|
|
oleh Adib Za
Memang luar biasa, tiada siapa yang dapat menidakkan rasa cinta seorang nenek kepada cucu-cucunya. Tambahan pula, mereka memang tinggal berjauhan menambahkah rasa rindu si nenek kepada cucu kesayangan.
Carmen Baugh, 66 mempunyai idea yang sangat unik ketika berpindah dari Charlotte ke Raleigh. Memetik laman odditycentral, nenek itu sedang mencari kertas dinding untuk rumahnya.
Disebabkan rasa rindu yang menebal terhadap cucunya, dia tercetus idea untuk menghias kediaman dengan kertas dinding yang dicetak gambar semua cucunya.

Terdapat lebih daripada 30 keping gambar yang dipilih untuk menghiasi ruang dinding di rumahnya itu. Tidak cukup dengan itu, nenek Carmen turut mereka bantal kerusi dan juga bajunya yang bercetak gambar cucu.
Memang comel, sedondon dari luar hingga ke dalam rumah. Suaminya Bob juga sangat menyokong dan menolong Carmen menghias ruang tersebut.
Ini membuatkan anaknya sendiri, Kristin, 40 dan suaminya Scott, 42 terkejut dengan perubahan yang terjadi dalam rumah ibunya itu.
Sudah kerana sayang, seorang nenek sanggup mengabadikan gambar cucunya di serata kediaman. Anda pula bagaimana, terinspirasi dengan cara nenek Carmen? - CARI Infonet


Sumber foto: carian google |
|