CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jofizo

PROTON MPV [EXORA]

 Close [Copy link]
Post time 21-2-2009 01:18 PM | Show all posts

lagi komplen pasal nama mpv...EXORA(sokhabar)

Pemilihan nama Proton MPV Exora tak ikut syarat pertandingan


TAHNIAH diucapkan kepada pemenang peraduan menamakan kenderaan serba guna Proton terutama, Norsholihan Abdul Eanich, dari Changlun, Kedah yang akan membawa pulang sebuah MPV Proton Exora pada hari pelancaran kenderaan itu, bulan depan.

Syabas juga diucapkan kepada Proton kerana julung kalinya menghasilkan MPV Malaysia yang pertama. Semoga dengan kelahiran kenderaan ini akan mengembalikan kegemilangan Proton suatu masa dulu serta bersaing pada peringkat antarabangsa.

Apa yang memusykilkan saya adalah mengenai keputusan pertandingan menamakan Proton MPV ini. Jika ditafsirkan kepada maksud Exora ia merujuk kepada nama saintifik bunga siantan iaitu Ixora fistula, bunganya mengembang dalam kumpulan.


Bunga siantan adalah sejenis tumbuh-tumbuhan yang boleh didapati di kawasan tanah rata yang beriklim Khatulistiwa seperti Malaysia.

Jika dirujuk semula pada laman web di alamat http://www.namakanprotonmpv.com/bm/terms_and_conditions.aspx, kita boleh lihat dengan jelas syarat pertandingan menamakan Proton MPV ini.

Apa yang menarik perhatian saya ialah pada syarat yang ditetapkan tidak boleh diambil daripada mana-mana nama binatang atau tumbuh-tumbuhan.


Kita semua sedia maklum, bunga siantan adalah sejenis tumbuh-tumbuhan. Jadi bagaimanakah nama ini boleh dipilih oleh panel hakim. Semoga pihak Proton dapat memberikan sedikit penjelasan mengenai kekeliruan ini.

BOGUSTAMANTE,
Seri Kembangan, Selangor.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2009 01:49 PM | Show all posts
dari gagah (saga,wira, waja) ke ala ala ayu gitu
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2009 05:35 PM | Show all posts
tu la...len kali jangan syok sendiri jek pilih nama....kan dh kena !!!

la ni..jawab la proton.........
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2009 05:54 PM | Show all posts
hanya Cik Norsholihan Bt Abdul Eanich saja yang tau kenapa dia bagi nama Exora tu..sama ada tu nama bunga (Ixora) atau saja bubuh ikut kreatif dia.

ada pilih berdasarkan tagline ke? seingat aku, dia cuma tanya kenapa peserta bagi nama macam tu? ke aku yang lupa...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2009 07:15 PM | Show all posts
aku memang dalam proses nak beli kenderaan ala ala bas neh....

kenderaan rasmi AnSry memang aku dah mark.... tapi kat opis aku ada 4 org yg pakai menda alah ni.....

jadi, usyar usyar jugak si proton punya bas.... sekali keluar dia punya nama....

kalau harga dia rm60k utk hiline pun aku takkan beli.... just for the name!!!!!:@


begitu juga hal nya dengan KIA rondo.... memang aku tak moh sebab nama... rondo? apa set@n punya nama tu?


dan, kalu kaji balik, dari kereta pertama yg proton kuarkan... sampailah yg terkini... tiada satu pun nama yg sedap......



skunk ni, apa yg boleh kita buat adalah.... mencipta nama " curse" bagi proton exora ni.....

waja= wajunk

gen2= junk 2

savvy= sawi...

exora= ??????????? ada idea

[ Last edited by  geng_tx at 21-2-2009 07:21 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2009 07:19 PM | Show all posts

Reply #1982 geng_tx's post

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2009 07:19 PM | Show all posts
post 1944
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2009 07:22 PM | Show all posts

Reply #1984 mycos79's post

jumpa jumpa jumpa.....



idea lain.....


kalu bebudak autoworld forum dapat tau ni...... abis satu malaya dia jaja...

zzcbr san kena paten kan perkataan tu kat pejabat buruh..... baru dapat royalti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2009 07:27 PM | Show all posts

Reply #1985 geng_tx's post

tajam sungguh deria abe zek kiter
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2009 08:19 AM | Show all posts
Proton Exora
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2009 08:22 AM | Show all posts
Exora dapat sambutan hangat

PETALING JAYA 21 Feb. – Kenderaan belum siap. Rupa bentuk fizikalnya pun tidak diketahui umum tetapi tempahan sudah mula diterima.

Sambutan rakyat Malaysia terhadap kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora, hasil tangan tempatan ini sememangnya menakjubkan.

Menurut Pengarah Urusan Proton Holdings Bhd. (Proton), Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, pihaknya mengunjurkan 4,000 hingga 5,000 tempahan menjelang pelancaran Proton Exora pada April ini.

‘‘ 燩ada hari ini, kami menerima tempahan 15 hingga 20 buah MPV di cawangan ini,’’ katanya pada Majlis Pra Pelancaran Tempahan Proton Exora di bilik pameran Proton di Mutiara Damansara hari ini.

Bagaimanapun, Syed Zainal berkata, pihaknya belum dapat menyatakan jumlah sebenar tempahan yang diterima di seluruh negara.

Tetapi jika cawangan di tempat lain juga menerima angka tempahan yang sama, ia sudah pun melebihi unjuran kerana Proton mempunyai 300 bilik pameran di seluruh negara.

Beliau berkata, setakat ini ramai orang telah datang bertanyakan mengenai Proton Exora.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2009 09:18 AM | Show all posts
gmbr dr paultan.org

Proton Exora 7-seater MPV interior details revealed!

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2009 09:21 AM | Show all posts

Reply #1989 tok_hoi's post

reka bentuk seat bergaya...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2009 09:27 AM | Show all posts

Reply #1990 mycos79's post

seat paling blkg aku rasa klu org dewasa duk leh tahan azabnye...aku penah duk kat seat paling blkg naza citra dan wish...seksa bagi aku yg ketinggian 176cm ni...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2009 09:29 AM | Show all posts
aksesori pong ok...entertainment lcd+DVD, cupholder 10. memang best...ekon pong nampak ok...kira boleh dah utk mpv rakyat Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2009 09:30 AM | Show all posts

Reply #1991 tok_hoi's post

tapi design dier tinggi sikit kat bahagian belakang soh selesa row ketiga...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2009 09:31 AM | Show all posts
cam nie

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2009 09:34 AM | Show all posts

Reply #1994 mycos79's post

hmm...tul gak tu...aku nak tggu launching nnt...nak merasa apa yg patut...bg aku proton mpv ni menarik gak...klu ada manual transmission lg best..boleh gak kenen2.....tp mcm korang ckp gak.... tang nama exora tu aku rasa failed...awwwww!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2009 09:36 AM | Show all posts

Reply #1995 tok_hoi's post

takdir nama nyer begitu... namum aku rasa nie H-Line punya...siap leather seat lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2009 09:37 AM | Show all posts
kalau aku selera nak tempah...rasa warna silver pilihan aku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.288752 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list