CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1799|Reply: 0

Asyik Main Telefon Pintar, Anak Lambat Bercakap Nanti!

[Copy link]
Post time 23-5-2016 05:08 PM | Show all posts |Read mode
oleh Adib Za

Awas ya para ibu bapa moden di luar sana, memberikan anak bermain dengan telefon pintar atau tablet boleh menyebabkan mereka lambat pandai bercakap.


Memetik laman Kompas, adanya kajian yang berlangsung selama 1.5 tahun terhadap 26 pasangan yang meminta mereka membiarkan anak-anak bermain dengan permainan tradisional dan juga telefon pintar.


Bagi permainan tradisional, ini termasuklah buku dan juga puzzle, ternyata sangat membantu dalam stimulasi kemampuan anak-anak bercakap pada usia 10 hingga 16 bulan.










Dalam masa yang sama, mereka diberikan telefon bimbit agar digunakan oleh anak mereka. Hasilnya telefon bimbit atau telefon pintar hanya membuatkan anak-anak menjadi leka pada permainan dan warna tanpa merangsang kemampuan untuk bercakap.


Malah seperti yang dipaparkan menerusi MedicineModern, pengkaji mendapati bermain telefon pintar dan juga tablet di antara ibu bapa dan anak menyebabkan tiada komunikasi signifikan.


Ini seterusnya tidak membantu memori anda untuk menambah dan mengingat kosakata.  - CARI Infonet




Sumber: Kompas






Sumber foto: Carian google
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 03:10 PM GMT+8 , Processed in 0.264598 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list