oleh Adib Za
Ada yang berasa musykil tentang persoalan ini;
1. Adakah batal puasa jika doktor mengambil darah atas tujuan rawatan dan perubatan?
2. Bagaimana pula dengan rawatan mencabut gigi ketika berpuasa? Adakah terbatal puasa?
Melalui video di atas, penceramah Ustaz Azhar Idrus menjelaskan kedua-duanya tidak membatalkan puasa.
Ini kerana, anda harus memahami terlebih dahulu apakah ia perkara yang membatalkan puasa.
Katanya, memasukkan jarum ke dalam badan sama ada memasukkan sesuatu atau menarik sesuatu keluar menggunakan jarum itu, maka tidak terbatal puasanya.
"Mengeluarkan darah juga tidak membatalkan puasa," ujarnya.
Sebab itu, rawatan seperti mencabut gigi juga tidak menyebabkan puasa anda batal. Jelaskan? Moga bermanfaat. Jangan lupa 'SHARE' ya. - CARI Infonet
Sumber foto: Carian google
|