CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
12Next
Return to list New
View: 15173|Reply: 24

[Haiwan & Tumbuhan] Pokok Asam Gelugur

[Copy link]
Post time 13-6-2016 10:59 AM | Show all posts |Read mode
Edited by bianglala at 9-1-2019 09:12 PM

Asam gelugur (Garcinia atroviridis Griff) atau asam keping merupakan sejenis pokok nadir yang dipercayai berasal dari semenanjung Malaysia. Pokok ini telah disebarkan ke negara-negara jiran seperti di Thailand,Indonesia, Filipina dan juga India. Maklumat berkaitan keluasan tanaman asam gelugor tidak ada yang dicatitkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia kerana kebanyakannya di tanam atau tumbuh di kebun secara bercampur dengan tanaman buah-buahan lain. Antara negeri-negeri semenanjung yang didapati mempunyai banyak jumlah pokok ini ialah seperti di Perak, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Pahang dan Kedah. Terdapat juga pokok asam gelugur di kawasan hutan dan buahnya dikutip secara berkala oleh penduduk kampung berhampiran.
Rasa daun dan bunga dalah lemak-lemak, sedikit manis, sedikit kemasaman dan kelat. Manakala buahnya pula rasa masam jika dimakan. Buah dan pucuknya bersifat sejuk.
Alam:Plantae
Divisi:Angiosperma
Kelas:Eudicots
(tiada peringkat):Rosids
Order:Malpighiales
Famili:Clusiaceae
Genus:Garcinia
Spesies:G. atroviridis Griff
Garcinia atroviridis
Griff. ex T.Anderson
Pokok asam gelugor merupakan sejenis pokok saka berbuah yang mempunyai akar tunjang dan mampu mencapai ketinggian sehingga 10-15 meter. Batangnya dari kayu keras berwarna kelabu. Daun tunggal, besar, bujur memanjang, berwarna hijau gelap dengan permukaan atasnya berkilat, pucuk muda berwarna kemerahan bertukar hijau tua apabila matang. Bunganya mempunyai kelopak dan berwarna merah kekuningan yang keluar dari celah ketiak daun. Buah asam gelugor berwarna hijau cerah ketika muda dan akan jingga kekuningan apabila matang. Buahnya mempunyai biji keras dan mempunyai rasa yang sangat masam. Bentuk buah asam gelugor berbeza-beza mengikut varieti iaitu ada yang bulat, oval dan bentuk oblong serta mempunyai ketak. Berat buah antara 100-700 gram sebiji dan mempunyai garispusat antara 6-11 cm. Buahnya mempunyai 12-16 ketak.

Buah asam gelugur mengadungi asid sitrik, asid tartarik, asid malik, asid askorbik, asid hidroksisitrik, flavonoid, serat, vitamin dan mineral. Asid askorbiknya berperanan sebagai antibakeria. Daunnya pula mengandungi serat,karbohidrat, alkoloid, vitamin dan mineral.
Dengan memakan daun, bunga atau buah asam gelugur dapat menurunkan darah tinggi, merawat kencing manis, berat badan berlebihan, tidak selera makan dan sakit jantung. Buah, bunga dan pucukmya boleh bertindak sebagai antioksidan dan awet muda.

Buah asam gelugur yang telah siap diproses sering dijadikan bahan perisa dalam masakan melayu serta dijadikan bahan untuk menghilangkan rasa atau bau hanyir yang terdapat pada ikan atau daging. Asam gelugur ini mempunyai rasa yang sangat masam.
Asam gelugor kering digelar asam keping digunakan kebanyakannya untuk bahan masakan sebagai penambah rasa kemasaman dalam masakan. Antara masakan popular perlukan asam keping seperti masakan asam pedas, masak lemak cili api, masak singgang dan segala jenis masakan lain. Asam keping ini mengandungi bahan asid hidrositrik boleh menggantikan asam jawa. Pada masa ini ada yang menggunakan asam gelugur untuk jus minuman dan membantu mengurangkan kolesterol dalam badan serta berfungsi sebagai antioksidan yang baik.
Pucuk muda yang mentah atau dicelur dibuat makanan bersama dengan budu, cencaluk, sambal belacan atau lain-lain pencecah ketika makan nasi. Buah muda asam gelugur boleh dibuat campuran dalam sambal belacan. Pucuk mudanya boleh dijadikan ramuan dalam nasi ulam dan nasi kerabu. Daun muda dan bunganya juga boleh dimasukkan ke dalam masakan asam pedas dan masak lemak cili api.
Sumber: wikipedia

  

  

Rebusan Asam Gelugur


Ada wanita mengamalkan minum air asam gelugur semasa berpantang dipercayai untuk mempercepat kan proses mengecutkan rahim. Selain itu amalan tersebut juga dikatakan mampu menurunkan berat badan.Ternyata asam gelugur atau nama botani nya garcinia cambogia menawarkan banyak khasiat baik dari sudut perubatan mahu pun sebagai penyedap makanan. Berwarna kekuningan dan berbentuk seakan buah labu, tumbuhan yang berasal dari India itu turut dikenali dengan nama asam keping setelah buahnya dikeringkan.Selain itu asam gelugur dipanggil juga malabar tamarind dan brindle berry kini digunakan secara meluas untuk produk mengurangkan berat badan di Eropah.


Asid utama asid hydroxycitric atau HCA. di dalam asam gelugur pernah menjadi kajian saintis pemakanan. Terbukti ia sangat berkesan membantu mengekang nafsu makan dan menggalakkan penguraian lemak dalam tubuh manusia dan haiwan. Rangsangan kehilangan berat badan menerusi dua cara asas. HCA bertindak menghalang penukaran makanan bergula dan berkanji kepada lemak. Ini bermakna HCA dikatakan dipercayai mampu membantu menyekat penghasilan lemak.Penemuan terbaru mendapati melalui cara peningkatan tahap kimia tertentu dalam otak seperti serotonin, pengatur kepada pengawalan selera, HCA juga dikatakan mungkin mampu menyekat selera makan.


Penggunaan asam gelugur juga mendapat tempat dalam perubatan India kuno (Ayurveda) bagi mengatasi masalah penghadaman, rawatan cacing, parasit, tumor dan cirit-birit berdarah.Buah asam gelugur yang sudah masak berwarna kuning selalunya dihiris, dikering dan digunakan dalam masakan. Ia juga direbus dalam gula dan dimakan sebagai jeruk.Air rebusan kulit buah asam gelugur juga dikatakan mampu digunakan untuk merawat reumatisme dan masalah dalam perut. Selain itu buah tersebut dikatakan berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi.


Perubatan Melayu zaman dahulu menggunakan rebusan air daun dan akar asam gelugur untuk menyembuhkan sakit telinga melalui titisan ke dalam telinga.Buah asam gelugur juga dikatakan mampumelegakan kesakitan gusi. Caranya adalah dengan mengambil sekeping asam gelugur dan kemudian basuh hingga bersih sehingga menjadi sedikit lembut. Tampal atau selitkan di celah-celah antara gusi dan bahagian pipi selama 10 hingga 15 minit. Kemudian kumur dengan air suam.


sumber:http://www.khasiatherba.com/ulam/khasiat-asam-gelugur.html


  


Pucuk atau daun pokok asam gelugur pun mempunyai rasa masam..




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2016 11:09 AM | Show all posts
asam keping sekarang tak masam langsung..
dulu letak sekeping cukup dah..
sekarang letak 3 4 keping pun lom tentu masam..
kelat je lebih..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2016 11:14 AM | Show all posts
suka pucuk asam gelugur.. masak lemak cili api talapia bakar.. aduh... terliur
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2016 11:47 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 13-6-2016 10:09 AM
asam keping sekarang tak masam langsung..
dulu letak sekeping cukup dah..
sekarang letak 3 4 kepin ...

kan?dulu letak sekeping pun  dah rasa masamnya
la ni nak masak singgang ikan, kena letak 2-3 keping baru rasa masam
orang kata asam keping yang warna hitam lebih masam dari warna perang tu
emm....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2016 11:48 AM | Show all posts
hest replied at 13-6-2016 10:14 AM
suka pucuk asam gelugur.. masak lemak cili api talapia bakar.. aduh... terliur

oh ya ke?
tak pernah masak bubuh pucuk ni..mesti sedap kan?
aku bubuh kulit buah rambai untuk masak lemak cili padi..pun sedap gak
pucuk daun ni selalu ratah buat ulam je..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2016 11:49 AM | Show all posts
Ipo replied at 13-6-2016 11:47 AM
kan?dulu letak sekeping pun  dah rasa masamnya
la ni nak masak singgang ikan, kena letak 2-3 kepi ...

kita asal nampak asam keping, amik je..payah kot nak jumpa yang hitam-hitam..
sekarang ni semua kaler coklat muda..
padan la tak masam..
agaknya buah belum cukup umur mereka buat asam keping ye?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2016 12:03 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 13-6-2016 10:49 AM
kita asal nampak asam keping, amik je..payah kot nak jumpa yang hitam-hitam..
sekarang ni semua k ...

dulu pernah main bawah pokok asam gelugur ni waktu budak2
dapatlah tengok makcik2 kampung tu duk kait buah asam ni kat pokok yang tinggi melangut tu
depa ambik yang buah yang warna hijau kekuningan utk buat asam keping
yang masak (dah kuning tu) depa bagi kat kitaorang, berebut makan
tapi memang hitam la asam keping dari buah yg belum masak
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2016 12:10 PM | Show all posts
Ipo replied at 13-6-2016 12:03 PM
dulu pernah main bawah pokok asam gelugur ni waktu budak2
dapatlah tengok makcik2 kampung tu duk  ...

buah dah masak tu boleh makan cenggitu je?
ke jemur tak cukup time dah angkat jual?
possible tak klu jemur tak cukup lama dia jadi coklat muda je?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2016 12:15 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 13-6-2016 11:10 AM
buah dah masak tu boleh makan cenggitu je?
ke jemur tak cukup time dah angkat jual?
possible tak ...

possible jugak..kena jemur tengah panas betul utk beberapa hari
kalau jemur lebih kurang je..memang tak hitam dan tak masam
yg tak masam sangat tu mungkin jugak depa guna buah yg masih putik
selalunya ambik buah hijau kekuningan, tak masak sangat, tak putik sangat

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2016 10:31 PM | Show all posts
rasanya susah dh nak jumpa pokok asam gelugur ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2016 05:08 PM | Show all posts
Farini replied at 13-6-2016 09:31 PM
rasanya susah dh nak jumpa pokok asam gelugur ni.

ha a..Farini...memang susah
tapi rasanya kat area kampung belah2 perak nun, banyak lagi pokok ni
setiap kali balik perak, banyak jual asam keping kat pasar..kadang2 selonggok besar tu 50 sen je
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2016 09:33 AM | Show all posts
hest replied at 13-6-2016 11:14 AM
suka pucuk asam gelugur.. masak lemak cili api talapia bakar.. aduh... terliur

rumah kaka hest ada tanam pokok asam gelugur ke?..
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2016 10:02 AM | Show all posts
Ipo replied at 13-6-2016 11:47 AM
kan?dulu letak sekeping pun  dah rasa masamnya
la ni nak masak singgang ikan, kena letak 2-3 kepi ...
orang kata asam keping yang warna hitam lebih masam dari warna perang tu
kita baru tau ni, Ipo. betul ke? biasa kalau beli cari yang perang-perang berbanding yang hitam, sebab yang masih perang tu baru, yang hitam tu lama punya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2016 10:46 AM | Show all posts
bianglala replied at 15-6-2016 09:02 AM
kita baru tau ni, Ipo. betul ke? biasa kalau beli cari yang perang-perang berbanding yang hitam, s ...

yang perang tu dia jemur sekejap je dan nipis
kalau yang hitam tu, lama jemurnya dan agak tebal
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2016 10:56 AM | Show all posts
Ipo replied at 15-6-2016 10:46 AM
yang perang tu dia jemur sekejap je dan nipis
kalau yang hitam tu, lama jemurnya dan agak tebal

camtu rupanya. Ipo pernah buat eh.. pernah memproses asam gelugur daripada buahnya menjadi asam keping?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2016 11:03 AM | Show all posts
bianglala replied at 15-6-2016 09:56 AM
camtu rupanya. Ipo pernah buat eh.. pernah memproses asam gelugur daripada buahnya menjadi asam ke ...

masa kecik dulu ada la menyibuk tolong makcik2 duk kutip buah, potong dan jemur..
ipo masa kecik suka menyibuk hal orng tua buat kerja..
pastu, pandai2 je nak minta upah
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2016 02:01 PM | Show all posts
anniez08 replied at 15-6-2016 09:33 AM
rumah kaka hest ada tanam pokok asam gelugur ke?..

tak de la anniez.. umah uwan den ado la.. balik kampung slalu ambik
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 09:54 AM | Show all posts
Ipo replied at 15-6-2016 11:03 AM
masa kecik dulu ada la menyibuk tolong makcik2 duk kutip buah, potong dan jemur..
ipo masa k ...

okay apa, tu menyibuk rajin namanya. menyibuk nak belajar.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2016 03:02 PM | Show all posts
Ipo replied at 14-6-2016 05:08 PM
ha a..Farini...memang susah
tapi rasanya kat area kampung belah2 perak nun, banyak lagi pokok ni
...

prnah dulu pegi rumah kwn kat Bukit Gantang, dia tgh jemur asam keping ni. kat situ la pertama kali tgk buah asam gelugur jgk.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2016 08:00 PM | Show all posts
ni depa buat produk slimming tu.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

23-5-2022 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.091073 second(s), 23 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list