|
Oleh : TS LOO

sumber foto: berita harian
Harapan skuad wanita negara untuk melangkah ke suku akhir Piala Uber berkecai susulan kekalahan kepada Denmark 2-3 dalam aksi kedua Kumpulan A di Pusat Sukan Kunshan, sebentar tadi.
Ia merupakan kekalahan kedua Malaysia dalam aksi kumpulan selepas turut tewas 0-5 kepada juara bertahan, China pada aksi pembukaan, kelmarin.
Pemain perseorangan ketiga, Ho Yen Mei yang diharap mampu memberi mata kemenangan kepada skuad negara selepas keputusan terikat 2-2 gagal menyempurnakan tugasnya apabila tewas kepada Anna Thea Madsen 24-22, 13-21, 13-21 sekali gus menyaksikan perjuangan skuad negara bagi mara ke pusingan kalah mati berakhir.
Aksi terakhir kumpulan bertemu Sepanyol, esok sekadar menjadi pelengkap jadual buat barisan pemain wanita negara.- CARI Infonet
Berita selanjutnya : http://www.bharian.com.my/ |
|