CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3197|Reply: 1

Resepi Onde-Onde Sejuk Diluar Panas Didalam

[Copy link]
Post time 6-6-2016 01:57 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ

Dibulan ramadan kebiasaannya orang ramai lebih gemar membeli juadah berbuka seperti kuih muih di bazar-bazar ramadan. Tetapi bosan juga jika hari-hari beli kuih dekat luar kan?

Bagi pengemar Buah Melaka (Onde-onde),anda bolehlah cuba membuat sendiri Onde-onde yang tak susah sangat pun untuk disediakan. Selain kebersihan masakan lebih terjamin, nak buat banyak mana pun terpulang pada kerajinan anda.


Kredit Foto : BukuResepi


Bahan-Bahan (5-6 orang)
500 gram tepung pulut
4 sudu besar tepung gandum
Air secukupnya
1 sudu kecil pewarna daun pandan
1 keping gula Melaka (dipotong kecil-kecil)
Kelapa parut


Cara-cara
1. Gaul tepung pulut dan tepung gandum dengan air. Masukkan pewarna daun pandan. Kalau nak lebih sedap, guna air daun pandan yang telah dikisar.
2. Ambil adunan sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat supaya senang nak anggarkan saiznya, kemudian leperkan.
3. Letakkan gula melaka dan gentel menjadi bulat.
4. Jerang air dalam periuk sehingga mendidih.
5. Masukkan kuih ke dalam periuk dan angkat apabila kuih-kuih tersebut timbul. Sejat dan biarkan seketika.
6. Gaulkan kuih tadi dengan kelapa parut.
7. Siap untuk dimakan.


Selamat mencuba! - CARI Infonet.










Sumber - dapurmalaysia.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2016 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
cantik kejadiannyer..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.049210 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list