|
[Ultra Best][Siri Mari Tidur Bukak Lampu] #2520 Mean Girl 2 [12] - Page. 101
[Copy link]
|
|
mean girls ni pantas tuntas...i likeee!
![](static/image/smiley/onion/thumb.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Best r hg sllu dok update skang ni.. hepi ble release tnsion ngn crita2 hg... truskn k bro... |
|
|
|
|
|
|
|
JC ensem!! JC ensemm!!
We want more!! We want more!!
Kucuuuuuppppppp, bak kata Pok Aji Mujib ![](static/image/smiley/default/kiss.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
dey jc ..aku dh komen sebelum mean girl ep 8 laa.. hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Jc...yg ni citer btol ke citer tipu.....
Nak kt citer tipu cam citer btol.....
Tak sangka bapak budak yg prangai budak 2 thn leh jadik hero dlm citer nih
Aku ingat hans yg jadik hero....hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
JokesCop posted on 7-10-2014 08:38 AM ![](static/image/common/back.gif)
Aik, mane semua orang ni.. Kemon-kemon, comment lah sikit..
Ohhhh JC my idol!!
you are always the bestt..sila cepat2 update lagii..cerita2 x penah langsung mengecewakannn..huhuhuhu
|
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 7-10-2014 04:48 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
afira posted on 7-10-2014 10:53 AM
semua org tengah terpegun bace citer ko..sampai lupa nk komen hahahah
Brilliant, alasan anda diterima cik afira.. bwahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 7-10-2014 04:50 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
ThousandSwords posted on 7-10-2014 02:03 PM
dey jc ..aku dh komen sebelum mean girl ep 8 laa.. hahaha
Dun worry aku bace, xkan guna nick ko sebagai watak, sebab kalau aku guna, nanti smtbl kene tukar format jadik siri mari tidur belasah lampu.. Beribu Pedang tue garang sangat.. |
|
|
|
|
|
|
|
JokesCop posted on 7-10-2014 04:48 PM ![](static/image/common/back.gif)
Brilliant, alasan anda diterima cik afira.. bwahahahaha
hah...bagus..oleh itu jgn benti update kerana kami masih dalam zone terpegun nih..hahhahah
|
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 7-10-2014 04:54 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
seeri_7843 posted on 7-10-2014 02:15 PM
Jc...yg ni citer btol ke citer tipu.....
Nak kt citer tipu cam citer btol.....
Macam mane nak cakap ek seeri, collection of cerita betul yg dicompilekan jadik sebijik cerita..
Terus bace and ko akan nampak kenape aku cakap mcm tue..
Anyway, thanks to all reader yg comment, barulah semangat penulisan menyurup2 dalam badan aku mcm ni..
KORANG MEMAMG OHSEM!!! |
|
|
|
|
|
|
|
terbaik..tok sabo nak baca lg.. |
|
|
|
|
|
|
|
wah abang JC dah kembali . wa sayang la sama lu |
|
|
|
|
|
|
|
JokesCop posted on 7-10-2014 04:54 PM
Macam mane nak cakap ek seeri, collection of cerita betul yg dicompilekan jadik sebijik cerita..
...
Ok....terus kn penyurupan menulis ko tu...
Kitorg sentiasa akan tunggu citer trbaru
Kitorg mmg ohsem....
Sbb ko pon ohsem...n ensem...........ehh
|
|
|
|
|
|
|
|
Jc jc jc jc... mendebarkan...menarik....terhibur....menyeramkan...lawak.....
Mohon update...hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Terbaik la jc..sementelah lg aku baca cite ko nak dekat2 pukul 1am ni khenn...mmg ke subuh la lampu aku aku nyala.. |
|
|
|
|
|
|
|
TITLE: Mean Girl[9]
TEMPAT: Various Places
LAIN2: conts from Mean Girl[8]..
[QUICK RECAP]
Previously on Mean Girl: Sesi hari pertama rawatan Laina selesai, masuk hari ke dua..
[My Lawyer Made Me Change This Sub-Title So I Wouldn't Get Sued]
Sesi perawatan pagi pun tiba dan Laina pun bersedia dirawat dgn Kiera yg duduk disebelah dan Ummi yg xambik port lansung sambil sibuk didapur.. Haji Mujib duduk bersila dihadapan Laina dgn muka serious..
Haji Mujib: Laina.. Ko nak tengok rupa pendamping x?
Laina yg duduk bersila terkebelakang.. Dia geleng2 kepala..
Haji Mujib: BWAHAHAHAHA~~ Kene tengok dulu, baru bole kenal dan baru bole halau.. Sanggup?
Laina geleng2 kepala dgn lebih laju tanda tak mahu..
Haji Mujib pun mula mengosok2 tapak tangan sambil mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu.. Disuruh Laina tutup mata..
Haji Mujib: Xper, siang2 hari x takut sangat..
Laina nak xnak terpaksalah tutup mata, walau dia xnak tengok rupa pendampingnya, di pun x nak ada pendambing.. So, logically, mmg logiclah kalau mcm tu gaya nak dirawat, maka Laina akur..
Tiba-tiba Haji Mujib bangun dan keluar dari rumah lepas dengar bunyik motor besar start.. Xlama lepas tu dia menjerit dari luar..
Haji Mujib: Kiera, ayah nak ke ladang kejap, pekerja ayah jatuh pokok, ko pegi la jalan2 dgn Laina dulu ok..
Kiera: Hah? Pekerja ayah jatuh pokok? Betul ke?
Haji Mujib: Betullah, jatuh pokok mane boleh buat main2.. BWAHAHAHAHA!!
Laina: Pak cik, saya kene tutup mata lagi ke apa ni?
Haji Mujib: Hah? Ko tgh tutup mata ke? Lepas lunch la sambung, aku nak keluar kejap, emergency..
Xsempat Kiera nak kejar ayahnya, pak cik separuh abad tu dah naik atas motor jiran sebelah dan berlalu pergi sambil bergelak sakan dgn jirannya.. Walaupun Kiera confirm yg ayahnya sebenarnya pergi me-ngeteh dgn kawan dia sebab Kiera sure yg ladang kepunyaan ayah dia adalah ladang kelapa sawit, tapi dibiarkan je lah orang tua tu buat ape yg dia suka.. Karang xpasal2 kena marah..
Kiera pun ambik keputusan untuk bawa Laina berjalan-jalan sebab dia x tau mcm mane nak layan Laina dalam rumah tu.. So, dia pun bawaklah Laina ke mall yg berdekatan..
[Sugar, We're Going Down]
Kiera ni boleh disifatkan sebagai perempuan rare.. Sebab, kalau xde sebab, maka xkeluar rumahlah dia.. Dia x melepak dgn kawan2 mcm ayahnya, dia jarang keluar rumah bersuka-ria and kalau dia keluar pun sebab ada benda yg nak dibuat.. Maybe sebab banyak kali Kiera menolak perlawaan kawan2 dia pergi kemana-mana, so, Kiera dah xdiajak keluar lagi sampailah dia dah habis belajar dan kerja.. Pendek kate, social life Kiera mmg agak fail berbanding dgn wanita-wanita yg sebaya dgn beliau..
Berbeza dengan Kiera, Laina mempunyai social life yg lebih sihat dan free.. Even, Laina yg sedang dalam sesi rawatan, bila nampak mall, mata dia bersinar2 even mall yg dibawa Kiera xdelah se-best mall-mall yg lain, tapi Laina still rase heppi.. Diusungnya Kiera kehulu-kehilir, masuk mana-mana kedai, ade je bungkusan yg dibeli Laina.. Kiera yg agak kejutan budaya berasa seronok sebab first time dia enjoy keluar rumah.. Maybe kepakaran Laina or Kiera dah dewasa, who knows..
Then, sampailah waktu lunch, Laina pun ajaklah Kiera lepak di restaurant fast food utk makan, and diorang pun duduklah sambil berborak2.. Maybe sebab lama diam and Kiera asyik2 tersenyum sendiri, bagi mengelakkan rasa akward, Laina pun bukak topik paling common tapi berkesan..
Laina: Kiera, xde boyfriend ke?
Kiera: (little choke) Eyhhh.. Xdelah..
Laina: Hahahaha.. Xpayahlah nak deny dgn susah payah..
Kiera mmg nampak xselesa berbual topik pasal lelaki sebab dia mmg xde knowledge pasal kaum berlawanan jenis dengan beliau, info pasal lelaki yg agak berbeza dgn perempuan yg Kiera tau pun adalah lelaki ada ability kencing berdiri itupun sebab dia pernah dengar pepatah guru kencing berdiri, murid kencing breakdancing.. Dan Kiera merasakan pepatah tu agak pelik dan menggelikan..
Kiera: Best ke ada boyfriend?
Laina: (angkat bahu) who knows? Laina pun x pernah ada..
Kiera: Yg lelaki datang dgn Laina tu sape?
Laina: Hans ke?
Laina sedikit blushing bila nama Hans disebut.. Baru dia sedar, dalam seminggu ni, dia x ber-whatsapp or call Hans sebab sibuk menguruskan sesi rawatan.. Even Hans nak ikut hantar Laina ke rumah Haji Mujib pun Laina xbagi sebab family Laina dah ramai xhengat ke sana.. So, Laina pun keluarkan phone..
Laina: Cakap pasal Hans, Laina lupa nak contact dia.. Kejap yer..
Laina pun bangun and mula mendail telefon.. Kiera hanya duduk ditepi sambil memerhatikan Laina yg bercakap telefon dgn Hans.. Tiba-tiba Kiera berasa kagum dengan Laina sebab boleh bercakap dgn lelaki dgn lancar.. Kalau dia lah di suruh cakap dgn lelaki, mmg akan jadik akward sebab dia x reti bercakap dgn lelaki selain anggota keluarga beliau dan peniaga2 kedai.. Laina pun duduk balik dan sambung minum and dia notice Kiera mcm xberkelip2 tengok dia..
Laina: Kenape? Nampak pendamping aku ke?
Kiera: (tergelak kecik) Xdelah, Kiera just impress je mcm mana Laina boleh bercakap dgn lelaki mcm tu..
Laina: Macam mana?
Kiera: Tanpa rasa akward and stuff.. Hehehe, Kiera x reti..
Laina: Hahahaha, merepeklah..
Laina pun berjanji bagitau Kiera, nanti lepas dia dah dirawat.. Dia akan bawak Kiera join dia melepak dengan Hans and kawan2 dia sebab nak merawat penyakit gugup Kiera sekaligus menunjukkan bahawa lelaki ni xde ape yg menakutkan kecuali dia boleh breakdancing masa buang air kecik je.. Then, lunch pun dah habis, Kiera and Laina pun balik ke rumah untuk meneruskan sesi rawatan dengan ayahnya.. Kiera mmg looking forward for the meeting so dia pun nak Laina cepat2 sembuh..
[I Write Sins Not Tragedies]
So, with renewed vigor, Kiera dan Laina pun semangat nak cepatkan proses penyembuhan utk sampai ke rumah melihat Haji Mujib sedang membaiki motoseykal berkuasa besar jirannya..
Kiera: Ayah, kenapa?
Haji Mujib: Ni hah, tayar masuk paku, nak kene tukar..
Kiera: So, Laina mcm mane?
Haji Mujib: Laina? Hah, owh, eyh, pergi solat dulu, nanti ayah masuk..
Kiera merasakan mcm ada satu yg pelik keatas diri ayahnya.. Dia pun bertanya lagi..
Kiera: Ayah, apa jadi dgn pekerja ayah yg jatuh pokok tu?
Haji Mujib: Hah? jatuh pokok?
Kiera: Yerla, tadi pagi kate nak tgk pekerja ayah jatuh pokok..
Haji Mujib terus bangun dan masuk ke dalam rumah, merempu semua benda yg berada dilaluannya termasuk Kiera dan Laina.. Terus dia menuju ke dalam bilik air..
BELEBUSSS!! BELEBUSSS!! (sfx: bunyik air)
Haji Mujib terus menunaikan solat zohor dan berzikir tanpa henti sampailah masuk waktu Asar dan terus berzikir sampailah satu ketika dipanggilnya Kiera dan Laina mengadap dihadapan dia..
Haji Mujib: Aku pun dah terkena dah..
Kiera dan Laina tekun mendengar, apparently mengikut Haji Mujib, pendamping Laina cuba dengan sedaya upaya supaya Haji Mujib melengah2kan sesi perubatan sebab itu salah satu sifat dia, mengalfakan manusia.. Dalam xsedar, Haji Mujib mengikut telunjuk makhluk tersebut.. Haji Mujib pun menunjukkan Laina cara membaca ayat-ayat al-quran yg diberinya malam semalam dan pengertian sekali supaya Laina cepat faham pasal apa dia kene baca ayat tersebut..
Selesai bab ayat, ketika senja, Laina disuruh mandi air bunga dan selepas itu Haji Mujib mengajar jenis-jenis bunga yg diperlukan utk membuat mandi bunga.. Selesai mandi bunga, selepas solat isyak berjemaah, Haji Mujib suruh Laina membaca ayat yg di ajar ke atas air dan Laina disuruh minum air tersebut.. Laina muntah, tapi kali ni muntahnya berkurangan.. Kalau sebelum ni berbaldi-baldi, kali ni hanya Laina hanya memerlukan satu baldi menunjukkan tanda positif Laina tiada benda xelok didalam badannya..
Haji Mujib menerangkan bahawa menghalau pendamping Laina ni bukan kerja sehari-dua, tapi makan masa.. Dan yg paling bagus adalah Laina sendiri yg mengamalkannya dan tahu apa yg dibuat..
Laina: Pakcik, kenapa xdibunuh je pendamping saya?
Haji Mujib: BWAHAHAHAHA!! Ko ingat aku ni superman ke bole bunuh2 benda ni.. Dah dijanjikan Allah dia hidup sampai hari kiamat menyesatkan manusia.. Bukan hak aku nak bunuh dia..
Laina mengangguk tanda paham dan masuk ke bilik untuk tidur..
[My Stories Knows What You Did in The Dark]
Sebelum tidur, Laina pun bersembang-sembang dgn Kiera pasal perjumpaan yg bakal diadakan, apa yg patut Kiera cakap and gaya-gaya yg patut Kiera buat.. "Do That Girly Moves!! Gentleman Loves Girly Moves!!" Begitulah jawapan Laina bila Kiera cakap "Perlu ke?".. So lepas habis simulate apa2 yg patut dibuat, Laina dan Kiera pun baringlah and nak tidur..
Laina membaca terangkak-rankak ayat yg disuruh hafal oleh Haji Mujib.. Sebab dalam gelap and Laina xnak ganggu Kiera tidur, dibacalah mana yg dia ingat and finally, Laina pun tertidur..
Malam tu Laina mimpi, dia dirawat oleh Haji Mujib di ruang tamu rumahnya sendiri.. Semua kaum keluarga dia ada disekeliling Laina duduk dalam bentuk bulatan melihat Laina dan Haji Mujib.. Masa tengah dirawat Haji Mujib, Laina pun pandang sekeliling dan ternampak ular hitam besar berlingkar di belakang family dia.. Ular yg lagi besar dari manusia tu tiap kali dia menyusur dari satu tempat ke satu tempat akan ada kesan mcm hangus atau terbakar.. Dan di ruang tamu tu, ada satu pokok yg entah mcm mane Laina boleh tau yg pokok tu adalah simbol rezeki or kehidupan Laina and ular besar pun melingkar atas pokok tu..
Berbeza dengan lantai-lantai dan tempat ular tu menyusur, pokok tersebut agak lambat hangus.. Entah mcm mana, Laina tahu dia kene halang ular hitam tersebut sebelum dia bakar kesemua pokok tersebut.. Dia pun bangun dan entah mcm mana buat kali kedua di tangan dia ada sebilah pisau.. Dia pun berlari ke ular tu and tikam tepat diantara mata ular tersebut.. Sebelum ular tu mati ditikam, sempat ular tu panjat ke atas tangan Laina and Laina dengar jeritan Haji Mujib dari arah belakang "Jangan sentuh ular tu!!!"..
Laina tersedar dari mimpi dan terus terduduk sambil meraup2 muka yg berpeluh2.. Malang sekali bagi Laina, di hujung katil dikaki Laina ada satu makhluk duduk bersimpuh mengadap Laina.. Laina tergamam, jantungnya rasa berhenti sekejap, nak diangkat tangan or bersuara mcm dah x boleh, lembaga tersebut merenung tajam ke arah Laina.. Entiti yg saling xtumpah mcm Laina membuatkan Laina seakan2 memandang refleksi dirinya didalam cermin, cuma yg lainnya, benda yg dihadapan Laina lagi cerah dari Laina, mcm xde darah dibelakang kulitnya.. Inilah kali pertama dalam hidup Laina berhadapan dgn makhluk yg sering menganggu kawan2 dan family Laina, selama ni, di dengar je org bercerita, tapi kali ni, Laina ada cerita sendiri nak diceritakan.. Akhirnya, makhluk tu bercakap..
Laina Double: Seru nama aku..
Serentak dengan tu, makhluk tu terus hilang dan Laina terus menjerit dan x sampai beberapa saat pintu bilik Kiera terbukak.. Haji Mujib berlari masuk ke dalam and akibat dentuman pintu yg kuat Kiera terbangun utk melihat Laina yg dah lemah seluruh badan and mula nak pengsan.. Haji Mujib terus mengoncangkan badan Laina dengan kuat..
Haji Mujib: Laina!! Laina!!!
Laina longlai, xberdaya menjawap..
Haji Mujib: Laina!!! Ape yg setan tu cakap dengan kau!! Laina!!
Laina dengan suara kecik akibat lemah satu badan menjawap "Say my name"...
TU BI KON TI NUW~~
[AFTERMATH]
No aftermath..
|
|
|
|
|
|
|
|
aku kagum ngn hj mujib... tapi ko kan lagi buat aku kagum.... kau tak teringin ke nak bukukan... laku siot... |
|
|
|
|
|
|
| |
|