|
Oleh : Dean BZ
Foto - cookingncooking.blogspot.com
Puding Koktail memang enak dijadikan dessert dan dimakan lebih-lebih lagi ketika sejuk.
Bulan Ramadan pun lebih kurang seminggu lagi bakal menjelma, makan koktail selepas berbuka puasa pastinya sangat menyegarkan. Apa kata kita cuba resepi koktail ini dulu, nanti masa ramadan boleh lah cuba lagi. Kalau menjadi, silap-silap boleh jual dibazar ramadan kan!
Bahan2
1 cawan gula
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
4 cawan air
2 pek serbuk agar2
1 tin koktail
1 tin buah peach potong
Cara2 membuatnya
Masukkan air,gula dan serbuk agar2 dlm periuk.kacau dgn api perlahan.selepas dah hancur semua masukkan susu cair dan pekat.biar melegak kemudian masukkan pula buah buahan dlm tin.tunggu melegak kemudian tutup api dan terus masukkan dlm bekas utk dikeraskan,selamat mencuba dan buat ya.
Senang je kan! Bahan-bahan pun simple je dan cara buat sangat la cepat dan mudah. Jom lah cuba. - CARI Infonet.
|
|