CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2850|Reply: 24

Piala Thomas 2016 : Malaysia Mara Ke Separuh Akhir, Tewaskan Taiwan 3-1

[Copy link]
Post time 19-5-2016 09:29 AM | Show all posts |Read mode
Kemaskini Piala Thomas 2016 : Malaysia Mara Ke Separuh Akhir, Tewaskan Taiwan 3-1

Tahniah! Malaysia mara ke separuh akhir Piala Thomas 2016 di Kunshan, China selepas menewaskan Taiwan 3-1, dengan mata kemenangan disumbangkan pasangan beregu Koo Kien Keat - Tan Boon Heong, mengalahkan Chen Hung Ling - Wang Chi Lin 21-16 22-20. - CARI Infonet







Skuad Piala Thomas negara mampu menarik nafas lega apabila berjaya mengelak daripada dipertemukan dengan pasukan handalan dunia dalam undian suku akhir Piala Thomas yang dilaksanakan selepas tamat perlawanan terakhir peringkat kumpulan sebentar tadi.


Skuad negara sebaliknya tampak mendapat laluan mudah apabila diundi menentang Taiwan dalam perlawanan yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Kunshan, 1pm waktu Malaysia hari ini.


Berdasarkan undian yang dilakukan, laluan Malaysia juga agak mudah jika melepasi cabaran Taiwan kerana bakal berdepan pemenang pertemuan di antara Jepun dan Denmark sekiranya berjaya melangkah ke separuh akhir.


Sama-sama kita doakan kejayaan skuad Piala Thomas lelaki negara untuk kejohanan kali ini. - CARI Infonet


Jadual suku akhir Piala Thomas
---------------------------------
MALAYSIA lwn Taiwan (1pm (waktu tempatan), hari ini)
China lwn Korea Selatan
Indonesia lwn Hong Kong
Denmark lwn Jepun



Jadual suku akhir Piala Uber
---------------------------------
China lwn Taiwan
Korea Selatan lwn Indonesia
Thailand lwn India
Jepun lwn Denmark





Berita selanjutnya : http://www.utusan.com.my/





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2016 09:35 AM | Show all posts
babai taiwan
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2016 09:54 AM | Show all posts
Malaysia Boleh.... saya jangka Piala Thomas kali ini, perlawanan akhir akan menyaksikan pertarungan antara Malaysia dengan Negara Tembok Besar... YAKIN BOLEH MALAYSIA, GO, GO, GO, GO!
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2016 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
cendolsantan replied at 19-5-2016 09:54 AM
Malaysia Boleh.... saya jangka Piala Thomas kali ini, perlawanan akhir akan menyaksikan pertarungan  ...

Jangan overconfident..... Malaysia kena lawan jepun@DENMARK di semi final...belum tentu boleh makan....2014,Malaysia kalah ngan jepun kat final
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2016 10:05 AM | Show all posts
malaysia akan makan sayur kailan (taiwan) ikan masin..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2016 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
patt_sue replied at 19-5-2016 10:02 AM
Jangan overconfident..... Malaysia kena lawan jepun@DENMARK di semi final...belum tentu boleh maka ...

Tapi edisi kali ni Kento Momota dan Tago tidak dapat mewakili Jepun. Lagipun kali ini, Iskandar yang jauh meningkat prestasinya dapat mewakili skuad negara.
Rasanya Malaysia lebih bagus dari Jepun edisi kali ini. Tapi kalau berlawan dengan Denmark, susah nak cakap.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2016 10:09 AM | Show all posts
Jepun skg bukan calang2 main badminton. Silap2 Malaysia leh tersungkur kalau jumpe Jepun.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2016 10:52 AM | Show all posts
Jepun sekarang ni dah tak sekuat macam sebelum ini, semalam kalah kepada team China 5-0, jelas kelihatan memang bukan jadi ancaman buat skuad lelaki negara.... GO, GO , GO, Malaysia pasti boleh!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2016 11:03 AM | Show all posts
cendolsantan replied at 19-5-2016 10:52 AM
Jepun sekarang ni dah tak sekuat macam sebelum ini, semalam kalah kepada team China 5-0, jelas kelih ...

Nak banding dgn China, mmg la Jepun k.o. Apa laa..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2016 11:20 AM | Show all posts
kalo regu mlaysia x perform mmg bungkus laa
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2016 11:32 AM | Show all posts
mesia mcm boleh ke final..tapi kena lepas denmark dl tu ..50-50
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2016 11:50 AM | Show all posts
Edited by dauswq at 19-5-2016 11:52 AM
kenarikelabu replied at 19-5-2016 11:03 AM
Nak banding dgn China, mmg la Jepun k.o. Apa laa..

jepun pernah kalahkan china 3-0 edisi thomas cup 2 thn lepas
jelas faktor utama - 2 org pemain utama diorg - kenichi taigo & kento momota tak de sbb kena tangkap judi..

& yg plg menarik kali ni, lin dan & beregu veteran china - fu haifeng masing2 diletakkan no. 2 & no.3 dlm giliran berbanding piala thomas 2 thn lepas di mana mereka no.4 & no.5 dlm giliran..

lee chong wei takkan bertemu dgn lin dan tp iskandar akn di'crush'kan oleh lin dan kemungkinan..

Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2016 01:10 PM | Show all posts
moh nengok
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2016 01:20 PM | Show all posts
►Chou Tien Chen - Lee Chong Wei
►Lee Sheng Mu/Tsai Chia Hsin - Goh V Shem/Tan Wee Kiong
►Hsu Jen Hao - Zainuddin Iskandar Zulkarnain
►Chen Hung Ling/Wang Chi-Lin - Koo Kien Keat/Tan Boon Heong
►Wang Tzu Wei - Chong Wei Feng
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2016 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Beregu pertama dh kalah

Tp iskandar tgh catch up point set ke2...mgk ade chance utk menang

Underdog gak budak ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2016 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
X kisah lah.. Yg penting olimpik nanti..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2016 03:59 PM | Show all posts
Result terkini... MAS 2 - CT 1

►Chou Tien Chen - Lee Chong Wei
►Lee Sheng Mu/Tsai Chia Hsin - Goh V Shem/Tan Wee Kiong
►Hsu Jen Hao - Zainuddin Iskandar Zulkarnain
►Chen Hung Ling/Wang Chi-Lin - Koo Kien Keat/Tan Boon Heong
►Wang Tzu Wei - Chong Wei Feng
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2016 04:06 PM | Show all posts
hari tu tukar double tak menjadi kan.. hari ni dah tukar balik TBH/KKK
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2016 04:07 PM | Show all posts
regu plssss lah mng
aduiiyaiiii

sian lcw nk tomas cup
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2016 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
sipendiam replied at 19-5-2016 04:06 PM
hari tu tukar double tak menjadi kan.. hari ni dah tukar balik TBH/KKK

Tapi TBH/KKK tak konsisten, serupa Lin Dan.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.448399 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list