Banjir Terengganu: 221 mangsa di lima daerah kembali ke PPS
[size=14.399999618530273px]Kakitangan Roadcare mengukur ketinggian air di Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu berhampiran Kampung Jerus yang digenangi air akibat hujan lebat berterusan sejak semalam. - Foto BERNAMA
[size=14.399999618530273px]
KUALA TERENGGANU: Seramai 221 mangsa daripada 53 keluarga kini ditempatkan di 10 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berikutan banjir kembali melanda. Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, daerah yang terbabit adalah Kemaman, Dungun Marang, Setiu dan Besut. Daerah Kemaman, seramai 29 mangsa daripada enam keluarga masih berada di Balai Raya Padang Kemunting dan tiga mangsa daripada dua keluarga berada di Balai Raya Beris Nenas. Di Setiu kekal seorang mangsa daripada satu keluarga, manakala di Marang, Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Rawai menempatkan 88 mangsa daripada 23 keluarga.
Sementara itu, seramai 20 mangsa daripada enam keluarga ditempatkan di Dewan Sivik Wakaf Tapai dan di Dewan Sivik Merchang terdapat enam mangsa daripada satu keluarga. Di daerah Dungun, Dewan Sivik Paka menempatkan 17 mangsa (tiga keluarga), Balai Raya Alor Mak Bah, terdapat 10 mangsa (dua keluarga) dan SK Tok Kah, 32 mangsa daripada enam keluarga.
Di Besut, Balai Raya Kampung Pantai menempatkan 15 mangsa daripada tiga keluarga.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1327472/banjir-terengganu-221-mangsa-di-lima-daerah-kembali-ke-pps
|