CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mix_chinese

[MERGED] -- All about insurance utk anak2

  [Copy link]
Post time 29-4-2015 01:03 PM | Show all posts
azimodin replied at 29-4-2015 12:02 PM
Tumpang bertanya...

Saya baru nak survey2 medical card. saya paling interested dgn Takaful PRU BS ...

Salam sis..
Kalau saya buat quotation utk sis dan anak , boleh ker? heheheeheh


mbk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2015 01:12 PM | Show all posts
mbk replied at 29-4-2015 05:03 AM
Salam sis..
Kalau saya buat quotation utk sis dan anak , boleh ker? heheheeheh

Sgt jelas penjelasan u... sy tersilap faham rupanya sbb ingatkan cover outpatient-general sickness sekali. Rupanya hospitalization sahaja. Kalau macam tu x de la rasa rugi sgt. Saya boleh opt no coverage for hospitalization dari company. Sebab kat company saya kita boleh pilih2 pakej yg kita nak. Kalau x ambik benefit tu (i.e sebab dah ade medical card), kita leh dapat point & point tu boleh la buat claim buat cermin mata ke, bayar yuran taska anak ke.

Sila2... Pm saya ye mbk. untuk mak dan anak sekali. Kalau rajin, Mak + bapak + anak
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2015 03:13 PM | Show all posts
sementara keje, blh pakai medical yang company provide.. at the same time perlu ada personal coverage, at least bila dah pencen uolls ada back up for medical
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2015 03:55 PM | Show all posts
sy baru je bercadang nk ambik pruchild utk yg bakal lahir ni.
dh tkde elaun pulak..ermm
anak2 lain dh ada medical card prudential

insurans lain tkde pulak yg cover baby dlm kandungan..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2015 07:30 AM | Show all posts
aqyueetda replied at 13-5-2015 03:55 PM
sy baru je bercadang nk ambik pruchild utk yg bakal lahir ni.
dh tkde elaun pulak..ermm
anak2 lain ...

X kisah lah sis x der elaun pun... Yg penting anak dilindungi ...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2015 10:34 AM | Show all posts
hii MBK...

Jom bertakaful, dan perbetulkan niat... "saling bantu membantu diantara pencarum" alangkah indahnya takaful

Ibarat seperti menabung dlm akhirat kematian dikwsn tempat tinggal anda...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2015 12:48 PM | Show all posts
mbk replied at 14-5-2015 07:30 AM
X kisah lah sis x der elaun pun... Yg penting anak dilindungi ...

masih ko takaful kan?
ke kena byr semua bil dulu,baru claim.


Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2015 02:04 PM | Show all posts
aqyueetda replied at 14-5-2015 12:48 PM
masih ko takaful kan?
ke kena byr semua bil dulu,baru claim.

Salam sis,

1. Jika mencarum pru my child dan ambil benefits infant care, itu akan diberi berbentuk pampasan

2. Jika mencarum pru my child dan ambil benefits medikal kad, medikal kad yg ditawarkan adalah fully coverage. Tidak ader co-insurans (dalam istilah konvensional dan kalau dalam shariah compliance di panggil ko-takaful)

3. Jika sis mencarum Takaful, kalu dlm prubsn Takaful dipanggil Prusmart link, dan ambil benefits infant care.. juga dibayar berbentuk pampasan tapi tak cover konginental illness. Hanya cover manfaat khairat kematian utk janin dan ibu, kehilangan nyawa (bayi), elaun untuk kemasukan ICU/HDU, dan elaun tuk inkubasi bayi baru lahir.

4. Jika mencarum prusmart link dan ambil benefits medikal kad, medikal kad yg ditawarkan masih lagi tertakluk dengan ko-takaful

Ko-takaful atau ko insurance mengenakan 10% dari kos rawatan hospital. Yg mana 10% harus dibayar oleh customer.

Nota: Medikal kad (samada utk konvensional atau takaful) tak cover penyakit konginental. Sebab itu syarikat Prudential Assurence menawarkan infant care yg memberi pampasan untuk penyakit konginental.

cheers
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2015 03:16 PM | Show all posts
mama_ann replied at 14-5-2015 10:34 AM
hii MBK...

Jom bertakaful, dan perbetulkan niat... "saling bantu membantu diantara p ...

hi mama_ann


statements nie sesuai jadi status facebook. mohon share, k
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2015 11:14 AM | Show all posts
Quote of the day,

LIFE INSURANCE/TAKAFUL IS PURCHASED NOT BECAUSE SOMEBODY MUST DIE BUT BECAUSE OTHERS MUST LIVE
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2015 04:23 PM | Show all posts
"If a child, a spouse, a life partner, or a parent depends on you and your income, you need life insurance."
- Suze Orman (1954- ), American author, financial advisor, motivational speaker and TV host
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2015 03:19 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 03:08 PM | Show all posts
ntuk mama and abah,

Jika sudah bermedikal kad atau tak mampu bermedikal kad, saya sarankan ambil life atau upgrade coverage yang sedia ada untuk income replacement

RM81,982.61 yg diterima oleh ibu tunggal ini adalah INCOME REPLACEMENT yang di ambil oleh suaminya ketika masih hidup dulu. suaminya meninggal dunia akibat kegagalan fungsi hati setelah 6 bulan mengambil Takaful. RM80,000 adalah sangat bermanfaat utk ibu dan 4 anak. Walaupun x banyak, tp better dari takde langsung.

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2015 01:01 AM | Show all posts
Semakin banyak anda berhutang .... semakin banyak perlindungan dala bentuk Khairat Kematian dan Perlindungan Penyakit Krikal yg mesti anda ada.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 01:10 PM | Show all posts

Kalau ada soalan berkaitan insurans atau takaful, jangan malu2 bertanya. Kami sedia menjawab soalan...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2015 10:53 PM | Show all posts
Perkongsian dari Kawan dlm FB dia

"Dari sahabat untuk sahabat..

Setelah hampir 2 tahun mencarum dengan Prudential BSN Takaful aku ambil keputusan untuk TERMINATE.. 2 tahun aku mencarum tanpa klaim apa-apa... Aku rasa RUGI bayar bulan-bulan RM600 untuk satu family 5 orang.. Dengan gaji aku seorang guru agak membebankan..

Kebetulan ada seorang agent datang mempromosi satu plan yang cukup memikat hati aku.. Hanya RM200++ sebulan cover semua satu family.. Disebabkan kena dengan budget, aku terus sign up.. Rasa lega beban bulan-bulan berkurang sedikit..

Pada 20/5 aku disahkan mengidap batu karang. Aku terus buat rawatan di Hospital KPJ Penang.. Ketika nak buat rawatan doktor terus tanya ada insurans tak?? Aku tunjukkan kad medical.. Terus doktor geleng kepala.. Katanya kita dah stop terima kad medical dari company ni. Sebab masalah terlalu lewat bayar.. Dan satu lagi insurans ni tak cover utk Batu Karang..

Menyesal tak sudah.. Doktor tanya nak terus kan rawatan kena bayar DEPOSIT RM10,000.. Kalau tak de duit boleh pergi hospital kerajaan.. Dalam kepala otak aku RM10,000 bukan jumlah yang sikit..mana aku nak cekau dalam masa singkat ni.. Aku keluar dari KPJ dan terus pergi ke Hospital Kerajaan di Seberang Jaya..

Sampai di sana.. Aku buat pendaftaran. Nak daftar pun ambil masa lebih sejam.. Kemudian nak tunggu jumpa doktor aku terpaksa tunggu lebih 2 jam.. Sampai je giliran aku, doktor chek aku dan sahkan aku memang ada batu karang tapi katanya kita tak boleh buat operation segera sebab TAK URGENT.. Katanya ada ramai lagi pesakit yang lebih serius dari penyakit ni yang tengah tunggu giliran.. Aku terpaksa set appoinmnt untuk tarikh lain. Lebih kurang 1 bulan berikutnya..

Setiap kali aku pergi jumpa doktor kes aku asyik ditunda sehingga lah sekarang.. Kini baru aku tahu kenapa kita perlukan MEDICAL KAD.. Ada orang cakap PEGAWAI KERAJAAN mcm aku ada KEISTIMEWAAN bila masuk hospital kerajaan.. Aku tercari-cari di mana keistimewaan tu ??????

Bila dah SAKIT tiada pilihan lagi.. Duit tidak lagi menjadi soal.. Aku terus dapatkan rawatan di Hospital Lam Wah Ee.. Bil RM15,000 menjadi korban.. Mujur lah aku ada sedikit simpanan di Tabung Haji.. Simpanan 15 tahun hilang sekelip mata.. Kini baru aku tahu nilai MEDICAL INSURANS..

Semoga kisah ini menjadi pengajaran.."
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2015 10:34 AM | Show all posts
salam semua,

soalan saya:

Produk takaful apa paling bagus utk family (suami non smoker umur 32, isteri 34 dan 2 org anak 4 thn & 7 bln):
1)cover 3 benda -hayat, medical card, simpanan (pelaburan)
2)lumpsum byr satu kad, tp cover utk setiap ahli family
3)tiada ko-takaful

dh almost 7 years saya byr personal polisi insurans konvesional (rm200 monthly). Baru tau yg konvesional ni haram, so nak tukar kpd takaful. Anak2 & suami punya polisi takaful (rm150 each). alang2 tgh nak tukar personal insurans ke takaful ni, so ingat nak review balik semua polisi anak2 & suami..so nak carik polisi takaful yg lebih komprehensif utk semua ahli family..

agent2 dialu2kan utk pm saya..

terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2015 04:05 PM | Show all posts

wslm.. mike_sullivan

check pm, moga dpt membantu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 05:08 PM | Show all posts
ape maksod waived dekat dlm policy yg ade nama hosp and dlm column deposit tu??..means xyah bayar ke cemana??..

hosp yg sama nama sebelah table waived dlm policy tulis kene depo...tp table yg ni kata waived plak xbape paham...rs mcm agent dah explain tp xfokus time tu...

pastu...kalo masa memula cek up kt ER...xkene admitted..mmg kiter bear sendiri ye utk cek up time tu??...

depo tu bleh dpt balik time bila?...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 10:41 PM | Show all posts
hunny_bunny replied at 3-9-2015 05:08 PM
ape maksod waived dekat dlm policy yg ade nama hosp and dlm column deposit tu??..means xyah bayar ke ...

Pihak hospital ada hak utk nak waived atau nak minta deposit dari patient ... then dalam jadual adalah terma semasa di waktu polisi tu dicetak ...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.277307 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list