|
JDorama@8TV: SLOW DANCE (starts 9 Dec '06, Sat 3:00 PM)-page 148 (next: ENGINE)
[Copy link]
|
|
Wonderful Life Final Episode (20 August 2005)
Mizuki (Kyoko Hasegawa) akhirnya dah luahkan perasaan dia pada Kirishima (Takashi Sorimachi) melalui surat...kehidupan kat Momonoki diteruskan macam biasa...gosip pasal Kirishima dengan mana2 perempuan terus tersebar di akhbar...pakcik Mizuki takut Mizuki akan rasa sedih...
Kaname jumpa Mizuki...Kaname cakap Tsumasaka dan mak dia Mika dah beberapa kali kebetulan terjumpa kat pasaraya...Mizuki rasa pelik sebab Tsumasaka dah balik rumah dia, takkan sengaja datang ke kawasan tu beli barang...jadi Mizuki temankan Kaname balik rumah dan nampak Tsumasaka kat situ...pakcik dan makcik Mizuki soal jawab Tsumasaka kat kedai...Mizuki cakap tak baik Tsumasaka selalu kat rumah Mika sebab Tsumasaka kan dah nak kawin...tapi Tsumasaka cakap tu adalah jodoh yg dipilih oleh orang tua...Mika pulak seorang yg ceria dan Tsumasaka gembira bersama Mika...Mika pun cuba nak beri penjelasan pada Kaname yg memang dah syak...
TV siarkan interview Kirishima...pakcik Mizuki terus tutup TV tapi Mizuki cakap tak apa sebab dah lama dia tak ingatkan Kirishima...tiba2 je Kirishima datang kedai bawak bola besbol untuk Jaguars gunakan dan minta nak makan daging panggang...semua orang rasa pelik...masa makan, Kirishima asyik merungut, katanya pemain2 muda sekarang tak dengar ajaran dia...Kirishima beritahu Tsumasaka yg hal dia bersama pelakon tu gosip je semata2...lepas habis makan dia tinggalkan kedai...lepas tu semua orang kat kawasan tu asyik tertanya2 bila Kirishima akan datang lagi...
masa perbincangan kat rumah Tsumasaka, Tsumasaka pun asyik berfikir kenapa Kirishima balik...lepas tu Tsumasaka nak hantar tunang dia balik rumah...tunang dia tanya Tsumasaka betul ke tak kisah kawin dengan dia...Tsumasaka cakap hal kawin hal yg penting, tapi tunang dia salah faham dan ingat Tsumasaka memang pentingkan dia...
Tsumasaka pergi lepak kat kedai daging panggang lagi...Tsumasaka makin serba salah...tiba2 je Kirishima datang lagi dan minta daging panggang...Kirishima merungut lagi pasal pemain2 yg tak dengar cakap dia...dia cakap kalau semua orang pandai buat pukulan, senang la sikit dia...pakcik Mizuki tanya kenapa Kirishima sengaja datang ke situ dari jauh lepas perlawanan tamat, tapi Kirishima cakap dia nak makan daging panggang...lepas tu Kirishima tanya kenapa Tsumasaka pun boleh ada kat situ...Tsumasaka cakap dia tak tahu apa nak buat sebab dia sukakan Mika...Kirishima suruh Tsumasaka kawin je dengan tunang dia tu sebab kalau Tsumasaka bersama Mika, Tsumasaka kena bermula dari sifar...
masa Tsumasaka mesyuarat kat office, Mika telefon dia...Mika cakap diorang jangan berjumpa lagi sebab Tsumasaka dah nak kawin...Mika harap Tsumasaka akan bahagia...Mizuki pulak pergi ke padang latihan Tokyo Pirates...Mizuki tengok Kirishima tengah melatih pemain...Mizuki nampak Kirishima tak gembira...lepas tu Mizuki tanya sama ada Kirishima ada masalah...Mizuki harap Kirishima jangan memaksa diri buat sesuatu yg tak disukai...Mizuki cakap Kirishima pernah beritahu Jaguars supaya yakin dan percaya pada diri sendiri...jadi Kirishima perlu buat apa yg diri sendiri nak buat...
pengurus Pirates ajak Kirishima minum bersama...pengurus cakap owner nak Kirishima jadi jurulatih utama pasukan sebab pemain2 sangat yakin dengan Kirishima...Kirishima teringatkan kata2 Mizuki supaya dia tak memaksa diri sendiri...masa tu Tsumasaka pun makan kat restoran yg sama dengan family dan tunang dia...Tsumasaka yg dah tak tahan tiba2 cakap dia tak nak kawin sebab dia sukakan orang lain...Tsumasaka tunjukkan gambar Mika dan Kaname kat handphone dia...mak dan ayah dia marah...Tsumasaka minta maaf dengan tunang dia...Tsumasaka cakap dia dah sedia walaupun masa depan akan susah, tapi dia tetap nak bersama Mika dan Kaname...Kirishima dah dengar tu semua...
tunang Tsumasaka tinggalkan kedai, jadi Tsumasaka kejar tunang dia nak minta maaf...tunang dia cakap dia pun nak minta maaf sebab dia pun sebenarnya baru berpisah dengan boyfriend dia...tunang dia harap dia akan bahagia...Kirishima yg dah dengar perbualan tu puji Tsumasaka...Kirishima pun dah dapat keberanian dari tindakan Tsumasaka...Kirishima balik ke kedai daging panggang nak jumpa Mizuki...semua orang kat kawasan tu makan kat situ sebab nak jumpa Kirishima...Kirishima beritahu Mizuki yg memaksa diri memang bukan cara Kirishima Akira...dia akan buat perkara yg dia sendiri nak buat...
masa perbincangan dengan owner, Kirishima tolak offer jadi jurulatih utama...Kirishima nak kembali main besbol...Kirishima tak nak menyerah kalah walaupun doktor cakap susah nak sembuh...Kirishima cakap ada orang beritahu dia supaya buat apa yg dia nak buat...sebagai pemain, selagi berpeluang mesti kena cuba sedaya-upaya...bila pengurus tanya siapa yg cakap macam tu, Kirishima cakap gadis dari kedai panggang yg beritahu dia...
Tsumasaka berjumpa Mika lagi kat pasaraya...Tsumasaka beritahu yg dia dah batalkan perkahwinan dan dah dihalau dari rumah...walaupun dia dah hilang segala2nya, tapi dia bukan lagi boneka ayah dia...Tsumasaka beritahu Kaname yg dia sukakan mak Kaname dan nak jadi ayah Kaname...Kaname cuma senyum dan cakap dia setuju...
Tsumasaka dah kawin dengan Mika selama beberapa bulan...Tsumasaka kerja kat kedai daging panggang...pakcik dan makcik Mizuki tertanya2 keadaan Kirishima...Mizuki suruh diorang jangan bimbang...tiba2 Kirishima balik...Kirishima turun ke padang latihan esoknya...tapi Kirishima tetap tak boleh baling bola...lepas tu Kirishima gigih berlatih dan buat senaman untuk pulihkan bahu dia...bila Kirishima macam nak putus asa, Mizuki cakap cuma 'lelaki yg mencipta keajaiban' saja boleh buat perkara macam ni...akhirnya Kirishima akan hadiri ujian pemilihan Tokyo Pirates...Kirishima cakap surat yg Mizuki tulis adalah tangkalnya semasa dia menjalani pembedahan...Kirishima berjanji pada Mizuki yg dia akan kembali ke padang dan buat homerun...
dalam ujian pemilihan, Kirishima berjaya buat pukulan2 cantik dan menarik perhatian owner Tokyo Pirates...owner suruh talent scout balik dari US, sebab Tokyo Pirates cuma perlukan sorang ni saja sekarang...akhirnya Kirishima dapat bermain dalam perlawanan pertamanya bersama Tokyo Pirates...Mizuki dan pakciknya ada kat stadium beri sokongan, yg lain2 beri sokongan dari kedai...Tsumasaka pulak kembali jadi pengurus Kirishima...pakcik Mizuki risau sama ada Kirishima akan dapat buat homerun atau tak...Mizuki cakap Kirishima mesti dapat buat sebab Kirishima dah berjanji dengan dia...Kirishima akhirnya dapat buat pukulan cantik dan homerun...pasukan Tokyo Pirates menang lagi...
Mizuki cakap homerun yg Kirishima buat tadi memang hebat...Kirishima serahkan bola terakhir tadi pada Mizuki...pakcik Mizuki dah balik, semua orang pun tengah tunggu Kirishima kat kedai...Mizuki cakap Tsumasaka pun dah balik sebab nak cepat jumpa Mika...ayah Tsumasaka pun dah pergi ke kedai...Mizuki rasa Tsumasaka dan ayah dia dah berbaik...lagipun hari ni hari yg istimewa sebab ada perkara besar nak diumumkan...rupa2nya Mika dah pregnant...
THE END |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by yellow belmont at 21-8-2005 01:09 AM
best gak last episode ni .. typical msg mcm jugak dorama2 lain .. kita kena berani buat perkara yg kita suka .. tp ada twist skit .. sbb Kirishima ni kononnya "lelaki keajaiban&quo ...
kahkah...aku nak gelak tahap dewa baca ayat ko nih... |
|
|
|
|
|
|
|
new @ 8TV...
beginning 27 August 2005, Saturday at 6.00 pm...
WATER BOYS 2 (Fuji TV 2004)
Broadcast: July - September 2004
No. of episodes: 12
Theme song: "Niji ~Mou Hitotsu no Natsu~" by Masaharu Fukuyama
Another synopsis:
In the movie, the lead was played by Satoshi Tsumabuki. In the first drama, it was given to Takayuki Yamada. For the third time around, they decided to go with Hayato Ichihara. He plays Eikichi Mizushima, who has just moved to a small town in the country. He used to go to the renowned "Aoba High School" in Tokyo, but his father moved to New York, and Eikichi decided to stay in Japan and live with his grandfather in this small town.
His new high school is "Himeno High School", which up until three years ago was an all-girls school and still has a student population which is over 90% female. The school is run by an uptight student president Kayo Oba (Reina Asami), and to get on her bad side is to make enemies with all the girls in the school. The small number of male students is bullied and forced to eat lunch together in a dank room.
The first student Eikichi meets is Shiori Yazawa (Satomi Ishihara). He doesn't make a very good first impression on her, and she treats him very coolly from then on. She is annoyed by his presence, but obviously because she actually likes him. On the way home from the first day of school, they are surprised when they both arrive at the same house and discover that they live together. It turns out that Shiori's mother is a friend of Eikichi's grandfather and they have no other place to stay due to some problem related to Shiori's father. This creates a lot of friction at home between the two young students, but this is only going to strengthen their relationship of course.
A male student, Yousuke (Akiyoshi Nakao) immediately befriends Eikichi. He is trying to start a boy's swimming club at school, and he heard that Eikichi used to be on the swimming team at his old school. Eikichi adamantly refuses to join for some reason, but Yousuke is determined to start a swimming club, and believes that Eikichi will join eventually. He is assisted by Saotome-sensei, who is from the main cast of the movie (the effeminate one). Apparently he's a teacher at this school now.
Source: www.j-fan.com |
|
|
|
|
|
|
|
banyak plakon muda2 yek.....
aku kenal sorang jerrr yang belakon citer teasing kiss
best ke citer nih.
tapi nape 8tv terus tayang water boys 2, yang 1 takde ke???? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dak_abu at 22-8-2005 02:38 PM
kayla
aku pon mcm arbae gak, ingatkan masa 13/08/05 tu last episod, rupa2 nyerr tipah tertipu bang:cry:
kau pon ape lagi, cite lerr kat kita org what happened last week?:bodek:
laaa ... engko pun miss gak ... cian nye....
synopsis..? whitedove dah tolong buatkan. ada kat page 77.
whitedove ..time kasih utk semua ep synopsis ... walaupun dah tengok tapi still nak baca jugak... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kayla at 22-8-2005 11:57 AM
oooo... org jepun cakap stail cam tu ke... ko pandai cakap jepun ke..?
btw nak tanya ko, macammana nak tau which name is dorang nye surname ... sekejap kat depan, sekejap kat belakang.. confu ...
kira diorg ada tendency ckp mcm tu ar .. eh2 .. ko slalu tgk citer jepun takkan tak prasan ..
aku tak pandai ckp jepun lar .. 2-3 kerat jer aku tau .. T_T
aha .. yg sebenonyer aku pun menghadapi masalah tu dr dulu lagik .. kejap aku tgk org ckp Takuya Kimura .. kang kejap lagi aku tgk org ckp Kimura Takuya .. last2 aku bengong main bedal jer .. ahaks ..
ni kita kena tanya kpd yg pakar ni .. hehe .. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by whitedove at 22-8-2005 04:20 PM
kahkah...aku nak gelak tahap dewa baca ayat ko nih...
huh .. gelak jer keje ko .. |
|
|
|
|
|
|
|
thank bebanyak sebab bagi bagi sinopsis walaupon tak dapat tgk citer...sob sob...sekurang2nya dapat gak selami hati kirishima....
comel2 la bebudah dalam water boy tuh geramnye aku tgk.... |
|
|
|
|
|
|
|
alamak.... terlepas gak aku nak tgk ending citer tu.... tup2 dah masuk citer baru.......... |
|
|
|
|
|
|
|
tak sabar nak tgk water boys 2..........selongkar vcd lama tapi x jumpa vcd ni........kalau x boleh buat screen caps........ tapi takpe whitedove mesti boleh buat .... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by yellow belmont at 23-8-2005 12:25 AM
kira diorg ada tendency ckp mcm tu ar .. eh2 .. ko slalu tgk citer jepun takkan tak prasan ..
aku tak pandai ckp jepun lar .. 2-3 kerat jer aku tau .. T_T
aha .. yg sebenon ...
entahlah .. tak taulah ngape aku tak perasan ...
ko pun tak tau gak..? pening kan .... nama pompuan senang sikit kalau nak compare ngan nama laki2 ... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kayla at 23-8-2005 09:32 PM
entahlah .. tak taulah ngape aku tak perasan ...
ko pun tak tau gak..? pening kan .... nama pompuan senang sikit kalau nak compare ngan nama laki2 ...
tp actually kita patut tulis nama org tu dulu ker? .. atau nama family dia? ..
kalau culture kita .. kita tulis nama kita dulu kan .. baru nama bapak ..
kalau culture omputih lak .. diorg tulis nama family dulu kan? .. baru nama diorg .. rite?
so kalau culture org jepun lak camner? |
|
|
|
|
|
|
|
tak sabar rasanya nak nengok budak2 yg kiut miut dlm citer ni |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by yellow belmont at 24-8-2005 01:03 AM
tp actually kita patut tulis nama org tu dulu ker? .. atau nama family dia? ..
kalau culture kita .. kita tulis nama kita dulu kan .. baru nama bapak ..
kalau culture omputih ...
ff:
kalau omputih ... letak nama dia dulu then surname/family name eg. micheal jackson ; micheal - nama dia, jackson dia nye surname... chinesse yang ada english name pun buat cam ni jugak .. eg sammi cheng, andy lau etc
kalau nama cina n korea - family name dulu .. eg lau tak wah, choi ji woo
tu yang aku tau le ... nama jepun ni aku clueless ... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kayla at 25-8-2005 11:15 AM
ff:
kalau omputih ... letak nama dia dulu then surname/family name eg. micheal jackson ; micheal - nama dia, jackson dia nye surname... chinesse yang ada english name pun buat cam ni jugak ...
OK, meh nak citer pasal nama2 Jepun nih...aku bagi contoh my ichiban la, Takuya Kimura...
Takuya - given name
Kimura - surname/family name
kalau kat Jepun dan orang2 Jepun bercakap sesama sendiri, diorang takkan introduce nama sebagai Takuya Kimura tapi Kimura Takuya...sebab kat Jepun biasa sebut nama family dulu...tapi kalau diorang nak introduce diri pada orang asing/gaijin, diorang akan introduce as Takuya Kimura...benda ni jugak akan jadi dalam English publications kat Jepun, diorang akan sebut Takuya Kimura, bukan Kimura Takuya...
contoh paling baru ni macam nama Akira Kirishima...sebab tu lah korang dengar Kirishima introduce diri sendiri as Kirishima Akira, tapi cuba kalau nak introduce in English or pada orang asing (non-Japanese), diorang akan introduce as Akira Kirishima...
err, ada paham ka? :hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
paham cikgu.................
tapi paper or majalah kite selalu gak konpius....
kekadang diorang tulis takuya kimura kekadang lak diorang tulis kimura takuya
thanks whitedove!!!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|