CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5046|Reply: 12

Sanggup Mencuri Demi Anak, Korban Ibu Dapat Simpati Pegawai Polis

[Copy link]
Post time 6-6-2016 04:39 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO







sumber foto: http://shanghaiist.com/






Sedia kita maklum, ibu sanggup melakukan apa sahaja demi kehendak anak kesayangannya, biarpun pengorbanan itu mungkin mengundang risiko buat dirinya.



Kisah benar ini berlaku di Nanjing, China di mana seorang ibu terpaksa mencuri peha ayam dan beberapa buah buku daripada sebuah pasaraya untuk dihadiahkan kepada anaknya.




Liu Jinxia, ibu telah bercerai dengan suaminya akibat masalah kewangan beberapa tahun lalu terpaksa membawa salah seorang anak kembarnya yang berusia 7 tahun dari Nanjing ke Shandong untuk mendapatkan rawatan.




Difahamkan kedua-dua anak kembarnya menderita penyakit buah pinggang.




Menurut Liu, dia bertindak mencuri kerana anaknya pernah meminta daripadanya, tapi dia tidak mampu membeli.



sumber foto: http://shanghaiist.com/



Setelah ditahan akibat mencuri, pengorbanan si ibu itu mendapat simpati pegawai polis yang mengendalikan kesnya.


Kemudian, demi meringankan beban si ibu itu, pegawai polis berkenaan menerusi WeChat menyeru rakan-rakannya menghulurkan tangan setakat mana yang boleh.





sumber foto: http://shanghaiist.com/



Hasilnya, sebanyak 10,000 yuan atau bersamaan RM6, 289, namun tanpa disedari jumlah dana tersebut diperbanyakan lagi setelah kisah itu dikongsi dan menjadi viral oleh kebanyakan netizen yang prihatin dengan apa yang dialami oleh si ibu itu.


Akhirnya sejumlah 300,000 yuan atau bersamaan kira-kira RM188,689 berjaya dikumpul hasil usaha sama dan sumbangan netizen.


Dalam pada itu, kos rawatan perubatan keluarga malang itu turut berjaya diatasi melalui jumlah dana berkenaan. - CARI Infonet







sumber : http://shanghaiist.com/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2016 10:33 PM | Show all posts
Bagus le dapat juga dana utk perubatan anaknya bila dah diviralkan
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2016 01:22 AM From the mobile phone | Show all posts
bagus jgk dia guna dana tu dgn betul..
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2016 08:31 AM | Show all posts
bagus jgk la abam polis tu, nak jgk tolong
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2016 08:38 AM | Show all posts
ade jugak hati perut org china ni ye
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2016 08:49 AM | Show all posts
bagus laa.. dpt ubat anak dia.

hmm.. nasib polis tu prihatin.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-6-2016 10:47 AM | Show all posts
Ada hikmah penangkapan beliau, tgk org sana cepat ja kumpul dana.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2016 11:45 AM | Show all posts
bagus le jugak sesekali cerita gini dari PRC. Kalau tak... cerita pelik pelik diluar kemanusiaan je yg banyak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2016 11:56 AM | Show all posts
bgs jugalah ada satu cerita di Malaysia. DBKL menahan penjaja yg menjaja secara haram dkt Putrajaya.. Ibu penjaja tersebut tersebut terpaksa menjaja demi utk anaknya. Lalu DBKL memberi ibu itu menjaja selama lamanya..
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2016 03:36 PM | Show all posts
Di China tu kalau sorang sedekah singgit...korang dah jadi beliunair macam Bijan..
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2016 05:23 AM From the mobile phone | Show all posts
respect ah polis tu!
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 02:13 PM | Show all posts
good job abam polis

Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2023 04:13 PM | Show all posts
Korban ibu? apa tu? ke nak tulis pengorbanan ibu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.101392 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list