CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17873|Reply: 136

Royanan Diva AA Kembali........

[Copy link]
Post time 2-6-2016 07:51 AM | Show all posts |Read mode



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-6-2016 07:53 AM | Show all posts
Saya dikirimkan screenshot ini oleh salah seorang sahabat saya. Beliau memohon saya memberi pencerahan berkenaan kenyataan saudara Azwan Ali.
Saya tidak tahu apa yang menyebabkan Azwan Ali begitu marah sehingga mengeluarkan kata-kata sedemikian. Mungkin ada sesuatu yang berlaku. Namun saya ingin menjelaskan beberapa perkara agar beliau dan masyarakat tidak salah faham.

Pertama sekali adalah berkenaan availability antivenom. Sememangnya antivenom cuma boleh diperolehi di hospital kerajaan sahaja. Tiga buah hospital swasta terkenal di Kuala Lumpur yang saya hubungi iaitu Prince Court Hospital, Gelanagles dan KPJ tidak menyimpan stok antivenom. Kesemua mereka apabila diajukan soalan tentang ini, telah menjawab mereka akan merujuk kes gigitan ular ke Hospital Kuala Lumpur atau mana-mana hospital kerajaan yang berdekatan.

Demikian juga hospital swasta di negeri-negeri lain. Mereka akan merujuk kes gigitan ular ke hospital yang mempunyai Pakar Kecemasan bagi tujuan rawatan lanjut. Jadi, sungguhpun anda memegang kad insurans yang mahal dan hebat-hebat, jika anda dipatuk ular berbisa dan memerlukan antivenom, anda akan dirujuk ke hospital kerajaan yang anda tidak gemari ini juga.
Ini boleh difahami sebenarnya kerana antivenom adalah amat mahal harganya, menjangkau ribuan ringgit. Sea snake antivenom misalnya, berharga RM13,500 sebotol. Jadi, tiada kos efektir bagi hospital swasta untuk membeli ubat semahal ini yang amat jarang kes seumpamanya. Mereka menjalankan perniagaaan dan tanpa perlu memikirkan pulangan yang berbaloi dengan modal.

Namun, kerajaan Malaysia memikirkan tentang kebajikan rakyatnya. Ke mana lagi mereka boleh pergi untuk rawatan bagi kes-kes seperti ini. Stok=stok antivenom dibeli oleh Kerajaan Malaysia dan dibekalkan di hospital-hospital yang mempunyai kepakaran untuk menguruskan sakit berkenaan.
Semua harus faham bahawa tidak semua kes gigitan ular memerlukan rawatan antivenom. HAnya 18 dari 40 spesis ular darat di malaysia adalah berbisa. Malah, sekalipun kita digigit oleh spesis ular berbisa, tidak semestinya kita memerlukan antivenom kerana majoriti gigitan ular adalah dry bites (patuk dan lari tanpa dos lethal bisa ular masuk ke badan).
Jika setiap klinik hendak dibekalkan stok antivenom, ini sudah tentulah merupakan satu ketirisan kerana ada kawasan-kawasan tertentu yang mungkin hanya mempunyai kes gigitan ular 5 tahun sekali. takkan nak biarkan antivenom yang mahal seperti itu terperam macam perkasam sehingga tamat tempoh? Oleh itu, kami ada mekanisme pengagihan antivenom berdasarkan keperluan yang sudah dikaji dan diteliti.

Keduanya, sekiranya perlu diberikan antivenom, ia mestilah keputusan yang dilakukan oleh doktor pakar kecemasan setelah menilai keadaan pesakit. Antivenom perlu diberi di bawah monitoring yang rapi. Ia hanya dilakukan di zon merah Jabatan Kecemasan. Klinik-klinik kerajaan tiada fasiliti ini dan bukan merupakan tempat yang sesuai untuk memberi rawatan antivenom.
Pelbagai perkara yang boleh berlaku seperti kemerosotan keadaan pesakit yang memerlukan intervention segera seperti intubation dan bantuan pernafasan. Disebabkan inilah, rawatan antivenom hanya boleh diberi di fasiliti yang mempunyai kelengkapan merawat pesakit kritikal iaitu di zon kritikal Jabatan Kecemasan.

Saya kurang faham mengapa ICU HKL dikaitkan dengan perkara ini. Tidak semua kes gigitan ular yang memerlukan antivenom  perlu dirawat di ICU. Majoriti dirawat di Jabatan Kecemasan dan wad biasa sahaja, melainkan mereka memerlukan bantuan pernafasan. Jadi mengapa ICU HKL pula menjadi mangsa dan dimarahi? Ini adalah tidak adil untuk mereka.
ICU HKL adalah merupakan ICU terbesar dan terbaik di negara kita. Tiada hospital swasta atau hospital kerajaan lain yang berani mendabik dada mereka lebih hebat dari ICU HKL. Para pakar-pakar seluruh negara termasuk di swasta amat menghormati HKL kerana para sifu, otai, mahaguru segala disiplin bermastautin di sana.

Kehebatan HKL ini diiktiraf hatta ketika lawatan Presiden Obama. Pasukan perubatan Presiden Obama telah melakukan tinjauan berkali-kali selama berbulan-bulan sebelum lawatan Presiden Obama. Mereka mencari hospital terbaik yang boleh merawat Presiden mereka jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Segala aspek ditinjau terutamanya aspek kepakaran, availability multidisiplin, fasiliti dan kelengkapan sebagainya. Tinjauan turut dilakukan di hospital-hospital swasta yang berdekatan. Akhirnya mereka memilih HKL sebagai hospital yang akan merawat Presiden Obama. Keputusan mencerminkan kualiti dan standard HKL.

Jadi amat lucu dan tidak patut bagi staf dan doktor-doktor ICU HKL dimarahi sehingga hendak diludah seperti ini. HKL adalah centre of excellence dengan pelbagai pencapaian antarabangsa. Terbaru, HKL telah memenangi anugerah bertaraf dunia Best Hospital Brand Award 2016 mengalahkan semua hospital lain termasuk hospital swasta bagi kategori Healthcare yang dipilih oleh Global Brands Magazine UK!

Perkhidmatan kesihatan kita juga dinilai sebagai nombor tiga terbaik di dunia oleh tinjauan International Living di Amerika Syarikat. Kita hanya di belakang Perancis dan Uruguay sahaja.
Saya hairan dengan mentaliti rakyat kita dewasa ini. Baru beberapa hari lepas doktor HKL dimaki sebagai babi, kali ini pula.
Ludah dan makilah HKL dan petugasnya wahai rakyat di kala dunia mengiktirafkan HKL dan perkhidmatan kesihatan Malaysia sebagai antara yang terbaik di dunia. – Doktor Abdul Rahman Abdul Kadir


Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 07:58 AM | Show all posts
ni baru baca kat fb.
pasal staff HKL hat kat emergency tu

peel hauk.

lupa pulak tadi, kat page mana baca
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin diva AA prihatin,tp x reti menzahirkannya dgn bahasa yg sopan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2016 08:02 AM | Show all posts






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2016 08:03 AM | Show all posts
Kalau dulu pernah kecoh, bila video adik Neelofa iaitu Ameera dikatakan membanding-bandingkan sekolah kerajaan dan sekolah swasta dah pun dihentam netizen.. Kali ini, Azwan Ali pulak bakal dicaci netizen bila dia kutuk sebuah hospital swasta..

Adik Neelofa tu boleh la dimaafkan lagi bila buat video tu, sebab diri dia tu budak-budak lagi.. Kalau dah Azwan Ali ni nak dimaafkan atas sebab diri dia tu dah tua tak tahu nak fikir mana betul mana salah jugak ke?

Menerusi akaun Instagram, Azwan dah mengamuk sangat sampai mengkritik klinik dan hospital swasta yang didakwa tak mahu terima mangsa yang dipatuk ular sedang kritikal.. Segala ‘anti vennom’ untuk mangsa patuk ular tak ada di hospital atau klinik.. Hanya boleh dapat di HKL atau hospital kerajaan.. Tak tahu la siapa yang kena patuk ular, mungkin Azwan yang kena patut ular tu yang dia mengamuk sangat..

Dah sebut pasal hospital ni jangan terkejut la bila ada seorang doktor yang dah tertarik dengan status kontroversi Azwan Ali tu.. Doktor Abdul Rahman Abdul Kadir telah tampil ‘membasuh’ segala kenyataan Azwan Ali di akaun facebooknya..

Doktor Abdul tampil membidas si Diva AA ni, Doktor tu maklumkan time ini adalah peluang untuk berbangga dengan kelebihan hospital kerajaan.. Pada yang rasa hina terhadap hospital kerajaan dan rasa mampu ke hospital swasta, sebab ada insurans sebenarnya tak semua penyakit boleh dirawat di hospital swasta..

Kalau ada pesakit yang datang hospital swasta dan ada penyakit yang hospital swasta tak dapat nak rawat, memang dorang akan suruh pergi hospital kerajaan.. Bila Azwan Ali nak tunjuk pandai, sekali kena 'basuh' dengan doktor..

Harap kenyataan balas dari Doktor ni akan dibaca oleh Azwan Ali, kata terakhir doktor pada Azwan ‘jangan bongkak dan hina doktor sangat’, kalau ada duit juta-juta atau kad insurans sekalipun, tak semua penyakit boleh dirawat di hospital swasta..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-6-2016 08:05 AM | Show all posts
aku keje gomen n aku tahu hospital klinik kerajaan mcmana.....lau kuar dr mulut netizen mngkin aku leh terima..tp dr mulut longkang cm AA ni....pk 10 kali nak percaya.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 08:12 AM | Show all posts
jgn la kutuk staff hospital, diorang bersengkang mata merawat pesakit tau tak? nnt ko nazak pun diorang jugak la yg jaga ko
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2016 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Een ad terbaca ad sorg akak tu upload status di fb, katanye waktu kejadian diva AA ad di sebelahnye aje. Tempat kejadian di jabatan kecemasan, bkn di icu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 08:16 AM | Show all posts
moga diva AA baik2 saja dan tak dipatuk ular...
choy sgt mulut puaka pondan tua ni....
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
doktor tu x perlu ulas panjang lebar pasal antivenom tu sbb diva AA admit yg antivenom hanya boleh didapati di hospital KL...

yg dia meroyan berkajang2 tu sbnrnya psl servis HKL yg lembab... so doktot tu patut balas balik dr segi servis HKL yg sejak 70an lagi mmg agak slow..especially kt emergency area...manjang kelam kabut.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 08:24 AM | Show all posts
kembali apanya mmg tiap2 ari kot...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 08:27 AM | Show all posts
btw dia kna ptuk ular ker?
nnt x pasal2 kata ada orang bomohka dia...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian nya.. Astana gah diva AA semak sampai ada ular bersarang ker
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Ur feveret @awoks
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 08:39 AM | Show all posts
Aku ingat lagi masa aku kene denggi berdarah Hospital Pantai comfirm je Denggi naik le ambulance menuju ke GH... tapi syukur gak la masuk HDW kat situ misi dia tgk cam cleaner jer.. tapi bila amek darah kat lengan macam umpama tak dicucuk rasanya.. kat Pantai.. huh Cip Nurse yang amek rasa aku nak tumbuk je muka nurse tu sakit ya amat... Ini just cerita pengalaman bukan nak buat aduan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2016 08:50 AM | Show all posts
AA buat havoc lagi...hishhh jgn dilayan makhluk mcm tu......aku salah seorg yg menggunakan perkhidmatan hospital kerajaan so far aku tak pernah facing hal pesakit yg kena tengking dgn nurse..pesakit yg byk songeh berDIVA ala laaaaa.....aku pernah admit hospital kerajaan 4 mlm Alhamdulillah aku respect dgn Doctor dan nurse yg menjaga pesakit yg sgt cerewet dan pelbagai kerenah.....

kalau ada satu dua kes nurse marah tu kita kena faham la......dia kena layan ramai pesakit yg macam kerenah dan nurse ni pun manusia juga kekadang kesabaran tu tiris...tp aku respect dgn kesebaran dia org ni......

Service slow.......Yes ini aku kena akui tp service jadi slow sbb kat klinik rawatan am tu terlalu ramai pesakit yg dtg dan semestilah service akan slow so kena la byk bersabar n kalau x blh sabar ko org sila buat buat pengsan or sawan kekeke...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 08:52 AM | Show all posts
bila la nak insap si mulut puaka ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 08:52 AM | Show all posts
org makin tu makin jaga adab, ni makin tua makin teruk plak
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2016 09:23 AM | Show all posts
Mohon Diva AA sila pergi meninggal.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.080880 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list