|
[V46] ~ ALL ABOUT NUR FAZURA ~ FOREVER FAZBULOUS ~ LOTS OF LOVE ~
[Copy link]
|
|
take care, kaka...
|
|
|
|
|
|
|
|
sora13 replied at 19-7-2019 09:26 AM
take care, kaka...
Makin menjadi2 vertigo kaka coy tgk gift shirtless ni sora...haha |
|
|
|
|
|
|
|
syaiton nirrojim manalah yang hack ig trudolly hq tu. kesian betul dengan fazzy ni, tak kacau orang pun masih ada yang dengki. |
|
|
|
|
|
|
|
DandelionW replied at 19-7-2019 12:13 PM
Makin menjadi2 vertigo kaka coy tgk gift shirtless ni sora...haha
Jantung kaka bdebar2 plk.. slamat x heart attack... hahahahahahhaaha... |
|
|
|
|
|
|
|
Incanto replied at 19-7-2019 09:15 AM
Take care coy
Bahaya tu kalau tengah drive
Thanx incanto...
Sdapppp nyeeee lagu bate remix cant forget me... sesape rajin tlg tepek sat.... |
|
|
|
|
|
|
|
Era baru filem puntianak
Jul 07, 2019 | 05:30 AM
HARYANI ISMAIL
Apakah yang diperlukan bagi menghidupkan babak yang meremangkan bulu roma dalam sesebuah filem seram? Apakah mudah membezakan ciri-ciri filem seram Singapura berbanding Thailand, Malaysia, Indonesia, Jepun dan negara Barat? Wartawan HARYANI ISMAIL ([email protected]) melaporkan.
SUDAH lama terbenam di jiwa dua pengarah setempat, M. Raihan Halim dan Glen Goei, impian menghasilkan filem seram yang membuat penonton menggigil dan terpaku di pawagam.
Secara kebetulan, Raihan, 38 tahun, dan Goei, 56 tahun, keluar dari zon selesa mereka dalam bidang seni bagi menghasilkan filem tentang impian dan harapan individu suatu ketika dahulu.
Goei yang bermula sebagai pengarah teater menghasilkan kisah anak muda yang ingin bergelar Raja Disko dalam Forever Fever yang ditayangkan ke peringkat antarabangsa.
Raihan pula meneroka kisah gadis bertudung yang ingin bergusti dalam Banting.
Namun, kini impian dan harapan kedua-duanya bagi menghasilkan filem seram Melayu berjiwa Singapura nampaknya tercapai meskipun memanfaatkan nama-nama besar dan yang meningkat naik di Malaysia.
Filem Ibu, arahan Raihan, dijadualkan menemui penonton sekitar suku ketiga atau keempat tahun ini.
Revenge of The Pontianak, arahan Goei dan lakonan Remy Ishak, Fazura, Shenty Feliziana dan Hisyam Hamid pula akan ditayangkan di pawagam setempat pada 29 Ogos ini.
Ketika ditemui di set penggambaran filem Ibu, Raihan yang telah beberapa kali membolot piala Pesta Perdana menjelaskan:
"Saya sebenarnya menyukai filem seram khususnya dari Jepun seperti The Ring.
"Sampai ke hari ini, boleh berdiri bulu roma saya dek babak-babak penuh emosi dan mendebarkan."
Cabaran yang dihadapi Raihan dalam menghasilkan filem seram yang unik lagi futuristik adalah mengulit emosi dan unsur drama dalam plot filem tersebut.
"Saya selalu bertanya jika kita tarik unsur seram daripada sesebuah filem itu, apakah ia masih mampu berdiri dengan sendirinya kerana jalan cerita yang tersusun?" kongsinya yang juga penulis naskhah filem Ibu.
Memilih lokasi filem yang mempunyai sejarah peristiwa ngeri juga menjadi antara satu faktor yang Raihan titikberatkan.
"Rumah yang menjadi lokasi penggambaran itu dikatakan berhantu.
"Wujud satu tempoh di mana kru filem dan saya sering ternampak lembaga hitam dan kanak-kanak perempuan kecil yang berlegar-legar dalam rumah itu," singkapnya.
Raihan, dalam pada itu, lebih senang memilih pelakon baru seperti peragawati Malaysia, Alicia Amin, yang merupakan peserta Asia's Next Top Model.
Gandingannya adalah pelakon remaja Singapura, Nur Sabrina Nasir.
"Saya suka beri peluang dan ruang kepada pelakon baru agar pendedahan itu akan membuka rezeki buat mereka. Belum cuba, belum tahu," tambahnya.
Tidak banyak yang dapat Raihan kongsi mengenai jalan cerita filem itu.
Cukuplah sekadar menyatakan ia kaya dengan kesan dandanan wajah menyeramkan.
Goei pula dalam jawapan e-melnya, tidak dapat memberikan jawapan jitu tentang wujudkah identiti filem seram Singapura.
Namun, menariknya beliau menjelaskan:
"Tidak seperti francais filem seram Barat seperti Dracula, Frankenstein, The Halloween, Nightmare On Elm Street dan Scream yang menggunakan hantu, puntianak atau pembunuh lelaki, kebanyakan filem seram Asia menampilkan puntianak atau hantu wanita.
"Selebihnya, dalam menghasilkan filem seram yang baik, anda memerlukan jalan cerita yang tersusun rapi serta keberanian menggalas amanah besar ini," jelasnya.
Goei yang awalnya dikenali sebagai pelakon teater yang mengharumkan nama Singapura ke persada antarabangsa menjelaskan beliau memang peminat filem seram sejak kecil.
"Saya akan menonton secara berulang tanpa jemu filem puntianak dari era kegemilangan emas filem Melayu berkali-kali.
"Saya tertarik kepadanya memandangkan saya juga menetap di kampung. Namun, puntianak sering dipaparkan sebagai watak jahat yang ditakuti dan harus dibunuh.
"Saya juga payah mendapat jawapan mengapa puntianak atau hantu berkenaan harus dicerca.
"Apakah kejahatan yang dilakukan bagi mendapatkan reputasi sedemikian? Adakah puntianak ini juga watak yang sering disalah anggap?"kongsinya.
Di atas sebab itulah, Revenge of The Pontianak menceritakan segalanya dari perspektif sang puntianak.
"Saya juga berterima kasih dapat bertemu dan bekerjasama dengan pasukan impian seperti Remy, Fazura, Hisyam dan Shenty.
"Selama 30 tahun menggalas tugas sebagai pengarah, saya sering bekerjasama dengan pelakon teater.
"Justeru itu, terasa kesegarannya berurusan dengan pelakon filem. Lakonan filem juga sejenis seni yang berbeza. Barisan pelakon profesional dan mudah diajak bekerjasama. Tugas saya menjadi mudah dan seronok," ujarnya.
Beliau akur menghasilkan filem seram ini sulit kerana harus peka tentang fokus kamera, pencahayaan, arahan seni, dandanan dan kesan khas.
"Mungkin perkara ini tidak dilihat penonton tetapi butiran terperincinya benar-benar ketara melihat tugas saya sebagai pengarah," katanya.
Apakah wujud pengalaman ngeri sepanjang menjalani penggambaran?
Goei menjelaskan pengarah bersama dan kru filemnya pernah mendengar suara mengilai sang puntianak dari kebun pisang dan rimba yang dijadikan set penggambaran.
"Fazura sendiri berkongsi beliau ternampak puntianak sewaktu menjalani penggambaran di sebuah kampung terpencil.
"Justeru itu, saya selalu berpesan, berdoalah sebelum penggambaran dimulakan," katanya lagi.
Goei kini dalam proses melaksanakan dua lagi filem puntianak sebagai sebahagian daripada trilogi filem yang dirancang.
"Saya menganggapnya sebagai sumbangan kepada usaha mengekalkan dan menyemarakkan warisan cerita dongeng kita agar terus relevan dalam budaya Asia Tenggara," tambahnya. |
|
|
|
|
|
|
|
wow... so cerita revenge of pontianak nii bakal jadik trilogy ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sora13 at 19-7-2019 05:04 PM
kalau ikut turutan filem maria menado yang glen goei suka sangat tu memang ada tiga - Pontianak, Dendam Pontianak dan Sumpah Pontianak. ish, mulalah iols terlebih imaginasi ni membayangkan fazzy berlakon dalam all three, yippee!!
filem Pontianak lakonan Maria Menado tu memang filem seram yg pertama kat Malaysia ni. Dah le nama Pontianak tu Chomel.
Now Chomel vs Mina
|
|
|
|
|
|
|
|
Ayoyoyoyoyyooo...
take care, kaka...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ke manalah Fazzy pergi pagi2 ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
teaser terbaru filem pontianak nie rasa x sabar pulak nak tengok wayang..padahal sendiri penakut ya amat. |
|
|
|
|
|
|
|
Costume cerita ni memang spot on....nak bts weird nya hairdo...Tapi bila everything on the screen...Mak ai
|
|
|
|
|
|
|
|
Kancilkering replied at 21-7-2019 12:54 PM
Costume cerita ni memang spot on....nak bts weird nya hairdo...Tapi bila everything on the screen. ...
Sblm ni nampak gambar Mina pakai baju merah ni merenung mcm tu... rupanya tgk cinta hati dia kahwin. Mungkin mulai saat tu kot dia berdendam. |
|
|
|
|
|
|
|
Tk pernah tgk horror movie kt wayang sebab penakut. Tapi bila tgk teaser ni mcm nk kena berani kan diri.. wish me luck adik2 forum.
Ajak kawan2 semua tk berani. |
|
|
|
|
|
|
|
HoneyR replied at 21-7-2019 02:03 PM
Tk pernah tgk horror movie kt wayang sebab penakut. Tapi bila tgk teaser ni mcm nk kena berani kan d ...
Fazzy punya pasal mesti tengok yachhh...angkut semua kawan2 tu... ..sebab ni Singapore production, harap fazzy dpt menang anugerah peringkat international utk movie ni. Kat Mesia, only a few actresses yg versatile mcm fazzy ni. Yg betul2 ada bakat untuk dipertaruhkan. Yg berani keluar dari 'comfort zone'...bosan dah tengok pelakon wanita yg acah2 control ayu or artis tibaiunta (bak kata tokpit) on screen.... |
|
|
|
|
|
|
|
qwerty02 replied at 21-7-2019 08:02 AM
Ke manalah Fazzy pergi pagi2 ni?
Yea, fazzy is at my most fav country - Japan, the land of the rising sun. |
|
|
|
|
|
|
|
sora13 replied at 21-7-2019 02:57 PM
Yea, fazzy is at my most fav country - Japan, the land of the rising sun.
Wahhh... one of my favs also, the first country I travelled to dgn my friends, 11 years back
Agak2 utk apa ya? |
|
|
|
|
|
|
|
MentariSenja replied at 21-7-2019 02:41 PM
Fazzy punya pasal mesti tengok yachhh...angkut semua kawan2 tu... ..sebab ni Singapore productio ...
Jom kita tgk kt Pavi . |
|
|
|
|
|
|
| |
|