|
6.00 PM
Matanya membundar sebaik sahaja pintu rumah terbuka. Sesusuk tubuh Eddie masih berlingkar di atas sofa. Berdasarkan baju yang dipakainya sama seperti yang dilihatnya pagi tadi, pasti Eddie masih belum mandi.
“Wehh... Eddie!” Berkali-kali tubuh teman serumahnya itu digegarnya.
Dengan mata yang terpisat-pisat, Eddie bingkas dari lenanya yang panjang. Di sisinya Fahmi duduk memerhati.
“Kau... dari mana?” Dalam mamai dia bertanya.
“Aku baru balik dari ofis lah... Yang kau ni... dari pagi tadi kau macam ni? Kau tidur tak bangun-bangun dari pagi tadi?” Fahmi musykil.
“Aku tidur?” Sekali lagi dia terpisat-pisat. Dikerlingnya sekeliling.
“Astaghfirullahala'zim!” Lancar saja istighfar terlantun. Kemudian dia termenung.
“Kau ni kenapa?” Dia perasan dari pagi tadi Eddie tampak pelik. Seperti ada sesuatu yang tak kena. Selalunya bila beberapa hari tak bersua muka, Eddielah orang yang paling gembira.
“Aku masuk dalam dulu, bro.” Eddie bingkas dari sofa lalu meninggalkan Fahmi sendirian di ruang tamu.
Tak berkalih bebola matanya memerhatikan Eddie sehingga susuk tubuhnya tidak kelihatan lagi sebaik sahaja pintu bilik terkatup.
Fuhhh... Udara dihembus keluar dari celahan dua bibirnya. Sungguh dia hairan dengan sikap Eddie.
**********
done!
|
|
|
|
|
|
|
|
esh..eddie..toksah la majuk2 camtu...harap fahmi pujuk ke apa..?
geli tau...
move on la...move on....
jgn kau move tangkap cintan ngan jiha sudah...
nnt rahul babap...
|
|
|
|
|
|
|
|
lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
|
|
|
|
|
|
|
|
marcell posted on 22-4-2013 02:47 PM
lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
ein Kapitel pro Tag
ok, preview sajorkk..
---
BAB 53
Kampung Bharu.
Setelah seminggu bekerja shif malam, kali ini barulah aku merasa pulang awal ke rumah. Melihat kereta Lili yang diparkir depan rumah, hati aku seronok sekali. Sudah seminggu kami tak bertemu gara-gara aku kerja malam.
Dengan Kak Syirah lagi lah... Sejak terserempak dengan Kak Syirah semasa Rahul menghantar aku balik, Kak Syirah seperti sengaja mengelak dari aku. Aku tahu dia sengaja keluar awal ke pejabat supaya tak bertembung dengan aku dan Rahul. Pada hal sekali itu saja Rahul menghantar aku balik. Selepas itu aku tak benarkan lagi.
Aku tak mahu kerap sangat keluar berduaan dengan Rahul. Kalau boleh langsung tak mahu, tapi iman aku senipis kulit bawang. Sesekali dia datang juga ke pejabat aku dan aku akur untuk keluar minum di restoran berhampiran.
Sunyi sepi suasana rumah sewa aku rasakan. Kelibat Lili langsung tak kelihatan. Pasti dia berada di dalam biliknya. Selalunya Lili akan tercongok depan televisyen, menonton slot akasia di TV3.
**********
Usai membersihkan diri dan menunaikan kewajipan kepada Tuhan, aku keluar dari bilik. Aku mahu menemui Lili. Berborak-borak macam dulu.
TOK.. TOK... TOK..
Pintu bilik Lili aku ketuk. Senyap.
TOK.. TOK... TOK..
Aku ketuk lagi. Masih lagi senyap. Perlahan-lahan aku pulas tombol pintu. “Lili, boleh aku masuk?”
Daun pintu aku tolak. Lili sudah biasa menerjah ke bilik aku, jadi tak kan lah dia marah kalau aku melakukan perkara yang sama. Lagi pun aku sudah meminta izin terlebih dahulu. Sebaik sahaja daun pintu terkuak, mata hitamku membundar.
“Lili? Kau kenapa?” Aku lekas-lekas mampir. Bahunya yang terhinggut-hinggut kusentuh perlahan.
Last edited by ladyFinger12 on 22-4-2013 04:05 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
UsuFie posted on 22-4-2013 12:01 PM
esh..eddie..toksah la majuk2 camtu...harap fahmi pujuk ke apa..?
geli tau...
meme nak move on la ni usu...
sbb tu lah berjurai2 ayaq mata ayaq hidung. Tapi tak mo Fahmi lap....
Nak Jiha... Buleh?
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 22-4-2013 04:03 PM
meme nak move on la ni usu...
sbb tu lah berjurai2 ayaq mata ayaq hidung. Tapi tak mo Fahmi lap.. ...
Eddie kena lap sendiri, jiha utk rahul je
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 22-4-2013 04:03 PM
meme nak move on la ni usu...
sbb tu lah berjurai2 ayaq mata ayaq hidung. Tapi tak mo Fahmi lap.. ...
hebat jiha.. 3 hero sekali berebut hang...m
|
|
|
|
|
|
|
|
alah....suspennya |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_conan posted on 22-4-2013 05:15 PM
hebat jiha.. 3 hero sekali berebut hang...m
mana aderrr... 2 jekk!
----
“Jiha!” Lili berkalih. Batang leher aku dipautnya kejap. Lili melepaskan pula esakan tangisnya dalam pelukan aku. Aku biarkan Lili melepaskan apa yang terbuku. Bila dia kembali tenang nanti barulah akan aku tanyakan apa yang telah berlaku.
“Jiha... Eddie...” Lili menyeka air mata. Wajahnya yang sembab aku tatap redup.
“Dia tak pernah cintakan aku.” Lemah nada suara Lili memberitahu aku.
Kutelan payah liur yang tersumbat di kerongkong. Aku tahu... sebab dia tak pernah ada perasaan terhadap hawa. Ayat itu kututurkan hanya buat diriku. Tak sampai hati untuk aku memperdengarkannya kepada Lili. Wajahnya kutatap lagi. Penuh simpati.
“Kau cakap ni berdasarkan pertemuan aku dengan Eddie dulu, ke?” Aku cuba mencungkil cerita sebenar.
“Dulu tu, aku marahkan engkau sebab Eddie sendiri mengaku yang dia cintakan kau.” Berkejip kelopak mataku beberapa kali. Namun aku cuba bertenang dengan membiarkan Lili meneruskan ceritanya.
“Selepas Rahul jumpa aku, aku cuba menanamkan kepercayaan dalam diri aku bahawa Eddie sengaja tipu aku sebab dia sakit hati dengan tuduhan melulu aku terhadap kau orang berdua. Bila aku dapat tahu kau bertunang dengan Rahul, aku semakin percaya dan aku rasa lega.” Lili tatap pula wajah aku. Matanya begitu sembab menunjukkan dia terlalu banyak menangis.
“Maksud kau?” Aku menyoal apabila Lili menggumam. Deraian air matanya dibiarkan saja menuruni pipi. Langsung tak disekanya.
“Tapi tadi dia cakap kat aku dia tak cintakan aku. Malah dia tak pernah cintakan aku. Dia kata ada orang lain dalam hatinya. Dia minta putus dengan aku. Bukan itu saja, dia langsung tak mahu aku menghubunginya lagi.”
“Jiha, Rahul kata, Eddie pesakit kau. Kau cakap dengan aku Jiha, Eddie ada masalah apa? Disebabkan masalah dia tu ke dia minta putus dengan aku?”
Sungguh aku serba-salah. Lili teman serumah tapi Eddie pesakit. Aku rasa seperti ditelan mati emak, diluah mati bapa.
“Err... maaf Lili. Soal tu, aku tak dapat tolong kau. Adalah menjadi prosedur dan etika kerja kaunselor untuk tidak mendedahkan masalah klien kami kepada orang lain tanpa izin klien.”
|
|
|
|
|
|
|
|
yaya4075 posted on 22-4-2013 05:25 PM
alah....suspennya
err... tak de mende lah! Bukan Lili nak bunuh diri pun...
----
Raut wajah Lili jelas menggambarkan kekecewaannya. Aku tak boleh berbuat apa-apa melainkan Lili tanyakan sendiri kepada Eddie. Dan aku pasti Eddie pun tak akan sudi memberitahu Lili. Ini melibatkan maruah dirinya.
“Lili, kau benar-benar cintakan Eddie?”
Angguk.
“Kau sedia terima segala apa-apa kekurangan dirinya?”
Lili tenung aku dalam-dalam. “Mesti ada perkaitan dengan masalah yang dihadapinya sekarang ni, kan? Kau ceritalah, Jiha.”
Aku menggeleng pantas. “Tak boleh, Lili. Tapi kalau kau benar-benar cintakan dia, kau kenalah bersabar dengan segala kerenah dia.” Lili kembali menunduk. Menggumam dan bermenung.
“Kau percaya jodoh ditentukan Allah?”
Angguk lagi. “Tapi...”
“Kau minta petunjuk dari-Nya. Kalau kau cinta separuh nyawa sekali pun, kalau buku takdir kau tiada tertulis nama Abdul Hadi, kau tak boleh buat apa-apa pun.”
“Tapi aku cintakan dia, Jiha.”
“Aku tahu... Kau doa banyak-banyak, ok. Kalau dia jodoh kau, Allah akan dekatkan kau kepadanya. Kalau bukan, kau kena reda dengan takdir-Nya. Insya-Allah kau akan mendapat jodoh yang lebih baik. Macam aku, tak sia-sia aku korbankan perasaan aku terhadap Fahmi demi Dona. Rupa-rupanya Allah nak bagi Rahul kepada aku.”
Lili angkat muka yang ditundukkan dari tadi. “Tapi aku tak sekuat kau.”
“Boleh! Insya-Allah... Yakin boleh! Anggap saja apa yang berlaku ini sebagai alarm dari Allah kepada kita supaya kita lebih mendekati-Nya. Barulah Dia berikan apa yang terbaik untuk kita.” Tubuh Lili kutarik mendekati ke tubuhku. Pantas tanganku merangkul bahunya. Dengan perlahan Lili merebahkan kepalanya pada bahuku. Kubiarkan dia menangis lagi semahunya.
Teringat pula aku akan kata-kata Rahul... I wish I could comfort you in my arms. Sekarang, biarlah aku tenangkan Lili dalam dakapanku. Dakapan dari seorang teman, apa salahnya. Bukannya haram.
**********
Last edited by ladyFinger12 on 23-4-2013 10:35 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku sungguh risaukan Lili. Luarannya nampak seperti gadis happy go lucky tapi aku sungguh tak sangka hatinya begitu sensitif terhadap cinta. Aku sedar betapa Lili tergila-gilakan Eddie dari dulu lagi. Kata Lili dia akan lakukan apa saja demi mendapatkan Eddie. Malah katanya lagi dia tak kisah menjadi timba yang mencari perigi.
Bila mengetahui Eddie telah menyatakan bahawa dalam hatinya telah ada seseorang, aku mula tidak sedap hati. Aku bimbang sekiranya hubungan terlarang lagi songsang antara Eddie dan Fahmi kembali terjalin. Aku bukan sahaja risaukan Lili, bahkan aku simpatikan Dona.
"Awak... saya takut kalau Fahmi tak benar-benar ikhlas menerima Dona." Kuluahkan kebimbangan aku kepada Rahul di kala kami keluar minum bersama.
"What's wrong honey? Kenapa cakap macam ni?"
"Tak tahulah... Eddie nak putus dengan Lili sebab dalam hatinya sudah ada seseorang. Awak rasa dia maksudkan Fahmi ke?"
"Bukan ke selama ini memang dia sukakan Fahmi?"
"Itu saya tahu... Maksud saya, Fahmi.. adakah dia pun layan perasaan Eddie?"
"Awak meragui Fahmi?"
Aku telan liur. Susah juga hendak aku simpulkan melainkan aku bersemuka dengan Fahmi. Tapi, aku tak sanggup. Pasti Fahmi akan malu besar berdepan dengan aku. Buat masa ini, aku berlagak seolah-olah tidak mengetahui rahsia Fahmi.
"Honey, don't worry so much. Kita beri Fahmi peluang. Lagi pun Dona terlalu cintakan Fahmi."
"Awak... kalau saya tanyakan kepada Fahmi, agak-agaknya Fahmi akan berterus-terang tak?" Aku pinta pandangan Rahul pula. Sejak kebelakangan ini, dia sering menjadi pakar rujuk aku.
"Biar saya yang berdepan denganya. Ini tanggungjawab saya. We'll have man to man talks. "
"Oh, betul juga tu. Dia kan bakal adik ipar awak?" Aku akur dengan pandangan Rahul.
"Honey..."
"Hmm.."
"Awak masih berhubung dengan Eddie?"
"Ya, kenapa?" Last edited by ladyFinger12 on 23-4-2013 10:55 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
apasal tergantung je lady.. |
|
|
|
|
|
|
|
syanamir posted on 23-4-2013 11:43 AM
apasal tergantung je lady..
lady nak sambung petang nanti lah tu kot ! huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Deeyyy...Rahul! Dengan Mat gayah pun rasa tercabar ke...kata macho....
|
|
|
|
|
|
|
|
adoila lady...mana sambungan...
dah tea break ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
Huhu...entah2 rahul macm perasan yg eddie macm nak jd lelaki sejati jek...dah macm tau2 eddie dah mula nak suka kaum hawa tp yg x best jiha...tunangannya...miahahahahaha.... |
|
|
|
|
|
|
|
sellie003 posted on 23-4-2013 03:22 PM
Huhu...entah2 rahul macm perasan yg eddie macm nak jd lelaki sejati jek...dah macm tau2 eddie dah mu ...
Rahul rasa tergugat tu, plus takut sejarah lama berulang walau situasi berbeda
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|