CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: liya71a

Hidupku MilikMu

  [Copy link]
Post time 5-12-2010 01:10 PM | Show all posts
kita pun makin berdebar gak menunggu n3 ni....
come on liya.... next...next...next...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2010 05:42 PM | Show all posts
lagi...lagi...lagiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2010 09:56 PM | Show all posts
checking2
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2010 12:28 AM | Show all posts
memori perkahwinan fareez dan intan
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2010 11:03 AM | Show all posts
memori indah... sentiasa ada ...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2010 02:17 PM | Show all posts
intan dah fareez dah pun selamat jd suami isteri.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2010 04:11 PM | Show all posts
tak ada next ker???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2010 07:53 PM | Show all posts
alamak... nak lagi ke?...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-12-2010 08:03 PM | Show all posts
Selesai solat sunat nikah, acara menyarungkan cincin ke jari jemari Intan yang merah menyala dek inai malam tadi. Mak Andam pula sibuk mengemas-ngemas tudung Intan. Jurufoto yang ditempah Mak Long Timah sibuk menghalakan lensa kamera nya dari pelbagai sudut. Intan masih duduk diam diatas bantal empuk di ruang tamu yang dipenuhi hadirin dan keluarga Fareez. Tidak ketinggalan si kecil Aleeya, yang sibuk mengusik bunga pohor di atas pentas pelamin. Bibik Sunarti kelihata mengacah-acah Aleeya supaya duduk diam. Datin dan Dato' Shukor duduk bersimpuh di belakang bantal pengantin lelaki. Seketika kemudian Fareez muncul di ruang tamu. Masing-masing memandang kearah jejaka tampan raja sehari yang bercahaya-cahaya wajahnya bersampin songket emas dan berbaju melayu putih berseri-seri.

'Inilah yang ditunggu-tunggu...' bisik mak andam ditelinga Intan.
Intan hanya mampu tersenyum. Sebentar tadi mak andam menyolek ringkas membetulkan make-up yang tercacat dek air mata keharuan Intan.

'Fareez, duduk sini, acara menyarung cincin..' Mak Andam mengarah Fareez yang tersenyum-senyum kepada hadirin yang senyum padanya.

Menggeletar jari jemari Intan saat disarung cincin emas bertatah permata yang berkemilauan. Masing-masing Intan dan Fareez cuba sedaya upaya mengikut lensa yang mengarah supaya senyum dan terus tersenyum. Hilang debaran di dada Intan akibat terlalu diarahkan supaya fokus ke lensa kamera. Tetapi saat paling manis yang tidak dapat dilupakan, saat Aleeya dipangku Intan dan mereka bertiga bergambar bersama juga diapit kedua-dua Datin dan Dato' Shukor.

********************
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 08:20 AM | Show all posts
selamat pagi semua.... ni dah ending ker?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 11:59 AM | Show all posts
selamat pagi semua.... ni dah ending ker?
fazss Post at 9-12-2010 08:20



    belum lagi kot.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 12:02 PM | Show all posts
belum lagi kot.....
mawarbaiduri Post at 9-12-2010 11:59



    harap2 gitu la...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2010 10:56 AM | Show all posts
salam semua.. tuan rumah sibuk?
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2010 12:48 PM | Show all posts
liya...lama menyepi.......
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2010 09:23 AM | Show all posts
tak ada lagi.. sedih yer.. bosan ni..:re:
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2010 10:20 AM | Show all posts
liyaaaaaaaaaaaaaa di manakah kau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-12-2010 10:25 AM | Show all posts
ada disini, tengah mengarang kesinambungan, yg sepatutnya intan kat jb dah ikut hb dia g outstation
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2010 12:44 PM | Show all posts
Post Last Edit by liya71a at 15-12-2010 12:50

Naza Taliyya JB
Aku tersentak dari lamunan bila pintu bilik hotel Naza Taliyya diketuk. Sejak dari pagi selepas bersarapan aku merenung jauh ke luar jendela. Memerhatikan pergerakan kereta yang mengensut-ensut perlahan menuju ke pintu keluar masuk Imigresen. Tentu masing-masing bekerja di Singapura. Aku bingkas bangun dari kerusi empuk hijau tua, lantas mencapai remote televisyen dan mematikannya. Entah cerita apa yang ditayangkan di HBO aku sendiri tidak pasti.


Aku mengintai lubang dibelakang pintu, Fareez sedang menunggu diluar. Bergegas aku memulas tombol, Fareez meluru masuk ke dalam tanpa sebarang salam, terus masuk ke bilik air.


'Kenapa bang?'


'Sakit perut.. tak tahan..' sahut Fareez dari dalam.


Petang semalam kami tiba di Bandar Baru Uda tepat jam 3. Fareez terus memandu ke pejabat cawangannya yang terletak di Plaza Angsana. Aku membawa diri ber'window shopping' bersendirian. Dalam hati seronok juga kalau bawa Aleeya bersama, tapi Datin pula tak benarkan Aleeya dibawa jauh-jauh, katanya dia bimbang aku tidak dapat memberi sepenuh perhatian pada Aleeya, dengan keadaan aku yang sedang berbadan dua.


'Mmm ni mesti makan pedas malam tadi, Intan ada bawa pil chi kit, kejap ye..' aku mengambil beg tangan, mencurah segala isi di dalam, dan bertaburlah segala isi perut beg, lipstik, bedak kompak, nota kecil, pen, beberapa resit, minyak wangi, tisu dan beberapa keping duit syiling berserakan diatas katil.


Kedengaran Fareez keluar dari bilik air sambil mengeluh.


'Aduh....' Fareez menuju ke katil dan terus berbaring.


'Ni, makan terus..' aku mengunjukkan pil chi kit tadi dan segelas air suam. Mujur juga aku telah panaskan air sebelum turun bersarapan tadi. Dia bangun perlahan, menuangkan segala biji-biji pil kedalam mulut dan terus menelan air suam tadi.


Aku mengambil balm panas yang bertabur di atas katil tadi. Menyapu di perut Fareez sambil berselawat. Dia terlantar memejamkan mata. Berkerut-kerut keningnya. Bunyi lagu Wali Band-Adinda berkumandang di udara. Iphone Fareez di atas meja sisi bergetar-getar. Fareez tidak bergerak-gerak mungkin keletihan. Malam tadi memang dia makan agak banyak, ketam masak pedas. Aku pula mengelak dari makan pedas, sejak akhir-akhir ini memang aku langsung tidak boleh menelan pedas, akan terkeluar semula.


Aku mengambil iphone, tertera nama Abang Akim di paparan iphone. Abang Akim abang yang kedua di atas Fareez. Dia yang bertanggung jawab di cawangan Johor Bahru.


'Ni Intan, Fareez tak sihat, dia sakit perut...' selepas menjawab salam dari sebelah sana.


'Nanti dah sihat minta dia call balik ya, malam ni tidur rumah abang Akim tau, abang dengan kakak sekeluarga nak bawa kamu berdua ronda sekitar Pasir Gudang..'


'Okaylah, InsyaAllah Intan akan sampaikan' aku mengerling ke arah Fareez yang sudah nyenyak dengan dengkuran kecil. Kesiannya dia, sudahlah semalam tidak rehat langsung. Dari Kuala Lumpur terus ke pejabat di JB dan terus mesyuarat dan kemudian terpaksa turun padang melihat server yang sedang dalam masalah. Cuma malam sahaja yang dia sempat berehat, itu pun sudah lewat, hingga Plaza Angsana hampir tutup.


Setelah menunggu hampir setengah jam, Fareez pun tersedar dari tidur. Aku yang setia menunggu disebelahnya hanya mampu tersenyum.


'Dah lega?'


'Alhamdulillah ok sikit... tadi tu memang abang patah balik ke hotel, tak sempat sampai pun kat ofis..' Fareez memegang perutnya.


'Intan tolong drive abang pergi Plaza Angsana ye?' dia menyambung.


'Boleh ke? Tadi abang Akim ada call, dia kata malam nanti dia suruh tidur rumah dia. Dia nak bawa ronda Pasir Gudang. Tapi kalau abang masih belum ok, tak payah la kita pergi ye?'


'Tak pe, dah ok sikit ni, jom check out, abang ada tugasan belum selesai lagi kat ofis sana'


Tanpa berlengah, memang tak banyak baju pun yang dibawa, aku mengemas serba sedikit beg pakaian. Tidak sampai sepuluh minit, semua nya sudah siap sedia untuk check-out walaupun jam baru menunjukkan 10 pagi.


Sunyinya bila terpaksa berjalan berseorangan di dalam kompleks membeli-belah yang sentiasa sibuk. Aku sengaja menghabiskan masa duduk di kerusi Rest N Go yang berfungsi untuk mengurut badan dan kaki. Selesai berurut terasa lega sedikit badan dan kaki. Memerhati gelagat manusia yang keluar masuk dari satu kedai ke satu kedai. Memasuki kedai Gulatis yang penuh dengan kain renda-renda EuroModa yang sesuai untuk pengantin, teringat pula dengan baju pengantin yang mama reka tempohari. Mungkin di beli di Gulatis, aku sendiri pun tidak ambil tahu, kasihan Mama.


Abang Akim dan kak Sofea, hanya sempat aku kenali semasa kenduri kahwin kami di rumah banglo Dato' Shukor. Di situlah kami berkumpul makan malam beramai-ramai, dan aku diperkenalkan dengan setiap ahli keluarga Dato' Shukor dalam satu malam. Semua kaum kerabat Dato' Shukor hadir, termasuk adik-beradik sebelah Dato' dan Datin. Boleh dikatakan kesemuanya mempunyai lingkaran perniagaan masing-masing. Adik beradik Datin pula kebanyakkannya pensyarah, kesemuanya 10 orang, dan Datin pula anak yang sulong. Ibu Datin masih sihat, berusia 80 tahun, dan warak pula orangnya. Hanya mahu dipanggil Nek Yah sahaja.


Dato' pula memang tidak punya sesiapa, memang dibesarkan di rumah anak yatim Yayasan Al-Hikmah Kajang. Itu pun Dato' ceritakan lewat tengah malam, bila hanya tinggal kami berdua disisi kolam menikmati keindahan malam di banglo.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2010 01:02 PM | Show all posts
Muncul jugak akhirnya liya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2010 01:53 PM | Show all posts
lamanya liya menghilang......
nak lagi blh?? xpuas la....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.177730 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list