|
|
[Pulau Pinang]
Bersembang Tentang Nombor V14
[Copy link]
|
|
|
|
Selepas pelancaran yang berjaya di Subang Jaya, jelajah Warna-Warni Bazaar by Double Lion akan diteruskan di MYDIN Tunjong, Kelantan pada 24 Januari dan MYDIN Gong Badak, Terengganu pada 31 Januari ini. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
KUALA LUMPUR: Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan (KPM) akan melancarkan Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026–2035, iaitu sebuah pelan strategik komprehensif yang akan mencorakkan hala tuju masa depan sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat sekolah hingga ke pendidikan tinggi. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Rancangan ini akan dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa, 20 Januari 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh sistem pendidikan yang bermutu tinggi, terangkum dan berdaya saing di peringkat global. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Di peringkat pendidikan tinggi, Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035 akan berfungsi sebagai dokumen hala tuju utama pembangunan pendidikan tinggi negara bagi tempoh 10 tahun akan datang, sebagai kesinambungan dan pengganti kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015–2025 (Pendidikan Tinggi). |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
RPTM 2026–2035 dibangunkan menerusi proses libat urus berskala besar yang melibatkan 181 pakar tempatan dan 8,226 pihak berkepentingan, termasuk para sarjana, tokoh akademik, Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) awam dan swasta, pihak industri serta wakil masyarakat daripada pelbagai latar belakang. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sementara itu, Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035 yang diterajui Kementerian Pendidikan akan menjadi rujukan asas kepada pembangunan sistem pendidikan negara, selaras dengan visi kementerian, “Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.” |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Rancangan ini digerakkan melalui tujuh teras strategik dan 49 prakarsa berimpak tinggi, dengan penekanan kepada peningkatan akses dan kualiti pendidikan, pembangunan potensi murid, transformasi pendidik, pemantapan prasarana dan infostruktur, tindakan bersama pemegang taruh serta pengukuhan kecekapan tadbir urus dan sistem penyampaian. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pelaksanaan bersepadu RPTM 2026–2035 dan RPM 2026–2035 di bawah RPN 2026–2035 mencerminkan keselarasan dasar pendidikan negara secara menyeluruh dan berfasa, bagi memastikan kesinambungan pembangunan modal insan daripada peringkat sekolah hingga ke pendidikan tinggi. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang bermula tahun ini perlu memberi tumpuan kepada kesejahteraan rakyat khususnya dalam bidang pendidikan, perumahan, kesihatan dan pengangkutan awam. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bertitah pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negara di sini hari ini, Sultan Ibrahim menegaskan bahawa sistem pendidikan perlu terus diperkasa sebagai asas pembinaan bangsa, jati diri dan masa hadapan negara. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 20 hari dengan tumpuan utama ialah perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja oleh Ahli-Ahli Parlimen yang dijadual bermula esok hingga 29 Januari diikuti jawapan kementerian berkaitan selama empat hari bermula 4 Februari ini. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dalam pada itu, Yang di-Pertuan Agong turut bertitah mengingatkan bahawa asas pembentukan Malaysia adalah menerusi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang telah menyatukan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sebagai sebuah negara. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Ini termasuk usaha untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal atau 10 tahun, mengasingkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, pengenalan Akta Kebebasan Maklumat, dan institusi ombudsman,” titah Seri Paduka Baginda. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
PUTRAJAYA: Kerajaan akan melancarkan Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035, sebuah rancangan strategik pendidikan nasional yang merangkumi keseluruhan ekosistem pendidikan negara daripada peringkat sekolah hingga pendidikan tinggi. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Menurut kenyataan itu peringkat KPT, Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035 merupakan dokumen hala tuju utama pembangunan pendidikan tinggi negara bagi tempoh 10 tahun akan datang, sebagai kesinambungan dan pengganti kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi). |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“RPTM 2026-2035 dibangunkan melalui proses libat urus berskala besar, melibatkan 181 orang pakar tempatan dan 8,226 pihak berkepentingan, merangkumi para sarjana, tokoh akademik, Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) awam dan swasta, pihak industri serta wakil masyarakat daripada pelbagai latar belakang,” menurut kenyataan bersama itu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
KPT dan KPM memaklumkan RPTM 2026-2035 merupakan dokumen yang bersifat dinamik iaitu fleksibel dan responsif terhadap perubahan landskap global serta kemajuan teknologi. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pada masa yang sama, RPTM 2026-2035 turut memfokuskan kepada keterangkuman akses, dengan usaha memperluas pendidikan tinggi serta pemerkasaan peranan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi dan penyelidikan serantau. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Manakala, Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 yang diterajui KPM pula, akan menjadi rujukan asas pembangunan pendidikan dalam negara, selaras dengan Visi KPM: Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Rancangan itu digerakkan melalui tujuh teras strategik dan 49 prakarsa berimpak tinggi, dengan penekanan kepada peningkatan akses dan kualiti pendidikan, pembangunan potensi murid, transformasi pendidik, pemantapan prasarana dan infostruktur, tindakan bersama pihak berkepentingan serta pengukuhan kecekapan tadbir urus dan sistem penyampaian. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|