Jel, seronok jugak kuiz2 ni sekurang2 dapat jugak kita belajar, macam kita r ...
aily Post at 20-5-2010 12:14
Salam kak aily, betul tu dah lama tak nengok buku haji,.... nie nak kena cari dan buka kitab balik......bukan semuanya otak nie boleh ingat....makin lama makin lupa......nak2 bab Dam Tertib & Taqdir,Dam Tertib & Tadil, Dam Takhyir & Tadil dan DamTakhyir & Taqdir. betul ke?????? hiisshhh boleh fening kepala......
Ni nak bagi tau pada bakal2 tetamu Allah yang pertama kali ke Madinah/Makkah. Ustaz yang kasi tau.
Selalunya masa solat di kedua2 Masjid samada di Masjidil Nabawi atau Masjidil Haram, time rukuk & sujud selalu akan berada lama pada kedudukan itu. Selalunya kita baca 3 kali, jadi dalam situasi macam ni apa perlu kita buat? Nak baca apa time tu? Nak diam saja ke?
Makna
Bacaan ketika rukuk:
Maha suci Tuhanku yang Maha Agung dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika sujud:
Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
haa.. nampak simple je kan permasalahan ni, tapi hakikatnya, sgt besar impaknya kepada ibadah umrah yg dibuat.
Kenapa tidak sah TAWAF si ibu?
Huraian (ikut format kak aily) : Kerana si ibu telah menampakkan aurat, iaitu rambutnya. Walaupun tidak disengajakan, tetapi dia telah ditegur oleh orang lain (iaitu anaknya). Tindakan si ibu memasukkan kembali adalah betul (menutup auratnya semula). Tetapi dia sepatutnya BERUNDUR BEBERAPA LANGKAH KE BELAKANG (dispot dia ditegur) dan barulah meneruskan kembali pusingan tawafnya..wallahualam.
Masa Ustaz Daud bagitau status si ibu tu, Hanni mmg terkejut gila (rasanya yg lain2 pun sama). Perkara ni si anak jemaah tu refer ke ustaz slps mereka kembali ke Malaysia. Kiranya si ibu tu balik Malaysia masih dlm status berihram la..
haa.. nampak simple je kan permasalahan ni, tapi hakikatnya, sgt besar impaknya ke ...
Hanni Post at 20-5-2010 14:08
Persoalannya, kalau tidak ditegur oleh anak itu bagaimana? Adakah Sah Umrahnya sebab tak sengaja. Akak baca buku tentang Haji Umrah,
Soalannya; Apakah hukum Tawaf apabila seseorang perempuan terbuka sedikit aurat di bahagian tangan semasa Tawaf? Jawapan: Kalau disengajakan batal Tawaf kalau tidak sengaja dan segera tutup kembali dimaafkan.
Jadi bagaimana dalam situasi si ibu ni?
Kalau tentang berundur tu akak setuju sebab semasa tawaf sebenarnya kita tidak boleh berhenti walaupun ramai orang time tu. kaki kita kena sentiasa bergerak walaupun setempat(itu yang Ustaz bagi tau)
ye kak.. ustaz pun ada ckp, kalau x sengaja, tak batal. Bila ditegur, kita kena cepat2 tutup aurat yg ternampak tu.
yg pasal langkah ke belakang tu, kalau keadaan mengizinkan. Tapi tau aja tawafkan.. sesak dgn umat manusia. Kiranya memadai jemaah tersebut stop (seketika) utk betulkan rambut dia..
hmm.. kalau kita ternampak aurat (contohnya jemaah lain), tetapi kita x tegur, apa hukumnya? Berdosakan?
salam..bila baca2x Q&A kat sini pasal bab aurat....rasa nak ty jugak...masa dlm ihram, pada tawaf ke-3, mak saya dgn tak sengaja menampakkan rambutnya..kiranya terkeluar ler...masa tu sy dah tawaf ke-5...bila nmpk keadaan mak mcm tu, saya keluar dari tawaf, bwk mak & pi betulkan rmbt dia...lps tu kami mulakan semula tawaf tu, smpi 7 kali...kalo camtu, kira mcm mana ekk??
ye ke??alhamdulillah kalo camtu...mudah-mudahan di terima...risau gak kalo2x still dlm ihram lagi...pas tu nak ty lagi..hehehe..masa dlm ihram tu, wuduk dah batal..so sure nak kena ambik wuduk baru sbb nak tawaf...pastu sy gi sinsing lengan baju..sebab nak ambik wuduk...akak ipo lak marahkan sy, dia kata mana bule sinsingkan lengan baju tu..abis nmpk aurat..kene jaga aurat nih, yg bule nmpk muka & kedua tapak tangan...dlm fikiran saya, dah sememangnya batal & niat nak ambik wuduk, so kena la buat yg sepatutnya...
tu la saya nak tanya kat kak aily...berdosakah saya sebab sinsing lengan tu??tmpt yg saya nak ambik wuduk tu bukan kat tmpt wuduk muslimah....kalo akak perasan, kat pintu king abdul aziz tu ada satu kawasan mcm bwh tnh jek..hehehe..paham ke nih??kwsn tu tak ramai org sbb org lebih bertumpu kat sebelah atas..dekat2x ngan kaabah area..
Hanni,terimakasih byk atas jawapan hanni.Tak byk yg sudi bg pandangan tp tak pe sedikit pandangan memberi luas pengertian.Mungkin tak berminat utk cuba membantu sesama islam.
Hanni,terimakasih byk atas jawapan hanni.Tak byk yg sudi bg pandangan tp tak ...
kamaliaalia Post at 20-5-2010 19:21
Salam Kamaliaalia
Selamat datang ke thread ni, kami alu2kan . Janganlah bersangka gitu, mungkin kami terlepas pandang sebab asyik sangat dengan kuiz tadi, maaf ya.
Berkenaan dengan duit aruah ibu tu pada akak tak salah sekiranya kita gunakan untuk jalan yang baik. Berkenaan bapa pulak, cuba anak2 buat solat hajat (buat dengan sungguh2) untuk lembutkan hati bapa supaya dia sedar serta tidak lagi lalai. Satu cadangan yang baik untuk membawa ayah lakukan Umrah. Pujuklah ayah dengan lembut. Mungkin selepas balik Umrah dia berubah insyaallah. Kisah lampau beliau jangan diambil kira, satu rahmat sekiranya beliau dijemput untuk mengunjungi Baitullah
tu la saya nak tanya kat kak aily...berdosakah saya sebab sinsing lengan tu??tmpt yg saya nak ambik wuduk tu bukan kat tmpt wuduk muslimah....kalo akak perasan, kat pintu king abdul aziz tu ada satu kawasan mcm bwh tnh jek..hehehe..paham ke nih??kwsn tu tak ramai org sbb org lebih bertumpu kat sebelah atas..dekat2x ngan kaabah area..
Alamak nak jawap berdosa tu tak berani lah akak. Kenapa pulak berdosa?Ada buat salah ke?
Tempat tu underground kan? Akak pernah solat & berwuduk disitu.
ohh... kiranya mcm tu lbh baik sy panggil kak riena,
rasanya lebih sesuai.. bukan apa sy pulak yg rasa janggal bila dh tau umur sebenar.
kalau setakat beza setahun tu, mmg sy panggil riena je la.
Boleh ke panggil kak riena nih?
pst--> kak riena, avatar tu gambar akak ye? Cun siutt..
Selamat datang ke thread ni, kami alu2kan . Janganlah bersangka gi ...
aily Post at 20-5-2010 20:30
Salam kamaliaalia, betul kata kak aily tu masing2 tengah fening kepala nak jawab kuiz....tapi tak pa saya nak bagi pendapat dan pandangan saya ye......
1) Si A(anak) teringin mambawa bapanya mengerjakan umrah (Emak si A brmeninggal dan si emak telah pergi haji 10 tahun lalu,tapi si bapatidak).
Si A boleh membawa bapanya mengerjakan umrah. Tapi si bapa tu setuju nak ke pergi???......kalau setuju teruskan niat si A..
2) Si A berhajat duit peninggalan arwah mak di gunakan untuk membawabapa pergi umrah selepas mendapat persetujuan adik beradik si A.
Kalau adik beradik si A dah setuju gunakan duit peninggalan aruah tu...itu tak jadi masaalah lagi teruskan niat baik tu.
Terimakasih sangat atas perihatin anda terhadap masalah kawan saya ni.Mulanya dia sedih tgk tak de nk respon tp bila saya copy paste kat dia tentang pandangan aily baru la nampak dia ceria sikit.Semoga sampai la hajat anak untuk membawa ayahnya keluar dari belenggu.Terima kasih.
Terimakasih.Untuk soklan 1 ni jawapanya...
Ayah si A tidak bersetuju buat umrah tp si A masih berusha untuk memujuk ayahnya.Semoga ayahnya mendapat Hidayah.
ooh.. tima kasih atas huraian ni mas.
Alhamdulillah, sgt jelas dan hanni dh paham.
Sblom ni, hanni mmg x pernah dgr pasal tukar tamattu ke qiran ni..
Arini tambah banyak ilmu baru.. alhamdulillah.
semenjak 20 tahun kebelakangan ni si bapa tidak pernah:
1) Sembahyang
2) Puasa ,
3)Tidak pernak mengakhada puasa.
4) Akiqah
5) Bersedekah - walaupun sedekah terpaksa tp mengungkit ungkit.
.....Tp bapanya tetap tak nak buat juga 5 perkara diatas.
Si A dan adik beradik kena sepakat memujuk dan melakukan solat hajat supaya di lembutkan dan dibukakan pintu hati bapa utk melakukan segala urusan tersebut di atas.......cuba pujuk bapa supaya selalu hadiri ceramah2 di masjid ataupun si A tadi.... cuba cari rakan atau teman baik bapa dan minta tolong rakan bapa tadi, untuk memberi nasihat kepada bapa siA.
InsyaAllah semoga Allah memberi pentunjuk dan hidayahnya dan membuka pintu hati bapa Si A utk terus beribadah kepada Allah s.w.t. Amin...