Oleh Izzah Abbasy
Keharuman aroma teh hasil daripada benih berkualiti tinggi yang sememangnya menjanjikan kelainan rasa dan keunikan tersendiri khususnya bagi peminat minuman itu.
Hampir sebahagian besar masyarakat mengamalkan cara penyediaan dan minum teh yang salah.
Dipetik kajian seorang pakar dari University of Illinois, masalah gigi berlubang dan jangkitan gusi boleh dielakkan sekiranya mengamalkan meminum teh dengan cara betul.
Ini kerana, kandungan polyphenols di dalamnya boleh mengurangkan bakteria di dalam mulut selain dapat mengurangkan nafas berbau yang menjadi masalah sebahagian orang.
1) Minum teh hanya untuk menikmati selera
Dengan hanya meminum teh sekurang-kurangnya dua kali sehari dapat menghindarkan penyakit seperti angin ahmar, menguatkan tulang tetapi semuanya hanya berhasil apabila tidak mencampurkan bahan pemanis seperti susu dan gula.
2) Rendaman dengan serbuk teh atau uncang
Dengan menggunakan serbuk teh yang dibancuh air panas dan kemudian ditapis, khasiatnya lebih terjamin. Namun, disebabkan agak leceh membuatkan ramai cenderung memilih teh uncang.
Kertas uncang digunakan berkualiti rendah yang turut mengandungi campuran lilin sehingga boleh menjejaskan khasiat teh apabila direndam lama.
3) Tip warna dan rasa
Air teh yang cair, khasiatnya berkurangan. Yang penting, warnanya tidak berapa merah dan rasanya tidak begitu kelat. - Pakar Teh
Ramai menyimpulkan bahawa teh pembawa angin. Ini silap dan tidak ada kaitan langsung. Masalah kembung perut, adalah disebabkan minum teh yang sudah sejuk dibiarkan lama dan selalunya berlaku bagi mereka yang tidak tahan. - CARI Infonet
|