View: 1822|Reply: 1
|
Sediakan Hidangan Air Berbuka Dengan Teh Kiwi Vanila
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
Asyik-asyik minum air yang sama sahaja ketika berbuka kan? Apa kata hari ini sediakan pula hidangan air Teh Kiwi Vanila.
Mengapa harus menggunakan buah kiwi? Kiwi memiliki rasa yang sangat segar.
Anak-anak pasti menyukai minuman Teh Kiwi Vanila ini. Resepi mudah yang dikongsikan ini sudah semestinya sebagai hidangan berbuka untuk si kecil dan keluarga anda. Rasanya segar dan tidaklah semanis air yang hanya menggunakan gula semata-mata. Jom cuba! - CARI Infonet
Bahan-bahan :
1 uncang teh
100 ml air panas
2 sdt Gula
2 sdm potongan kecil buah Kiwi
2 sdm aiskrim Vanila (boleh tukarkan kepada pisang atau yogurt)
2 sdt Krimer
5 ketul ais Batu
Cara-cara penyediaan :
1) Rendamkan uncang teh ke dalam gelas berisi 100 ml air panas dan biarkan seketika.
2) Kisarkan teh yang telah direndamkan tadi bersama gula, krimer, aiskrim vanila, buah kiwi, dan ais hingga sebati.
3) Tuangkan ke dalam gelas.
4) Teh Kiwi Vanila siap untuk dihidangkan!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|