siap menjerit2 tapi takde suara kluar.
aku nak lari tapi kaki macam dah terpasung.lembaga tu dah makin dekat mengesot2 kat aku (rupa macam lelaki cina,rambut almost botak).aku time ni rasa dah nak putus nafas sebab menjerit tapi yang anehnya aku mmg tak dengar langsung sore aku..last2 aku tersedar sebab asben aku kejut sebab dia bgtau aku meracau2.lepas terjaga tu jangan cakapla..jantung mmg dh rasa nak pecah dah.aku citer balik sume kt dia.
Sok nye masa aku pegi kerja dia panggil sorang member dia utk scan rumah kitaorg..syukurr takde ape2.tapi pada aku itula mimpi yg aku mmg tak lupa sbb aku ni jenis yg memang tak ingat mimpi2 aku. |
|
|
|
|
|
|
|
aku paling tak suka mimpi kejar2 ni.. sebab kan nanti kita macam tak boleh gerak dalam mimpi tu.. atau macam kita try lari selaju boleh tapi gerakan kita macam perlaaaaaahaaann sangat.. nyampah rasa benda tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
hest replied at 14-6-2016 02:01 PM
aku paling tak suka mimpi kejar2 ni.. sebab kan nanti kita macam tak boleh gerak dalam mimpi tu.. ...
Yee betul.itula yang aku rasa.reflex dah ade tapi kaki rasa berattt sangatt2 nak angkat .yang buatkan ia rasa macam real sbb aku rasa penat sangat lepas sedar tu..sampai tercungap2. |
|
|
|
|
|
|
|
aku 2hari lepas ada la mimpi macam tu.. tp tahu apa aku cakap dalam hati masa mimpi tu.. aahhh lama tak rasa kaki tak gerak ni.. so nikmati saja rasa ni..
boleh??
|
|
|
|
|
|
|
|
saya kerap jugak mimpi hantu langsuir dgn pontianak..penah sekali tue sy mimpi tengah berjalan dgn kwn dkt jln yg sunyi kiri kanan hutan..
tiba2 buleh ckp dgn kwn "ehh ko nk tengok kak lang x?(langsuir) terus sy jerit "kak lang ooo kak lang" byk2 kali..lepas tue sy tersedar sbb adik sy kejut die kate ko mimpi apa smpai menjerit2 nie?
sy nie sebenarnya penakut tp kalau dlm mimpi sy xtakut langsung dgn hantu bedua tue..rilek je pandang muka mereka...
cuma sy sgt fobia dgn hantu pocong sbb sy pernah mimpi arwah nenek sy jd pocong melompat2 balik ke rumah selepas seminggu die meninggal.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|