|
UMRAH & HAJI VIII, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)
[Copy link]
|
|
Reply 1939# jellybee
kak jelly,
makasih atas penerangan. akan saya semat di dalam hati |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by transporter at 21-5-2010 19:12
Salam
Nak kongsi dgn mereka yg belum sempat ke tanah suci lagi.
Masjid di Masjid Nabawi (Madinah) & Masjidil Haram (Makkah)
ianya bercarpet. Kedua-dua ada carpet merah.
Hanya di Masjid Nabawi ada carpet bewarna hijau cair.
Ia terletak di dalam kawasan Raudah ==> "syurga di dunia".
Bagi kami yg sudah berpeluang ke sana, tenggok aje gambar
carpet hijau cair ni pun dah cair hati di buat nye. Nak pergi lagi !
Tapi awas, bukan semua mudah dpt ke kawasan carpet hijau cair ni.
Ada yg berdoa berbulan2 sebelum pergi minta dipermudahkan !
Carpet merah di Masjid Nabawi & Carpet hijau cair di Raudah sahaja.
Masjidil Haram. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1940# jellybee
nenek asal johor. tp keje di sarawak |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1926# jellybee
Tp kena belanja akak makan nasi mendy satu talam nie....hehheheee.........
Salam..
Bila sebut aje Nasi Mendy jam tu jugak terasa lapar..
Rasa teringin nak makan Nasi Mendy dgn Chicken Hanith dekat Restoran Saba..
|
|
|
|
|
|
|
|
thks pd nenek & jelly...saya tanya nie bg pihak my in laws...niat hubby nak hntr diorg gi umrah...tp tu mcm rushing bila diorg nak gi thn nie gak...ade org rekemen agent kat diorg...xyah kursus...buat kursus bila tiba kat sana...saya rase was2 la coz my parents dulu gi kursus berminggu2... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
TATACARA MELAKUKAN IBADAT HAJI DAN UMRAH SERTA ZIARAH KE MASJID RASUL S.A.W.
Saudara muslim yang dimuliakan.
Dalam melakukan ibadat haji terdapat tiga cara iaitu: Tamattu', Qiran dan Irrad.
HAJI TAMATTUK':
Berihram untuk umrah pada bulan-bulan haji (bermula dari awal bulan Syawal hingga terbit fajar hari ke sepuluh dari bulan Zulhijjah) dan diselesaikan umrahnya pada waktu-waktu itu.
Kemudian, berihram untuk haji di Makkah atau sekitarnya pada hari tarwiyah (8Zulhijjah) pada tahun umrah tersebut.
HAJI QIRAN:
Berihram untuk umrah dan haji serentak dalam bulan haji, dan tetap berihram iaitu tidak bertahallul sehingga hari Nahar (10 Zulhijjah - Hari Raya) atau berihram untuk umrah dalam bulan haji terlebih dahulu, kemudian berniat untuk haji sebelum melakukan tawaf.
HAJI IFRAD :
Berihram untuk haji dalam bulan haji di Miqat (tempat niat haji/umrah) atau dari tempat kediaman sekiranya kediaman terletak selepas miqat, atau di Mekkah bagi penduduk Makkah, kemudian tetap berada di dalam ihram sehingga hari Nahar (10 zulhijjah) sekiranya membawa haiwan korban (Hadyu: Unta, Lembu atau Kambing)
Jika tidak membawa haiwan korban maka disyorkan agar menukarkan haji kepada umrah iaitu melakukan haji Tamattu'. Seterusnya melakukan tawaf, Saie, bergunting rambut dan bertahallul, seperti perintah Nabi s.a.w terhadap para sahabat yang berihram haji (Ifrad) tetapi tidak membawa haiwan korban.
Demikian pula bagi mereka yang melakukan haji Qiran sekiranya tidak membawa haiwan korban adalah disyorkan agar menukarkan niat haji Qiran itu dan menjadikannya umrah seperti yang tersebut di atas.
Ibadat haji yang paling afdhal untuk mereka yang tidak membawa haiwan korban ialah haji Tamattu' kerana Rasulullah s.a.w memerintakhakn hal itu dan menekannya kepada para sahabat baginda. |
|
|
|
|
|
|
|
acikjie..
skrg ni susah nak join mkn nasi mendy kalau lunch hari keja... dah jauh |
|
|
|
|
|
|
|
CARA MELAKUKAN UMRAH :
1. Apabila anda telah sampai di Miqat, anda disunatkan agar membersihkan diri, mandi dan memakai wangian di tubuh. Berhati-hatilah agar tidak terkena kain ihram. Kemudian pakailah pakaian ihram (dua helai kain tidak berjahit untuk lelaki) dan yang afdhalnya adalah kain berwarna putih.
Kaum wanita boleh memakai pakaian yang dsukainya dengan syarat tidak menampakkan perhiasan, tidak menyerupai pakaian lelaki dan tidak menyerupai pakaian orang kafir.
Kemudian berniat ihram untuk umrah serta mengucapkan "Labbaika umrah" Bermaksud..
"Ku menyahut seruanMu untuk melaksanakan umrah"
Kemudian , ucaplah talbiyah : Maksudnya.....
"Ku menyambut seruanMu ya Illahi, ku sambut seruanMu. Ku sambut seruanMu, tiada sekutu bagiMu, Ku sambut seruanMy. Sesungguhnya segala puji, nikmat dan kerajaan adalah milikMu, tiada sekutu bagiMu".
Disunatkan bagi kaum lelaki untuk meninggikan suara ketika bertalbiyah, tetapi tidak bagi kaum wanita.
2. Apabila anda telah sampai di Makkah, lakukanlah tawaf di Kaabah sebanyak tujuh pusingan bermula dari Hajar Aswad sambil bertakbir dan berakhir di Hajar Aswad juga.
Bacalah zikir serta doa yang anda kehendaki dan disunatkan membaca pada setiap pusingan di antara Rukun Yamani dan Hajar Aswad: Maksudnya....
"Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, serta lindungilah kami dari azab neraka".
Setelah selesai melakukan tawaf lakukan solat sunat tawaf dua rakaat di belakang Maqam Ibrahim walaupun agak jauh dari tempat tersebut. Sekiranya ia menyusahkan, lakukanlah di sebarang tempat di dalam masjid.
Semasa tawaf ini di sunatkan bagi orang lelaki berittiba', iaitu meletakkan kain ihram di bawah ketiak kanan dan hujungnya di atas bahu kiri.
Di sunatkan juga raml pada tiga pusingan awal, Raml ialah : berjalan cepat dengan langkahan yang sempit ( berlari-lari anak)
3. Kemudian keluarlah menuju ke Safa dan naik ke Atasnya sambil membaca firman Allah : Bermaksud.....
Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian dari syi'ar (tempat beribadat kepada)Allah" "
Kemudian, anda hendaklah menghadap ke arah Kaabah, serta membaca tahmid (memuji Allah) dan bertakbir sebanyak tiga kali. Kemudian, angkatlah tangan untuk berdoa dan bacalah doa serta ulagilah sebanyak tiga kali seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Kemudian, ucapkanlah : Maksudnya:
"Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Maha Esa, Tiada sekutu bagiNya, hanya bagiNya segala pujian. Dia Maha Kuasa ke atas segala sesuatu. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Maha Esa, yang menepati janjinya memenangkan hambaNYa dan menghancurkan golongan kafir, tanpa dibantu oleh sesiapapun"
Di baca sebanyak tiga kali. Jika di baca sebahagian daripadanya tidak menjadi masalah.
Kemudian, turunlah (dari bukit Safa) dan lakukan saie umrah sebanyak tujuh pusingan dengan berjalan cepat di antara dua tanda hijau dan berjalan biasa sebelum dan selepas tanda tersebut. Kemudian, naiklah ke atas Bukit Marwah, bacalah tahmid dan bacaan yang telah anda baca di Bukit Safa.
* Dalam tawaf atau saie tidak ada zikir khusus yang wajib dibaca, tetapi bacalah zikir, doa atau Al Quran sekadar yang boleh dengan mengutamakan sikir dan doa yang bersumberkan dari sunnah Rasulullah s.a.w.
4. Apabila anda telah selesai mengerjakan saie, cukur atau gunting rambut anda. Dengan demikian selesailah umrah anda dan semua larangan semasa ihram sudah tiada lagi.
Sekiranya anda ingin melakukan haji Tamattu' maka yang afdhal bagi anda ialah bergunting agar anda dapat bercukur semasa tahallul haji nanti.
Apabila anda melakukan haji Tamattu' atau Qiran maka anda wajib menyembelih haiwan korban pada hari Nahar(Hari Raya Haji) sama ada seekor kambing atau satu pertujuh daripad unta atau lembu. Sekiranya anda tidak dapat berbuat demikian, maka berpuasalah selama tiga hari semasa haji dan tujuh hari setelah kembali ke tanahair.
Adalah lebih afdhal sekiranya puasa itu ditunaikan sebelum hari Arafah(Wukuf), tetapi sekiranya ia dilakukan selepas Hai Raya iaitu pada hari Tasyriq(hari 11,12 dan 13 Zulhijjah) tidak menjadi kesalahan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1937# nenektua
salam... kalau rambut gugur sendiri tak mengapa. yg tak boleh nya sengaja di cabut. |
|
|
|
|
|
|
|
salam...maaf xde kesempatan nak jenguk page bkang...nak tanya kwn2...ade ke umrah yg x perlu kursus ...
chupachups Post at 21-5-2010 17:34
Umrah tak perlu kursus klu dah berpengalaman okey lah kut.... tapi klu nak kursus kat sana mcm tak sempatlah yang... sampai2 dah terus nak buat ibadah.. wallahualam |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1899# transporter Nenektu rienaleman
Kami guna kamera compact biasa aje Sony DSC - S60 |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by qurota at 21-5-2010 23:18
Reply 1933# chupachups
JANGAN JANGAN dik ooii. Umrah & Haji ni benda berat....sekiranya kita tersilap melakukannya....KESANNYA bukan hanya kepada diri kita sahaja malah ianya terhadap kehidupan seharian, kaum keluarga dan keturunan kita seumur hidup kita.
Contohnya Tawaf. Memanglah MUDAH melakukan tawaf, kerana kita hanya perlu mengelilinggi Kaabah sebanyak 7 pusingan, TETAPI YANG SUKARNYA adalah SYARAT-SYARAT SAH TAWAF
Jom kita teliti apa sebab tidak sahnya tawaf. Nampak mudah tetapi kalau kita amati betul-betul memang benar kenyataan ustaz saya tu bahawa ramai yang mengerjakan umrah tetapi umrahnya tidak sah kerana TAWAF. Tawaf ialah salah satu daripada rukun umrah. Rukun umrah bila tertinggal atau tak sah, maka tak sahlah umrah DAN BERKEKALANLAH IA DI DALAM IHRAM.
[size=130%]Syarat-syarat sah Tawaf
1. Suci daripada hadas dan najis.
2. Menutup aurat.
3. Tujuh kali keliling.
4. Bermula dan berakhir di Hajar Aswad.
5. Kaabah di sebelah kiri orang yang bertawaf.
6. Tawaf di luar Kaabah dan Hijir Ismail tetapi di dalam masjid.
7. Dalam niat dan tujuan tawaf.
Perhatikan betul-betul pada perkara yang bertulisan merah dalam syarat-syarat sah tawaf. Di situlah berlakunya kecuaian orang yang tawaf.
Pertama: Orang yang tawaf wajib suci daripada hadas kecil dan hadas besar.Hadas kecil hilang/terangkat apabila kita mengangkat wuduk. Persoalannya ialah adakah wuduk kita betul dan sah?
Ramai orang yang mengambil wuduk tetapi tak sah. Bila wuduk tak sah maka tawaf tak sah. Bila tawaf tak sah maka umrah pun tak sah.
Di mana silapnya dalam berwuduk? Terutamanya ialah ketika menyapu kepala(hukum asalnya bukan menyapu rambut). Hukumnya ialah menyapu sebahagian kepala. Tetapi yang ramainya ialah menyapu hujung rambut atau dahi(termasuk dalam bahagian muka). Agak payah saya nak terangkan di sini. Mereka yang mengikuti kuliah sangat memahami persoalan ini.
Kedua : Orang yang tawaf wajib menutup aurat.
Batal tawaf kerana tidak menutup aurat. Ia biasanya berlaku kepada jemaah haji wanita ketika istilam(sunat sahaja). Fahami betul-betul apa yang hendak saya utarakan ini.
Aurat wanita ialah seluruh tubuh badannya kecuali muka dan telapak tangan.
Terbuka aurat berlaku(kalau tidak diambil berat) iaitu ketika istilam/isyarat tangan ke arah Penjuru Hajar Aswad dan Penjuru Yamani.
Jemaah haji wanita sewaktu mengangkat tangan untuk istilam, lengan bajunya turun/terlondeh ke bawah maka terdedahlah aurat tangannya, Bila terdedah aurat maka batallah tawafnya, bila batal/tidak sah tawaf maka tidak sah umrahnya. Sebab itulah seorang wanita hendaklah berhati-hati ketika istilam, alangkah baiknya wanita memakai stoking lengan.
Ketiga : Orang Tawaf wajib sentiasa mengirikan Ka’abah.
Dada hendaklah sentiasa hala ke depan manakala bahu sentiasa mengirikan Ka’abah. Jemaah haji hendaklah berhati-hati ketika istilam ke penjuru Hajar Aswad jangan sampai berpusing dada ke arah Ka’bah. Jadi ketika istilam tangan sahaja diisyaratkan ke penjuru hajar aswad, pastikan bahu kita sentiasa mengirikan Ka’bah.
Jemaah juga hendaklah berhati-hati ketika asyik membaca buku nota/doa
semasa tawaf. Dibimbangi bahunya sudah tidak mengirikan Kaabah lagi kerana tumpuan matanya pada buku nota, berjalan ikut kaki. Apalah ertinya sibuk membaca doa-doa itu sedangkan hati kosong kerana tidak memahami maknanya.
Para jemaah khususnya ketika tawaf tak payahlah membawa sebarang buku nota/doa atau menyibuk diri dengannya. Berikan tumpuan sepenuhnya pada tawaf, bacalah mana-mana doa yang kita ingat dan mintalah doa untk kebahagian kita,kaum keluarga dsbnya di dunia & akhirat.
Keempat: Orang Tawaf hendaklah sentiasa dalam niat/tujuan tawaf.
Sewaktu tawaf jangan mengejar seseorang atau mempercepatkan langkah untuk mendapatkan seseorang di depannya. Ini sudah dikira tidak dalam tujuan tawaf.
Bagi mereka yang bergerak dalam kumpulan kena lebih berhati-hati termasuk suami isteri. Kerana bimbang ditinggalkan kumpulan atau suami maka dipercepatkan langkah kerana mengejar bukannya kerana tujuan tawaf.
Berhati-hati, inilah yang kerap berlaku sewaktu tawaf.
Saya fikir itulah beberapa peringatan saya.
Wallahuaklam
|
|
|
|
|
|
|
|
acikjie..
skrg ni susah nak join mkn nasi mendy kalau lunch hari keja... dah jauh
adikzarif Post at 21-5-2010 19:41
Salam adikzarif..
Rasanya Sahara Tent ada buka cawangan dia kat Shah Alam..
Kat Plaza Masalam..
Nasi mendynya mahal sikitlah..
acikjie pernah makan Nasi Mendy Sahara Tent kat Bukit Bintang..
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau umrah pakej 11 hari.. naik MAS.. tiada ziarah ke negara lain.. RM7500 mahal tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1954# mesmerize
Masya Allah .....harga tu untuk sebilik seorang ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
tak.. sebilik 3 org.. kalau sebilik dua orang 7700.. mahal sangat ek? |
|
|
|
|
|
|
|
MIHRAB. Mihrab adalah satu cekungan kecil tempat imam memimpin sholat dan sekaligus berfungsi sebagai pemandu arah kiblat. Kini Masjid Nabawi memiliki 5 buah mihrab, yaitu :
1) Mihrab Majidi
Terletak di sebelah utara dakkatul Auhowal, suatu tempat agak tinggi yang memisahkan antara Mihrab Tahajjud dan Mihrab Al-Majidi. Panjang Mihrab Al-majidi ini 12 meter dengan tinggi 0,5 meter. Pada masa dahulu di tempat ini berkumpul para Ahlus-Sufah, satu kelompok muslim yang tidak mempunyai tempat tinggal dan hanya berdiam di halaman-halaman masjid.
2) Mihrab Nabawi
Terletak di sebelah timur mimbar. Mihrab ini mula-mula dipakai oleh Nabi Muhammad SAW sewaktu memimpin sholat berjamaah. Mihrab tersebut merupakan hadiah dari Qait Bey, Mesir. (Mihrab ini berada di DALAM kawasan Raudhah) .
3) Mihrab Sulaiman
Terletak di sebelah kiri mimbar, dimana bentuk mihrab ini menyerupai Mihrab Nabawi. Mihrab tersebut dibangun pada tahun 938 H yang merupakan hadiah dari Sultan bin salim, Turki. (Mihrab ini berada di LUAR kawasan Raudhah)
4) Mihrab Tahajjud
Terletak di sebelah utara jendela makam Rasulullah SAW dengan ukuran bentuk lebih kecil dari Mihrab Nabawi. Pada masa itu di Mihrab ini Rasulullah SAW sering melakukan sholat tahajud.
5) Mihrab Usmani
Terletak di tengah-tengah dinding arah kiblat yang hingga kini masih dipergunakan untuk imam memimpin sholat berjamaah. |
|
|
|
|
|
|
|
MIHRAB NABAWI
|
|
|
|
|
|
|
|
tak.. sebilik 3 org.. kalau sebilik dua orang 7700.. mahal sangat ek?
mesmerize Post at 21-5-2010 23:45
Salam..
Umrah bila tu..Umrah Ramadan ke ??
Penginapan di Mekah n Madinah kat Hotel mana ??
Jauh tak dari Masjid ???
Bagi Akak...selalu Akak pi Umrah Ramadan harga lebihkurang mcm tu.
2 orang sebilik...flight MAS..
Jedah- Madinah - Jedah by flight..
Jedah ke Mekah GMC..
Kat Mekah Firdous Hotel..dekat sangat dgn Masjid..
Alhamdulillah..
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah..
Berpeluang solat di Mihrab..
Dalam keadaan yg lapang selapang lapangnya..
Dan dapat berdoa lama dalam sujud...
Lahaula wala quwata Illah bilahilanliyilanzim..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|