CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AbukRokok

[Tempatan] V27 MH370 mungkin LANDED di tempat lain #80 - Search Team

[Copy link]
Post time 21-4-2014 02:18 PM | Show all posts
Bukan ke dri awal2 lagi penyiasat antarabangsa memang da suspek pesawat ni mungkin mendarat di suatu tempat? Kenapa ye mcm xde org2 yg terlibat dgn SAR amik kisah? Lepas da 48 hari baru terfikir nak review inmarsat data la ape la... Last edited by pinkypinkylady on 21-4-2014 03:06 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2014 02:20 PM | Show all posts
pinkypinkylady posted on 21-4-2014 02:04 PM
Itulah ckp mcm da confident gila ac tu mmg ada kt situ. Last2 skrg nk review blk? Apesal masa awal ...

Dah sebulan lebeh baru nak review balek?
Dulu yakin disitu.lepas satu bukti pun takde.bru nak review ke
Abes segala isyarat yg ye2 muncul dihujung2 bateri blackbox tu ape pulak

Bile pm umum ended, dan2 satelit dpt image katenye debris sane sini
Bile ujung2 signal bateri nak lemah, dan2 kuar signal
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 02:30 PM | Show all posts
scorpionkiki posted on 21-4-2014 02:11 PM
Apa yang you rasa patut Malaysia buat?

Ntah la... I rasa mcm diorg patut luaskan kawasan pencarian ke darat juga kot. Dan mgkn Malaysia kena lebih bertegas mcm negara2 lain. Take example mcm Vietnam. Negara2 luar mmg x bole masuk kawasan perairan diorg termasuk Malaysia walaupun yg disyaki terhempas tu kapal terbang milik Malaysia. Vietnam tetap berkeras x bgi mana2 negara masuk kwsn perairan utk SAR. So rasanya mungkin Malaysia kena bertegas sikit kot. Selain drpd mengira data Inmarsat melalui ping, mgkin diorg bole hire private investigator utk cek tmpt lain... Maknanya mesti ada back-up plan la... Lagi 1 kalau boleh kalau boleh la paksa aje negara2 tu tunjukkan imej radar yg diorg xnk tunjuk tu... Tp susah jgk sbb Malaysia pun sorok isi kargo. So skrg mcm seri 1 sama. Kita sorok isi kargo negara2 kuasa besar mcm US sorok gmbr radar. Ntah la ini je yg mgkn I bole terfikir maybe we can have back-up plan supaya pencarian x drag dri hari ke sehari smpi tatau apa nasib penumpang dgn crew dlm tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 02:36 PM | Show all posts
ida88 posted on 21-4-2014 02:20 PM
Dah sebulan lebeh baru nak review balek?
Dulu yakin disitu.lepas satu bukti pun takde.bru nak  ...

Yg ni i da x larat nk ulas berkali2 dah. Mmg mcm fishy kt sini sbb sblm PM Najib umum ended apehal 1 debris pun xde? Lepas tu lepas umum ended terus tiba2 bnyk debris. Hujung2 blackbox da nak habis hayat terus tiba2 ada signal. Berhari2 pencarian apesal xde signal? Lepas tu kalau btl kargo tu berisi bnyk sgt manggis apesal xde manggis yg terapung kalau terhempas? Sayap kapal terbang, kerusi kusyen semua mana? Ini bnd2 yg terapung. I x la nak kata diorg sorok info tp ntah la mcm x kena somewhere... Da kalau nmpk ketidaklogikan kenapa xnk review awal2? Knp bru skrg? Tatau la kalau i je fikir x logik org2 yg terlibat dgn SAR fikir bnd ni semua logik sbb tu x terfikir nk review sblm ni...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 02:38 PM | Show all posts
pinkypinkylady posted on 21-4-2014 06:04 AM
Itulah ckp mcm da confident gila ac tu mmg ada kt situ. Last2 skrg nk review blk? Apesal masa awal ...

ntah la x faham betol management kes ni
ye lah unprecedented kan

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 02:40 PM | Show all posts
scorpionkiki posted on 21-4-2014 06:11 AM
Apa yang you rasa patut Malaysia buat?

akui je lah inmarsat tu silap
hehe

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2014 02:45 PM | Show all posts
Taufan Jack hampiri zon carian MH370 - JACC

PERTH: Keadaan cuaca terutama di utara kawasan pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang di Lautan Hindi merosot pada Isnin ekoran Taufan Tropika Jack terus menghala ke selatan.

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) yang memantau operasi pencarian berkata ramalan cuaca menunjukkan hujan dan sekali sekala ribut petir sedang bergerak ke utara beserta angin timur tenggara.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 02:48 PM | Show all posts
Fear that search for MH370 at wrong place
[url=][/url][url=][/url][url=][/url]

220 3[url=]
5
[/url]

There is renewed concern that the missing plane MH370 could have fallen elsewhere other than the Southern Indian Ocean.

The search there is entering in its 45th day today.

The New Straits Times in a front page exclusive report quoting members of the International Investigation Team (IIT) based in Kuala Lumpur claimed they are thinking of starting right from the beginning to solve this unprecedented chapter in aviation history.

That the Boeing 777-200ER may have landed elsewhere than the Southern Indian Ocean as announced by Prime Minister Najib Abdul Razak in a press conference last month, is under consideration.

“We may have to look into this if no positive results come back in the next few days - but at the same time the search mission in the Indian Ocean will go on.

"The thought of it landing somewhere else is possible as we have not found a single piece of debris that could be linked to MH370.

“However, the possibility of a specific country hiding the plane when more than 20 nations are searching for it, seems absurd,” NST quoted an official.

Chinese and Australian vessels have detected black box pings earlier this month, but so far nothing has been forthcoming.

Increasing assets

The IIT is also looking into increasing more assets to be deployed to the existing search area in the Indian Ocean, as well as widening the search area as it fears the search team is “looking for the plane in the wrong place”.

“We can't focus on one place too long as the ocean is very big although the search team has been following the leads received and analysed. It is by luck if we find the wreckage using the Bluefin 21...there is no physical evidence and we are totally depending on scientific calculations from day one including from the pings.”

Besides this, IIT is hoping more data to be supplied including from the relevant satellites and also from the Australian Joint Defence Facility, Pine Gap, in Alice Spring in the Northern Territory which have to date, has not supplied any information.

The giant radar facility in Pine Gap is managed jointly by the United States and Australia.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2014 02:49 PM | Show all posts
Kerajaan belum nilai kos keseluruhan operasi cari MH370

KUALA LUMPUR: Kerajaan belum menilai kos keseluruhan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi, berkata berdasarkan standard Annex 12 SAR, Chicago Convention 1994, setiap negara perlu menyediakan perkhidmatan SAR bagi kawasan, dalam kawasan SAR, di bawah ketetapan Konvensyen Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Ini bermakna, semua kos operasi SAR ditanggung kesemua negara terlibat sepanjang operasi SAR dijalankan, katanya ketika menjawab pertanyaan Senator Rohani Abdullah yang ingin tahu kos ditanggung kerajaan bagi operasi itu.

Ab Aziz turut mengulangi komitmen bahawa kerajaan tetap komited dan akan meneruskan usaha SAR, malah tidak akan berputus asa sehingga pesawat itu ditemui, walaupun operasi pencarian memasuki hari ke-45 hari ini.

Beliau berkata sejak dimulakan, operasi SAR melibatkan penggunaan 89 pesawat udara, 80 kapal laut, beberapa satelit, sebuah kapal selam dan sebuah kenderaan dalam air autonomi (AUV) Bluefin-21.

"Operasi disertai 26 buah negara bermula di Laut China Selatan dan Selat Melaka seterusnya ke Laut Andaman termasuk dua buah koridor iaitu koridor utara (merentasi 11 negara) dan koridor selatan (merentasi dua negara)," kata Ab Aziz.
Pencarian kini tertumpu di selatan Lautan Hindi iaitu di Barat Daya Perth, Australia.
Penerbangan MH370 yang menggunakan pesawat Boeing 777-200, membawa 227 penumpang termasuk dua bayi, dan 12 anak kapal, menjadi tumpuan dunia apabila hilang pada 8 Mac ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.

Dalam perkembangan sama, Ab Aziz berkata aspek keselamatan lapangan terbang akan terus dipertingkatkan dengan pelbagai peralatan canggih dirancang untuk ditempatkan di kawasan pintu masuk negara di masa hadapan.

Kesemua peraturan berhubung isu keselamatan di lapangan terbang di negara ini sentiasa mengikut piawaian antarabangsa yang ditetapkan Annex 17, ICAO, katanya. - BERNAMA

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 03:02 PM | Show all posts
lorelai posted on 21-4-2014 02:38 PM
ntah la x faham betol management kes ni
ye lah unprecedented kan

Tulah... Actually dri kes ni kita boleh nampak mcm mana sikap pemimpin kita. I akui pemimpin kita juga bertungkus lumus mencari MH370 ni smpi ada x balik rumah and x tido mlm semua. Tapi dlm kes2 unpredictable mcm ni sometimes we need an aggresive leader to help the SAR team utk berfikir lebih jauh. Tp yg sedihnya xde org mcm ni dlm menteri kabinet Malaysia. Bila jadi kes mcm ni nk tunggu terantuk nk tunggu da buntu baru fikir nk buat apa next. Mcm skrg ni la bila da x jmp ape2 baru nak review blk inmarsat data? Utk bnd2 yg melibatkan beratus2 nyawa mcm ni mgkn diorg kena fikir lbh panjang kot bkn hanya percaya pd 1 data. Agaknya sbb kita da terlalu lama hidup dgn tongkat so apa yg org hulur apa yg org suap itu yg kita percaya. Susah nk tgk org kita persoalkan blk apa2 yg diberi pun. Bersyukur dan menghargai tu elok. Tapi dalm kes ac hilang ni rasanya diorg x boleh la bergantung pd 1 benda je kot iaitu data inmarsat. Mcm mana kalau data inmarsat tu salah kan da susah? Itu lah i ckp diorg ptt ada backup plan kot bkn hanya mengangguk dgn apa yg disuap. Hal ni melibatkan bnyk negara kalau Malaysia aje mgkn sng. Kaum Cina pula aggresif mmg mengadap je lah kan...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 03:02 PM | Show all posts
pinkypinkylady posted on 21-4-2014 02:30 PM
Ntah la... I rasa mcm diorg patut luaskan kawasan pencarian ke darat juga kot. Dan mgkn Malaysia k ...

I dok imagine mcm mana lah kita nak paksa orang lain bg data tu semua... skrg ni diaorang bantu sbb nak tolong saja kan... bukan require or mandatory pun negara lain kena bantu kita. Imagine apa akan jd kalau kita tak bg depa masuk selat melaka kita cari mh tu dulu...tentu havoc kata  kita sembunyi info... silap silap boleh kata tudm tembak kapal mh tu...sbb tu tak bagi orang luar cari di perairan kita... ini pakat kita londeh semua pun orang kata kita sembunyi something. I tak syak gov malaysia sembunyi something crucial...tp I syak negara lain yg buat dan sembunyi tangan...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 03:04 PM | Show all posts
ultra78 posted on 21-4-2014 01:35 PM
Mendarat di kawasan tertentu? Di mana? Tolonglah jangan cakap diego garcia sebab hari tu mati-mati b ...

Mcm mana kalau btl2 ada kt Diego Garcia? Diorg nk ckp apa dgn semua waris penumpang terutama cina PRC?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 03:13 PM | Show all posts
scorpionkiki posted on 21-4-2014 03:02 PM
I dok imagine mcm mana lah kita nak paksa orang lain bg data tu semua... skrg ni diaorang bantu sb ...

X kisah sape yg buat dan sembunyi tgn tp I tetap mengharapkan ada pemimpin yg aggresif utk fikir jauh fikir lbh pjg. Maksudnya jgn hanya terus percaya bulat2 dgn apa yg disuap. Kita org luar mmg bole ckp jd keyboard warrior je. Tp amik example mcm u ckp ni u rasa negara lain yg buat dan sembunyi tgn. So xde ke mana2 org2 besar pak2 menteri yg ada terfikir kot kita kena tipu ke? Boleh je kalau negara2 yg tolong tu nk tipu kita kan? Apa jaminan info diorg bgi tu telus?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 03:14 PM | Show all posts
pinkypinkylady posted on 21-4-2014 03:04 PM
Mcm mana kalau btl2 ada kt Diego Garcia? Diorg nk ckp apa dgn semua waris penumpang terutama cina  ...

Macam nak perang saja... kenapa tah I yakin sangat kapal tu tak ada kat lautan hindi...mcm disembunyikan sangat sangat
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 03:17 PM | Show all posts
scorpionkiki posted on 21-4-2014 03:14 PM
Macam nak perang saja... kenapa tah I yakin sangat kapal tu tak ada kat lautan hindi...mcm disembu ...

Yup I pun rasa mcm tu. Ntah kenapa I rasa ac ni ada kt darat tp tatau kat mana... Nk perang atau x perang tu tatau la... Wallahualam. minta dijauhkan dri bnd2 buruk. Tp I tetap yakin disembunyikan and ada pihak2 yg x bg kita jmp ac ni sbb tu main pusing2 cerita smpi hampir terbelit.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 03:21 PM | Show all posts
pinkypinkylady posted on 21-4-2014 03:13 PM
X kisah sape yg buat dan sembunyi tgn tp I tetap mengharapkan ada pemimpin yg aggresif utk fikir j ...

Hem... nak aggresive waktu ni rasanya tak sesuai unless dibuat dlm diam...let us say kisah komando ke korridor utara tu mmg benar... tp still kalau nak mintak tolong negara luar I  tak rasa kita patut nak tunjuk hero tuduh orang sana sini buat kerja ni...nak tuduh tuduh ni mmg kita rakyat marhain saja boleh buat.Kalau kerajaan tuduh terang terang, entah entah segala bantuan SAR kena tarik balik.  Matthias Chang pun mcm dah tuduh US hari tu... dan I yakin apa yg dia kata tu reflect dari apa Tun M rasa sbb dia tu political secretary Tun M dulu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2014 03:30 PM | Show all posts
Kes MH370: Penyiasat lihat kemungkinan baru



Pasukan penyiasat antarabangsa dilaporkan sedang melihat semula kemungkinan bahawa penerbangan Malaysia Airlines pesawat MH370 mungkin mendarat di satu lokasi tertentu dan tidak berakhir di Lautan Hindi.

Laporan New Straits Times yang memetik satu sumber tidak dinamakan menyebut, ia merupakan antara kemungkinan baru yang sedang diteliti.

Ia memandangkan pencarian yang dijalankan sehingga hari ini masih belum menemui sebarang serpihan pesawat, lapor akhbar itu.

Sumber-sumber yang tidak dinyatakan itu juga menyebut, pesawat tersebut juga mungkin terhempas di satu lokasi terpencil.

Bagaimanapun, pencarian di selatan Lautan Hindi yang masuk hari ke-45 hari ini masih perlu diteruskan, kata sumber tersebut dalam laporan NST.

Selain itu, pasukan penyiasat juga sedang mempertimbangkan untuk menggunakan lebih banyak aset dalam pencarian, dan meliputi kawasan lebih luas di Lautan Hindi.

Menurut laporan berkanan, pencarian tersebut mungkin dijalankan di kawasan yang salah.

“Kita mungkin terpaksa berkumpul semula untuk melihat kemungkinan ini jika tiada hasil positif dalam tempoh beberapa hari lagi... tapi pada masa sama, pencarian di Lautan Hindi mesti diteruskan.

“Sangkaan bahawa ia mendarat di satu tempat itu tidak mustahil kerana kami masih belum menemui sebarang serpihan yang mungkin berkaitan dengan MH370.

“Bagaimanapun, kemungkinan bahawa terdapat negara tertentu menyembunyikan pesawat tersebut ketika lebih 20 negara mencarinya nampak tidak masuk akal,” kata sumber tersebut seperti dipetik NST.

Sumber berkenaan turut menimbulkan kesangsian terhadap pengiraan saintifik ke atas data komunikasi satelit – yang memberi kesimpulan bahawa penerbangan tersebut berakhir di Lautan Hindi.

“Satelit komunikasi hanya dimaksudkan untuk komunikasi... namanya itu sendiri menjelaskannya.

"Penyiasat terpaksa mengguna algoritma untuk mengira lokasi terakhir MH370 yang diketahui kerana tiada sistem GPS selepas transponder pesawat dimatikan 45 minit dalam penerbangan,” kenyataan sumber itu dipetik.



Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 03:57 PM | Show all posts
scorpionkiki posted on 21-4-2014 07:14 AM
Macam nak perang saja... kenapa tah I yakin sangat kapal tu tak ada kat lautan hindi...mcm disembu ...

u mesti speku dia kat laut andaman kaaaaannn

bak kata acik baru balek umrah

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 04:37 PM | Show all posts
Nape?Tak caye? posted on 21-4-2014 02:04 PM
abis ler. mendarat dissesuatu tempat. jika ya sapa yang iyer iyer kata sembah berhala tu , pergi res ...

berapa bas nak kena book nih? kahkah

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2014 05:24 PM | Show all posts
lorelai posted on 21-4-2014 03:57 PM
u mesti speku dia kat laut andaman kaaaaannn

bak kata acik baru balek umrah

Entahlah.. tak tau da kat mana....tp after a long period of time mmg rasa muskil bila tak dak debris langsung.... mcm hilang camtu saja. Nak kata pilot suicide pun dah hilang langsung  angin angin tu


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 02:14 AM GMT+8 , Processed in 0.083402 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list